Saya Ibu Yang Sibuk Tapi Tetap Support Breastfeeding

Selamat Datang Ke Laman Kehidupanku...Catatan Istimewa Dari Wanita kepada Wanita..

Sabtu, 10 April 2010

Kerenah Dunia Pekerjaan...

Sudah menjadi adat bekerja dengan orang,orang bawahan pastinya kene hormati orang atasan.Tetapi kadangkala orang bawahan sering menjadi mangsa keadaan.Aku sering mendengar rungutan dari rakan-rakanku yang sering dibuli dan diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu oleh kerana jawatan yang lebih rendah.Malah dari segi berpakaian sekalipun,tidak boleh melebihi orang yang berpangkat daripadanya.Kataku,sudah menjadi adat.Jawatan yang lebih rendah dan jawatan yang lebih tinggi sudah tentu wujudnya jurang yang besar sekalipun punya kelulusan akademik yang jauh lebih tinggi.Aku juga pernah menghadapi situasi yang sama.Aku pernah menarik diri dari suatu program peringkat kebangsaan kerana aku tidak tahan dipandang rendah oleh pegawai-pegawai di acara berkenaan.Bila difikirkan kembali,memang salahku.Aku cukup kesal kerana aku yang gagal menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dan gagal menghadapi sedikit cabaran dunia pekerjaan.
Perasaan sering tidak puas hati di mana-mana pihak sering aku baca di akhbar mahupun laman2 sosial.Bagiku,tak usahlah menyalahkan mana-mana pihak,biarlah kita sama-sama amanah dan jujur dalam menjalankan tugas kita kerana upah atau gaji yang kita dapat itulah yang menjadi darah daging kita dan anak-anak kita.Ingatlah Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui setiap apa yang kita kerjakan.Mungkin hari ini kita diberikan Allah sedikit pangkat dan kedudukan,tapi Allah juga berhak menariknya.Tak salah kalau kita amalkan budaya menghormati dan respek antara satu sama lain,kerana kerja kita tak jalan kalau takda orang bawahan atau orang atasan.

Tiada ulasan: