Saya Ibu Yang Sibuk Tapi Tetap Support Breastfeeding

Selamat Datang Ke Laman Kehidupanku...Catatan Istimewa Dari Wanita kepada Wanita..

Rabu, 20 November 2013

HAMIL ITU REZEKI

Tidak semua wanita bertuah mempunyai peluang untuk merasai kehamilan. Ada wanita yang menunggu berbelas tahun bahkan ada yang berpuluh tahun kehadiran cahaya mata. Tetapi ada wanita yang dikurniakan kesuburan hingga mudah mengandung. Malah ada yang setiap tahun.

Oleh kerana terlalu kerap hamil, ada ibu yang berasa malu dan seolah-olah tidak gembira dengan kehadiran bayi yang dikandung. Tahukah anda bahawa emosi ibu mengandung mempengaruhi tumbesaran bayi dalam rahim.

Jika wanita itu tidak bersedia untuk hamil, maka minggu-minggu awal kehamilannya itu mungkin akan menyebabkan dia menghadapi tekanan perasaan.

Sebaliknya, jika wanita itu memang ingin mengandung, dia akan merasa gembira dan mungkin tidak sabar untuk menunggu kehamilan dan kelahiran.

Rangsangan negatif yang diterima oleh anak pasti akan memberi kesan kepada emosi si anak itu kelak. Dia dapat merasakan kehadirannya seperti tidak dinanti oleh ibu dan ayah. Emosi ibu yang tidak suka dirinya hamil akan turut dirasakan oleh anak dalam perut.

Oleh itu rancanglah kehamilan anda. Jika belum bersedia untuk hamil dalam tempoh terdekat selepas kelahiran anak terdahulu, gunalah kaedah perancangan keluarga yang disarankan doktor.

Janganlah siksa emosi anak di dalam kandungan kerana ramai lagi wanita yang tidak berpeluang hamil menantikan saat menikmati gerakan comel dari dalam perut.