Saya Ibu Yang Sibuk Tapi Tetap Support Breastfeeding

Selamat Datang Ke Laman Kehidupanku...Catatan Istimewa Dari Wanita kepada Wanita..

Ahad, 26 Disember 2010

Petua Untuk Hamil

Walaupun baru berumahtangga tapi aku masih berharap untuk hamil seawal mungkin.Yang paling aku tak sabar adalah ingin menatap wajah cahaya mata yang lahir dari perutku sendiri..
Di sini ingin aku kongsikan tips untuk hamil cepat,moga2 wanita di luar sana juga tidak kedekut untuk berkongsi tips yang sama..
Elakkan:
-minum minuman bergas seperti coca-cola,pepsi dll
-makan junk food
-makan fast food,burger atau nugget
-makan jambu batu
-segala jeruk kering dan jeruk basah

Digalakkan suami dan isteri minum susu kambing,susu segar atau susu tepung fullcream.
Banyakkan menyebut nama Allah (al-Musowwir)

Jumaat, 17 Disember 2010

Kehidupan baru sebagai isteri


Sungguh tak kusangka rupanya telah tercatat aku akan menamatkan zaman dara pada tahun ini.Semuanya berlaku begitu pantas.Namun aku terima dengan hati terbuka jodoh kurniaan Allah swt kepadaku yang sekian lama telah aku impikan;untuk hidup bersama pasangan yang dicintai.
Tanggal 18 November 2010 bersamaan 11 Zulhijjah 1431H dipilih oleh orang tua kami.Majlis dirancang secara sederhana,memang itu kehendakku dan keluargaku.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Yang direncanakan kini adalah masa depan.Kehidupan baru sebagai isteri seterusnya sebagai ibu.Aku perlu bersedia,bersabar dan berubah menjadi insan yang terbaik kepada pasangan dan keluarga kelak.Aku perlu bijak dan belajar menguruskan kewangan,masa,rumahtangga dan segala2nya.Kita berpenat beberapa hari dan menghabiskan wang untuk satu hari majlis kahwin,namun sebenarnya tuntutan lebih besar menanti selepas kahwin kerana kehidupan baru menuntut segala2nya dan tidak harus hanya diletakkan dibahu seorang yang bergelar suami sahaja.Perkahwinan adalah perkongsian.
Aku masih dalam proses mencari kediaman,samada beli atau sewa terlebih dahulu,menyusun atur kehidupan secara perlahan-lahan,dan yang paling aku tidak sanggup adalah bertukar tempat keje.Mungkin akan dapat tempat keje dan teman2 yang lebih baik atau sebaliknya.
Buat suamiku yang dicintai,semoga Allah menaungi kasih sayang kita sehingga ke syurga.Terima kasih kerana meyayangi diri ini dan terima kasih atas kesabaranmu melayan kedegilanku.Apapun yang berlaku,yang pasti diri ini tidak pernah berganjak dari menyintaimu dulu,kini dan selamanya.

Rabu, 11 Ogos 2010

Ramadhan datang lagi...

Pejam celik Ramadhan datang lagi,semoga kali ini aku lebih berpeluang melakukan ibadah dengan sempurna dan diterima Allah swt.Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buatku..


Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Ahad, 30 Mei 2010

one Things in life

Three things in life
that, once gone, never come back:
1. Time
2. Words
3. Opportunity

Three things in life
that can destroy a person:
1. Anger
2. Pride
3. Unforgiveness

Three things in life
that you should never lose:
1. Hope
2. Peace
3. Honesty

Three things in life
that are most valuable:
1. Love
2. Family & Friends
3. Kindness


Three things in life
that are never certain:
1. Fortune
2. Success
3. Dreams

Three things in life
that make a person who they are:
1. Commitment
2. Honesty
3. Hard work

Selasa, 4 Mei 2010

Dosa-Dosa & Facebook (ringkasan artikel us Zaharuddin)..

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah sang suami atau isteri.

2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi ruang kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.


3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga telah pernah diulas oleh beberapa penulis lain seperti Sdr Shahmuzir dan Ust Abu Umair.


Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri
c- Gambar mengaibkan orang lain.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama'ukhuwah' untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian
(ringkasan artikel Baca detail disini)
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
ORIGINAL ARTICLE : http://www.zaharuddin.net/content/view/930/72/

Rabu, 21 April 2010

Diari Hari Ini

Hari ini aku ambik CRK (cuti rehat khas) semata-mata aku tidak sanggup pisang berbuah dua kali.Peristiwa beberapa bulan lepas mungkin tidak akan berulang lagi.Tetapi aku saja malas nak menghadapinya lagi...Harap kengkawan tidak meniru caraku bekerja yang tidak sanggup menelan sedikit cabaran dunia pekerjaan.
Mungkin hati ini merajuk pun ada gara-gara mendapat sedikit penghinaan dari orang yang merasakan dirinya sudah cukup gah.
Itulah namanya bekerja dengan orang.Mahu tak mahu terpaksa jua dihadapi.Selain pelbagai kerenah yang sukar untuk disebut,(aku rasa mana2 jabatan atau alam pekerjaan pun sama je)akupun jenis yang keras hati(bila orang keras hati denganku)..Tetapi kerana sayangkan dunia pekerjaan,aku gagahkan jua menghadapi apa jua situasi yang terpaksa dilalui setiap hari...
P/s: Janganlah ikut cara aku.Apa jua cabaran yang datang tu,telanlah ia sebagai pahit maung dunia pekerjaan.

Rabu, 14 April 2010

Madah tak berhelah...........

Mama says, FRIENDS tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang.......
Daddy says, FRIENDS tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit.....
Grandfather says, FRIENDS tu seperti air, terus mengalir.....
Grandmother says, FRIENDS tu bak bulan dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana....
Kate sedare, KAWAN tu macam makanan, kawan makan kawan!!
Brother says, FRIENDS tu seperti lembu, mengikut saje ape dikata........
Sister says, FRIENDS tu tak ubah macam durian, bau je busuk tp sedap dimakan..
Kata adik, KAWAN tu macam biskut sekejap ade, sekejap takde.......
Me says, FRIENDS tu tak kisahlah camner.. walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN dan MACAM BISKUT!!! dia tetap kawan.. tau tak sebab ape??? sekali saya dah kawan dengan dia selamanye dia tetap kawan saya... itu cara saya berkawan..!!!!

Ulasan buku: Catatan Hati Nik Nur Madihah


Buku ini aku peroleh dari seorang guru di sekolahku dengan harga diskaun.Harga asalnya RM 25.90,kurasakan mahal pada mulanya.Tapi bila kubaca isinya,memang berbaloi.Buku ini juga banyak digunakan oleh guru-guru untuk tujuan ulasan dan motivasi.
Buku ini terkandung biografi pelajar terbaik SPM 2008,Nik Nur Madihah binti Nik Mohd. Kamal.Selepas aku baca buku ini,rasa terharu,sedih sehingga menitis air mata dengan kekuatan dirinya menempuh perjalanan hidupnya yang tak sesenang orang lain.Gadis ini mempunyai kekuatan dalaman dan ketabahan yang luar biasa.Selain itu,apa yang dilaluinya boleh dijadikan motivasi kepada semua orang kerana dunia ini tiada yang mustahil berlaku jika diizinkan Allah.
Aku rasa dia boleh dijadikan idola terbaik kita,bukannya para artis.Buat pelajar2, dapatkan tips berguna darinya untuk menjadi pelajar cemerlang.Mungkin dia satu dalam sejuta.Untuk menjadi segigih,setabah dan setaatnya mungkin payah.Sekurang-kurangnya jadikan dia adalah idola,sumber motivasi,sumber kekuatan dan sumber inspirasi kita.Seperti katanya,dunia ini tiada yang mustahil jika diizinkan Allah.Setiap kali aku give up,aku akan baca buku ini dan mendapat kekuatan untuk bangun walau tidak sekuat dirinya...
Lagi satu,tumpang bangga dengan kejayaan anak Kelantan ini...

Keje...Keje.....Keje......







Selasa, 13 April 2010

Madah Berhelah...


Sahabat tak menarik kalau hati tak tertarik...

Sahabat tak kan terbayang kalau hati tak sayang...

Sahabat tak syahdu kalu hati tak rindu...

Sahabat takda class kalau hati tak ikhlas...

Keikhlasan & kejujuran datang dari diri kita sendiri..

Tak kira ...

Jadi tanamkan lah kejujuran & keikhlasan itu dalam diri kita...

Hargailah sahabat selagi di depan mata...

Jangan biarkan sahabat hilang untuk selamanya...

Sabtu, 10 April 2010

Kerenah Dunia Pekerjaan...

Sudah menjadi adat bekerja dengan orang,orang bawahan pastinya kene hormati orang atasan.Tetapi kadangkala orang bawahan sering menjadi mangsa keadaan.Aku sering mendengar rungutan dari rakan-rakanku yang sering dibuli dan diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu oleh kerana jawatan yang lebih rendah.Malah dari segi berpakaian sekalipun,tidak boleh melebihi orang yang berpangkat daripadanya.Kataku,sudah menjadi adat.Jawatan yang lebih rendah dan jawatan yang lebih tinggi sudah tentu wujudnya jurang yang besar sekalipun punya kelulusan akademik yang jauh lebih tinggi.Aku juga pernah menghadapi situasi yang sama.Aku pernah menarik diri dari suatu program peringkat kebangsaan kerana aku tidak tahan dipandang rendah oleh pegawai-pegawai di acara berkenaan.Bila difikirkan kembali,memang salahku.Aku cukup kesal kerana aku yang gagal menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dan gagal menghadapi sedikit cabaran dunia pekerjaan.
Perasaan sering tidak puas hati di mana-mana pihak sering aku baca di akhbar mahupun laman2 sosial.Bagiku,tak usahlah menyalahkan mana-mana pihak,biarlah kita sama-sama amanah dan jujur dalam menjalankan tugas kita kerana upah atau gaji yang kita dapat itulah yang menjadi darah daging kita dan anak-anak kita.Ingatlah Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui setiap apa yang kita kerjakan.Mungkin hari ini kita diberikan Allah sedikit pangkat dan kedudukan,tapi Allah juga berhak menariknya.Tak salah kalau kita amalkan budaya menghormati dan respek antara satu sama lain,kerana kerja kita tak jalan kalau takda orang bawahan atau orang atasan.

Rindunya masakan Kelantan......

Semenjak berhijrah ke sini,jarang sekali aku dapat rasa masakan Kelantan.Kalau adapun tak sesedap yang pernah aku rasakan dulu dan harganya pun mengcekik.
Mula-mula aku masuk UKM dulu,berat badanku susut gara-gara tidak lalu makan kerana tidak kena dengan seleraku.Sehinggakan rakan-rakanku menegur,"Susahlah nak dapat masakan Kelantan di sini,semuanya berkari,".Dah la aku ni anti dengan kari.
Sehingga kini,makanan no 1 tetap di seleraku,gulai darat,percik putih,ayam masak merah,labu sira,laksam,nasi kerabu,nasi dagang Kelantan,my favourite ketupat sotong dan berpuluh lagi letih nak taip...Rindunya nak merasa semua tu lagi.....








HALAL YANG MERAGUKAN


Sebagai seorang yang hidup di rumah bujang dan sentiasa sibuk,aku tidak terkecuali seperti orang lain,banyak memilih untuk makan atau beli di luar sahaja.Lebih berbaloi,cepat dan tidak perlu berpenat memasak lagi.
Mungkin aku tergolong di dalam kalangan orang yang selalu was-was dengan tanda halal,bila dah camtu,aku elakkanlah memakan makanan tersebut.Aku sentiasa mendapat biskut-biskut pemberian parents pelajar2 bukan Islam.Ada yang tidak tahu sumbernya dan ada tanda halal yang meragukan.Dulu semasa aku bekerja dengan seorang bos Cina,aku sentiasa mendapat kek2 atau makanan dari sumber yang meragukan pemberian suplier2.Antaranya tanda halal yang tidak disahkan,tanda halal yang cuma ditampal,bertanda halal tetapi label semua bertulisan cina.Bila dah was-was memang tidak ku makan..
Selain itu,aspek kebersihan penting juga..Bila dah beli luar ni,maklum je la,tak tahu tahap pembersih peniaga tu macammana,nak selamat,masak sendiri je la...

DALAM KENANGAN...Al-fatihah


Wan Nurdiyana Mohd Kamarul Zaman atau nama komersialnya,Dayana Kamal,22,seorang pelakon dan tidak ramai yang mengenalinya.Aku bukanlah peminat setianya atau selalu mengikuti perkembangannya,tetapi kenangan dia bagi aku ialah kami pernah sekampung,pernah berjiran dan pernah jadi rakan sepermainan sewaktu kecil.Seingatku,semasa kecil dia gemar bermain lompat tali dan gemar mengajak bermain bersama.Setahuku,namanya diberikan sempena nama anak buahku yang sebaya dengannya.Last sekali aku berjumpa dengannya beberapa tahun lalu sewaktu dia dan keluarganya datang berhari raya.Apa yang mengejutkan aku ialah pemergiannya untuk selama-lamanya setelah terlibat di dalam suatu kemalangan di km 2 Jalan Kota Bahru-Kuala Krai,Bunut Payung penghujung tahun lepas.
Ajal dan maut di tangan Allah.Mungkin dah ditakdirkan hayatnya yang singkat dan pergi cepat menemui Ilahi di usia muda.Apapun,Al-fatihah buatnya,semoga Allah meletakkannya bersama-sama orang-orang yang beriman.

Begitu juga dengan rakanku,Norizah Omar (murid cemerlang di sekolah dulu)yang telah pergi menghadap Ilahi semasa masih menuntut di universiti dulu.Apakan daya,ajal maut mengatasi segalanya,tidak terlambat walaupun sesaat..Al-fatihah buat rakan yang telah tiada..

Khamis, 8 April 2010

Proud to be A Kelantanese















HOBI: Buat koleksi matawang asing

Jika orang lain suka kumpul setem,aku pula suka kumpul matawang.Aku tak pernah ke Money Changer,biasanya aku dapatkan dari rakan2 yang pernah ke luar negara atau sesiapa saja yang memiliki matawang asing.Ralat jugak bila aku tak sempat nak simpan syiling emas RM1 yang pernah digunakan suatu ketika dulu.Kalau sesiapa ada dan bermurah hati tu,bolehla aku mintak yer..
Sejak di zaman kecil lagi aku suka mengumpul syiling2 yang pernah digunakan di zaman pemerintahan British,yang ada cop Ratu Elizabeth tu..semua tu milik keluargaku.Pernah juga guruku mengadakan pameran duit zaman penjajahan semasa darjah 5,dan akulah murid yang paling banyak membawa koleksi syiling2 di zaman penjajah. Tapi sayangnya syiling2 tu hilang semasa rumahku terbakar pada tahun 1995.Bukan apa,aku fikir jika datuk dan nenekku simpan untuk tatapan aku,pastinya aku juga inginkan kenangan untuk ditunjukkan kepada anak-anak cucuku nanti...