Saya Ibu Yang Sibuk Tapi Tetap Support Breastfeeding

Selamat Datang Ke Laman Kehidupanku...Catatan Istimewa Dari Wanita kepada Wanita..

Ahad, 28 April 2013

Pengalaman Bersalin : Anak Pertama dan Kedua..


Tanggal 22 januari 2013 jam3:42pm di Hospital Kuala Lumpur,lahirnya anakku yang kedua,Nurin Syahmina seberat 3.08kg pada usia kandungan 38 minggu berbanding si abang yang lahir pada usia kandungan 37 minggu..Yang si abang dulu ringan je,2.8kg.

Memang berbeza pengalaman melahirkan anak pertama dan kedua.Anak pertama memang lebih sakit,serik rasanya.Puas diteran,baru keluar.Bab berpantang pun susah jgak,sebab baru kene gunting.Lebih sebulanpun terasa lagi.Masa mengandung pun ari2 muntah,loya.Berbeza dengan anak kedua,sepanjang mengandungkan Syahmina saya muntah hanya 2 kali je.Yang lain cuma rasa letih berpanjangan,kaki kejang(mungkin kesan naik tangga ari2),orang kata perut saya lebih besar,puasa pun dapat penuh..mungkin disebabkan berbeza jantina juga..

Masa nak bersalinkan Naufal,saya alami pecah air ketuban berbanding Syahmina saya mengalami sakit2 berterusan kat bahagian perut.Tapi saya boleh agakla saya mungkin dah nak bersalin sebab masa tu dah 38weeks..Pukul 7 pagi terus saya berkejar ke Pusat Perubatan Islam Kohilal di Taman Melawati.Depositpun saya dah jelaskan.Bila tiba je saya berharap saya akan bersalin disitu..Rupanya berlaku masalah baru bermula di situ..Check punya check,sehingga 2pm,bukaan saya cuma 5cm.Tapi baby dah lemas.Nurse kata saya mungkin bersalin czer.Terkejut saya.Yang saya hairannya mana doktor kat situ,Nurse kata doktor ada tapi tak nampak batang hidungpun..Yang ada cuma doktor import dari Damai Hospital.Masa tu saya dah sakit sangat,diorang suggest suruh pegi czer kat Damai Hospital atau pegi je hospital gomen,sb kat situ tak buat czer.Terus suami saya bekejar bawa saya ke Wad Bersalin Hospital Kuala Lumpur.Bila tiba di HKL,tiada masalahpun yang berlaku,bukaan dah 9cm.Tak lama lepas tu saya selamat bersalin normal.Yang buat saya bengang adalah kenapa Kohilal tu takda doktor?sebelum besalin dan sehari sebelum bersalin,saya dah dapatkan kepastian.Nurse situ bgtahu saya,doktor akan ada walaupun saya bersalin sebelah malam.Tapi sebaliknya berlaku pada saya.Nasib baik tiada yang buruk menimpa saya.Dah serik nak bersalin kat tempat2 kecik macam tu,nanti apa2 jadi dia suruh rujuk GH jugak..Yang lebih bengang Kohilal caj saya sampai rm600 lebih.walhal saya tak sempat beranakpun kat situ,bilikpun tak sempat duduk.Di HKL plak,anak saya mengalami muntah air sebaik sahaja dilahirkan.Beberapa kali dia muntah dengan banyak.Saya rasa mungkin dia tertelan air ketuban semasa dalam perut.Terpaksala saya duk lama2 kat situ,dari hari Selasa hingga Jumaat.Masa besalin anak sulung ari tu,saya cuma duduk satu malam je kat Hospital Putrajaya.Tapi anak kedua ni rasanya taklah sesakit sepeti anak pertama.Lepas bersalin je,saya terus yakin berjalan kesana-kemari sampai nurse tu terkejut.Keluargapun pelik tengok saya lebih sihat.Mungkin pengalaman dulu mematangkan..Hehe..Rasa nak tambah sorang lagi je..Itulah sedikit sebanyak kisah saya bersalinkan Naufal dan Syahmina..