Saya Ibu Yang Sibuk Tapi Tetap Support Breastfeeding

Selamat Datang Ke Laman Kehidupanku...Catatan Istimewa Dari Wanita kepada Wanita..

Rabu, 17 Oktober 2012

Happy 1st Birthday to Naufal

Sekejap je,pejam celik dah setahun anak Ummi..Ntah kali ke berapa kami celebrate birthday Naufal..Ummi ucapkan semoga jadi anak yang soleh.Semoga membesar dalam keadaan sihat,comel dan bijak.Jangan nakal-nakal ye,anak Ummi..Tak lama lagi adik dah nak keluar..
Kek harijadi ayah sponser.Kek dari Ummi nanti kita balik kampung,boleh Tok Mek rasa sekali.
1st bestday (2012)
Bawak naik kereta sempena birthday. Lagi satu,hadiah kereta mainan dari Ummi

Rabu, 10 Oktober 2012

Hamil AnAK ke2

Tak tahu nak cakap aku bila dapat tahu aku mengandung lagi.Tambah-tambah lagi dalam keadaan aku belum bersedia.Naufal masih kecil dan masih perlukan perhatian.Nak cakap aku belum bersedia,itu dinamakan rezeki!tapi ternyata beban dan tanggungjawab makin bertambah la tahun depan.. Dalam family planning yang aku dan suami reka sendiri,langsung tak memberi kesan.Aku terpaksa terima hakikat kedatangan anak kedua ini sama seperti seronoknya aku menantikan Naufal dulu.Cuma kali ni takdala excited macam dulu,hari2 minum susu putih,makan kismis dan buah,ari2 baca quran..DLL..mungkin dah Allah tetapkan kehadirannya untuk menemani aku di dunia ini.Terimalah dan didikla seadanya,kataku dalam hati walaupun terasa makin berat beban di bahu ini. Baby baru dijangka akan lahir 1 Februari 2013.Ini bermakna Naufal akan mempunyai adik pada usia 1 tahun 5bulan.Alhamdulillah baby ini tidak banyak menyusahkan umminya,tidak seperti Naufal dulu yang terpaksa aku lalui dengan muntah-muntah yang teruk di awal 5 bulan pertama.Aku hanya mengalami sedikit keletihan,mungkin kerana Hb aku yang rendah(mungkin kerana kurang zat dalam pemakanan).So,aku perlu lebih jaga pemakanan aku lagi. Bila fikirkan kesakitan melahirkan anak yang belum hilang,perit rasanya nak mengandung lagi.Tapi...huhuhu

Selasa, 9 Oktober 2012

Naufal yang tengah lasak

Memang lama sangat aku tak sempat nak update blog ni.Bukan apa,seperti yang aku kata,kesuntukan masa setelah bergelar isteri dan ibu membataskan segalanya.Nak sangat aku berkongsi pengalaman aku mengandung,persediaan bersalin,pengalaman bersalin,pengalaman dapat anak sulung.Namun tak sempattttttttttttttt..apapun kalu aku sempat nanti aku updatekan.Ni aku upload sedikit sebanyak gambar dan video buah hati ummi yang tersayang..

Lamanya aku tak update blog...

Sejak bergelar isteri dan ibu,hidup aku bukan lagi seperti zaman bujang.Kesibukan dan kesuntukan masa menghalang aku untuk aku update kan blog.Apapun selagi ada masa aku akan sedaya upaya berkongsi kisah kehidupanku di blog tersayangku.. Kadang-kadang masa aku kat tempat keje lagi banyak berbanding kat rumah.Bila balik rumah,macam-macam keje menanti.Menguruskan anak,mandi anak,masak,makan,tidurkan anak tambah-tambah lagi si naufal memang tengah lasak sekarang
..Hai..En.hubby,macammana nak tambah anak macam ni????