Saya Ibu Yang Sibuk Tapi Tetap Support Breastfeeding

Selamat Datang Ke Laman Kehidupanku...Catatan Istimewa Dari Wanita kepada Wanita..

Rabu, 10 Oktober 2012

Hamil AnAK ke2

Tak tahu nak cakap aku bila dapat tahu aku mengandung lagi.Tambah-tambah lagi dalam keadaan aku belum bersedia.Naufal masih kecil dan masih perlukan perhatian.Nak cakap aku belum bersedia,itu dinamakan rezeki!tapi ternyata beban dan tanggungjawab makin bertambah la tahun depan.. Dalam family planning yang aku dan suami reka sendiri,langsung tak memberi kesan.Aku terpaksa terima hakikat kedatangan anak kedua ini sama seperti seronoknya aku menantikan Naufal dulu.Cuma kali ni takdala excited macam dulu,hari2 minum susu putih,makan kismis dan buah,ari2 baca quran..DLL..mungkin dah Allah tetapkan kehadirannya untuk menemani aku di dunia ini.Terimalah dan didikla seadanya,kataku dalam hati walaupun terasa makin berat beban di bahu ini. Baby baru dijangka akan lahir 1 Februari 2013.Ini bermakna Naufal akan mempunyai adik pada usia 1 tahun 5bulan.Alhamdulillah baby ini tidak banyak menyusahkan umminya,tidak seperti Naufal dulu yang terpaksa aku lalui dengan muntah-muntah yang teruk di awal 5 bulan pertama.Aku hanya mengalami sedikit keletihan,mungkin kerana Hb aku yang rendah(mungkin kerana kurang zat dalam pemakanan).So,aku perlu lebih jaga pemakanan aku lagi. Bila fikirkan kesakitan melahirkan anak yang belum hilang,perit rasanya nak mengandung lagi.Tapi...huhuhu

Tiada ulasan: