Saya Ibu Yang Sibuk Tapi Tetap Support Breastfeeding

Selamat Datang Ke Laman Kehidupanku...Catatan Istimewa Dari Wanita kepada Wanita..

Khamis, 20 Jun 2013

Tips Menyusu Semasa Berpuasa

Tak lama lagi kita akan berpuasa..Buat ibu-ibu menyusu,jom baca

11 Tip Menyusu Ketika Berpuasa
1. Banyakkan pengambilan cecair. Dua hingga tiga liter sehari sangat perlu. Mula minum dari waktu sahur hingga menjelang imsak.
2. Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan berkuah yang mengandungi air. Kurangkan pengambilan makanan bergula dan bergaram kerana ia boleh menarik air daripada sel.
3. Ibu yang menyusukan bayi amat digalakkan makan madu setiap hari kerana selain menambah stamina, ia berupaya meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. Ia juga merupakan sumber tenaga yang hebat dan semula jadi. Madu juga merupakan nutrisi lengkap untuk meningkatkan dan melancarkan susu ibu.
4. Berehat secukupnya. Elakkan melakukan aktiviti berat dan lasak.
5. Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.
6. Banyakkan memakan kurma kerana ia mampu memberi tenaga segera kepada badan dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, buah-buahan dan oat.
7. Elakkan minuman berkafein dan bergas
8. Lebihkan direct feeding dan sesi mengepam pada waktu malam atau lakukan serentak.

9. Pentingkan diet yang mengandungi protein berkualiti daripada ikan, ayam, itik, daging. Pastikan juga pengambilan kalsium yang mencukupi.
10. Jika anda rasa anda menghadapi kesulitan untuk menyediakan makanan yang berkhasiat untuk diri sendiri, pertimbangkanlah untuk mengambil suplemen vitamin dan mineral dalam diet anda.
11. Jangan berhenti menyusukan bayi atau mengepam susu kerana semakin banyak susu keluar, semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu yang akan dihasilkan.
Untuk mendapatkan set penyusuan + set berpuasa shaklee.Pm saya segera.0129075114,angrybirds1892011@gmail.com

Tiada ulasan: