Saya Ibu Yang Sibuk Tapi Tetap Support Breastfeeding

Selamat Datang Ke Laman Kehidupanku...Catatan Istimewa Dari Wanita kepada Wanita..

Selasa, 8 Mac 2011

Aku bakal bergelar ibu...

Alhamdulillah,tak sampai 100 hari perkahwinanku,aku dan suami telah dapat berita gembira.Aku berjaya hamil.Pada mulanya aku buat ujian kehamilan sendiri di rumah,namun tiada tanda-tanda yang menunjukkan aku hamil.Selepas lewat seminggu hari yang sepatutnya aku datang haid,aku saja-saja buat pregnancy test.Dan tak sangka positif bila 'double line' yang keluar.Aku sangat-sangat excited.
Dengan nasihat kawan-kawan,aku buat pengesahan di klinik swasta.Dan doktor mengatakan jika tiada apa-apa masalah,aku dijangka bersalin pada 2hb Oktober tahun ini.Aku sangat-sangat tidak percaya yang aku bakal ada anak sendiri.Sekarang aku belum berkesempatan ke klinik kerajaan untuk buat buku merah bagi ibu-ibu mengandung.
Sekarang juga aku terpaksa bersabar melalui fasa awal kehamilan.Aku sering loya-loya,muntah,badan rasa lain sangat.Doktor kata semua tu normal sehingga bulan keempat kehamilan.Barulah aku tahu bukan senang nak jadi ibu rupanya,belum lagi masuk fasa sarat,bersalin dan menjaga anak.

Tiada ulasan: