Saya Ibu Yang Sibuk Tapi Tetap Support Breastfeeding

Selamat Datang Ke Laman Kehidupanku...Catatan Istimewa Dari Wanita kepada Wanita..

Jumaat, 26 Februari 2010

PAKAIAN KITA KINI: IKUT SYARAT ATAU IKUT SYARAK?

Sejak dari kecil aku dididik untuk menutup aurat,tambah-tambah lagi ibuku seorang yang cerewet dalam menilai dan selalu menegur cara pakaianku.Tambahan suasana hidup di kampung ketika itu membuatkan aku malu jika ingin berseluar jeans atau berpakaian ketat.

Setelah aku bergelar perantau dan keluar dari kelompok kampung,aku mulai belajar pakaian selain baju kurung yang sering kupakai sebelum ini.Semasa di zaman study dulu aku gemar berfesyen,sering terpengaruh akan fesyen-fesyen terkini dan pakaian yang aku rasakan cantik bagiku.Jeans boot cut,baju cutting,semuanya pernah aku rasa.Dulu aku pun tidak kisah keluar dengan hanya berlengan pendek.Nasib baik juga aku berkawan dengan kawan-kawan yang cukup menitikberatkan soal aurat.Jadi,perasaan malu dan segan tu ada,terkawalla sikit!Kulihat ada juga rakan2 sekolahku yang sudah mula melupakan tudung apabila hidup kat KL ni.
Namun bila aku sedar diriku semakin tua,hehehe..aku sedar aku perlu peka apakah ianya menepati pakaian seorang wanita yang mengaku dirinya Islam.Trend tudung silih berganti begitu juga pakaian.Dari tudung wardina di zaman aku universiti dulu,tudung bienda,tudung mawi,tudung ekin dengan bermacam-macam brand seperti ‘ariani’, ‘ariani pasar malam’ , seperti menjadi lelongan di mana-mana pusat jualan dan mana-mana pasar malam..

Jika dipandang sekeliling semuanya kini mengenakan tudung pasang siap atau ikut trend terkini.Orang yang ‘free hair’ pun dah mula ikut trend.Namun disebalik itu trend di zaman ini,marilah kita sama-sama merenungi apakah pakaian yang kita pakai hari ini menepati apa yang digariskan di dalam Islam?Aku tidaklah pakar atau arif untuk membincangkan perkara berkenaan,namun sengaja kubuka untuk mengingatkan diri aku sendiri yang selalu alpa dan obses pada kecantikan dunia.Janganla ambil mudah soal pakaian kerana setiap inci tubuh kita ada hisabnya yang bakal kita berdepan suatu ketika nanti.

Sabda Nabi saw bermaksud;
“Dua golongan manusia yang termasuk ahli neraka dan aku belum pernah melihat sebelumnya iaitu: Kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi yang mereka pukulkan kepada orang-orang dan wanita yang memakai pakaian tapi bertelanjang yang berjalan lengggak-lenggok serta bergoyang-goyang kepalanya seperti kepala unta yang besar. Mereka ini tidak akan masuk syurga serta tidak akan mencium bau harumnya. Sesungguhnya bau harum syurga itu dapat tercium dari jarak perjalanan yang jauh”

Antara hadis yang berkenaan:
" Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya " [Riwayat Bukhari dan Muslim]
" Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan
memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti " [Riwayat Ahmad,Abu Daud ,An Nasaii dan Ibn Majah]
"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang
berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." [Riwayat Bukhari dan Muslim]


Perempuan
- Pakaian yang digunakan menutup aurat iaitu menutup seluruh bentuk badan kecuali pergelangan tangan dan muka. (Memakai stoking adalah wajib)
-Pakailah pakaian yang indah dan tidak menjolok mata.
-Memakai pakaian yang longgar dan tidak menarik perhatian.
-Dilarang memakai jeans yang ketat melainkan di hadapan wanita suami sahaja. (Selain itu Hukumnya haram)
-Dilarang sama sekali memakai pakaian yang melambangkan jenama Yahudi, Salib dan Barat. Hukumnya Haram.
Nabi saw bersabda;
“Sesungguhnya pakaian ini adalah pakaian orang-orang kafir, kerana itu janganlah memakainya”
- Dilarang menyerupai pakaian perempuan. Hukumnya Haram.
Nabi saw bersabda;
“Rasulullah memakai pakaian melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang lelaki”
-Dilarang memakai wangian yang menarik perhatian.
Nabi saw bersabda;
“Wanita yang memakai wangian yang menarik perhatian lelaki di khalayak, maka wanita itu adalah penzina”

Ini adalah serba sedikit syarat-syarat berpakaian ataupun boleh dipanggil sebagai etika berpakaian dalam Islam. Jikalau diikutkan mengikut pandangan ulama’ yang lain maka banyak syaratnya. Namun saya ingin mendedahkan secara asas dan umum berkenaan etika berpakaian ini.Maka oleh itu sedang pembaca sekalian, marilah kita muhassabah sebanyak yang mungkin terhadap diri kita dan cara pemakaian kita. Kerana ini adalah kewajiban suruhan langsung daripada Allah swt. Ingatlah bahawa kita ini akan mati dan disoal segala bentuk amalan kita semasa di dunia.

Tiada ulasan: