Saya Ibu Yang Sibuk Tapi Tetap Support Breastfeeding

Selamat Datang Ke Laman Kehidupanku...Catatan Istimewa Dari Wanita kepada Wanita..

Rabu, 12 Disember 2012

SCAN 4D

Masa mengandung anak sulung,memang excited nak wat scan,tapi aku tak tahu sangat pasal scan2 ni.Rupanya yang biasa dibuat di Klinik-klinik kerajaan tu scan 2D.Scan 3D adalah berbentuk imej dan scan 4D yang ada di hospital swasta tu adalah 4D,berbentuk video.Scan 4D memang lebih jelas,nampak hidung,muka,tangan dan anggota badan lain dan yang penting tiada kesan sampingan.Dalam kata lain,Scan 3-D adalah gambar-gambar tidak bergerak yang menunjukkan bayi dalam tiga dimensi, seperti foto-foto yang anda pernah lihat dalam surat khabar dan majalah. Scan 4-D (waktu merupakan dimensi keempat) adalah imej 3-D bayi yang bergerak. Jika anda bercadang untuk membuat skan 4-D, anda akan diberi rakaman CD atau DVDnya. Kat kawasan aku ni Pusat Perubatan Naluri ada scan 4D,tapi leceh sikitla,kene datang wat buku dan checkup sekali,bayarannyapun RM150.Bila aku survey kat internet,klinik kat Ampang ada wat scan 4D,tapi kene appointment la,bayarannyapun RM100.First2 aku jumpa tu,aku terus klik untuk wat appointment di
http://www.facebook.com/pages/3D-4D-scan-Malaysia/120155484710450?sk=wall
Juga boleh jugak online appointment di http://bayi-ibu.com/3d-4d-scan-malaysia/.
Doktor yang incharge ni namanya Ms Jezzlyn.Biasanya appointment hari Rabu dan Sabtu kat
Klinik Fauziah,
Desa Ampang,15,
Persiaran Desa Ampang,
Taman Sri Ampang,
Ampang,
KL 51000,Malaysia.

Aku rasa Ms Jezzlyn tumpang je kat klinik ni,sebab diapun ada wat kat tempat lain. Masa first aku buat appointment tu,aku tak dapat emel reply,pegi main redah je,memang sesat.Terus aku buat appointment kali kedua.Dapat emel reply.Cantik pulak tarikh yang aku wat tu,12.12.12.Hari Rabu.Rupanya senang je nak cari Klinik Fauziah ni,lepas Ampang Point tu terus je sampai melepasi 6 trafik light.Ada Manjaku sebelah kiri,sebelah kanan terus nampak Klinik Fauziah.Kawasannya agak buruk sikit dan nak parking memang susah.Aku 3 kali pusing baru dapat parking.Aku sampai tepat2 jam 1petang.Rupanya Ms Jezzlyn pun belum sampai.Tunggu jelah sekejap.Pastu diapun panggil aku masuk bilik no2.Rupanya muda lagi Ms Jezzlyn ni.Disuruhnya aku baring.Mula-mula baby taknak tunjuk muka,siap tutup dengan tangan lagi.Ms Jezzlyn pun tepuk2la sikit suruh tunjuk muka.Lucu pun ada.Akhirnya dapatla jugak aku tengok rupa baby aku.Yang penting jantina dia.Hehehe jawapannya

Tercapai jugak hajat aku nak anak yang pertama,lelaki dan anak kedua perempuan.Pastu dalam 1.30pm,selesaila Ms Jezzlyn wat scan kat perut aku.Diapun bagi aku 2 keping gambar muka baby.Kat luar dah ada satu couple sedang tunggu nak scan.Akupun bayar kat kaunter RM100 beserta CD.Balik tengok puas-puas ada pic dan video.Yang kureng sedapnya,suami aku yang tak ikut serta membebel.Katanya terang sangat,kesian kat baby,takut ada kesan sampingan.Akupun terangla kat dia yang tak tahu sangat pasal teknologi ni.Insyaallah takda kesan sampingan.
Ni dia gambar baby aku yang 32 minggu lebih...Ms jezzlyn kata malu-malu plak..

Macam-macam gaya ada anak ummi ni..
Yang ni scan biasa
Kalau nak tengok dia bergerak-gerak,klik www.youtube.com/watch?v=YPrG4x_fyL4">
Ni dia hasilnya selepas 38 minggu...



Pada yang berminat,aku just tolong promote je.
3D 4D SCAN IN MALAYSIA
0176202933
cysiu3@yahoo.com

2 ulasan:

Unknown berkata...

terima kasih banyak atas testimonial ye , boleh refer www.3d-4d-scan-malaysia.com atau www.bayi-ibu.com/3d-4d-scan-malaysia untuk latest package ye ... kalau tidak jumpa muka baby FREE , jantina tak nampak free untuk 22minggu keatas , REFUND kalau jantina salah .. guarantee services ye ... 5d scan>> HDlive juga available di ampang , boleh refer kat facebook untuk latest update sonographer bertugas termasuk miss jezzlyn, miss celynn, miss shanice , miss ada , miss irene di facebook >> https://goo.gl/53vyFG ... cuba klik link ni ye.. sebarang masalah semasa booking online sila sms 0176202933/0164383366 (SMS sahaja) , book sahaja bayar semua lepas scan.

Zapidah berkata...

Terima kasih..puas ati dengan servis dan bayaran..