Saya Ibu Yang Sibuk Tapi Tetap Support Breastfeeding

Selamat Datang Ke Laman Kehidupanku...Catatan Istimewa Dari Wanita kepada Wanita..

Isnin, 17 Disember 2012

CHECK LIST PERSEDIAAN BERSALIN

Masa bersalin anak sulung ari tu,memang banyak yang kurang.Sampai mak sedara suami kata aku ni kurang persediaan.Tambah-tambah si Naufal keluar awal 3 minggu.Maklumla anak sulung.Bila bersalin anak kedua ni akan kupastikan segala persediaan lengkap.Di sini aku kongsikan check list yang dah aku buat.Ni adalah check list persediaan penuh,boleh ikut kemampuan masing2..

Check List Barang Yang Perlu dibawa ke hospital
-Rekod kesihatan (Buku Merah)
-Guarantee Letter
-IC
-baju baby 3 helai
-barut baby
-bedung
-pampers newborn (bawak sikit je dulu)
-Baju T-shirt dalam 2 helai atau lebih
-Stoking 2 helai
-Kain Batik 3 helai
-bengkung (tak bawakpun takpa)
-set mandian(sabun,berus gigi,ubat gigi,sikat,pencuci muka,tuala,syampu
-selipar jepun
-Pad (ni paling penting,sediakan yang jenis nipis dan tebal bagi aliran darah banyak)
-Seluar dalam (aku beli yang pakai buang je)
-Nursing bra
-skaf dan pengikat rambut (untuk selesa susukan anak nanti)
-handphone & charger(penting nak contact orang)
-kamera (nak ambik gambar baby nanti)
-telekong solat(Ingat,selagi tak beranak masih kene solat)
-baju sejuk untuk ibu
-Minuman segera (milo ke,horlick ke,nak ambik tenaga sebelum proses meneran)
-benda-benda lain yang dirasakan penting;takdapun takpa.(mcm al-quran,ubat2 persediaan bersalin)
Biasanya kalau tiada masalah kita akan duduk sekejap je di hospital.Semasa anak sulung ari tu,aku duduk dalam sehari je.So tak perlu bawak banyak barang.Jika berkeperluan baru mintak tolong suami bawak.

Check List Barang Yang Perlu Ada kat Rumah


-Set Tilam baby( aku dah tempah tilam kekabu online kat Kedai Mini Kelantan,cantik!!)


-kelambu
-Bedak,sabun,losyen,syampu baby
-baby oil
-Besin mandi dan baby seat bath( baby kecik memang susah nak mandikan,kene ada seat bath khas)
-lapik getah changing mat
-Barut perut baby( kali ni aku tempah online dari mypermatahati,yang dulu beli kat kedai baby cepat tanggal)
-tungku baby(untuk tuam baby)


-Baju baby lengan panjang n pendek(Bagi yang beranak anak kedua,dah takda masalah)
-Sarung kaki dan tangan serta topi
-pampers newborn
-Bedung (aku beli yang jenis pelekat,senang)
-beg barang baby
-Tuala
-napkin
-baby wipes
-putik kapas
-pengepit kuku
-termometer
-cotton balls
-Tisu
-krim ruam lampin
-minyak telon atau minyak bayini
-safety pin
-detergent untuk baby

-ubat luka untuk ibu
-Pam susu

-warmer (jika berniat nak wat stok susu ibu)
-Set Bersalin
-
tungku ibu(boleh beli yang tungku besi atau tungku herba).Aku tempah online je tungku besi + sarung herba + bunjut mandian


-bengkung (biasanya dah ada dalam set bersalin)
-maternity pad (sediakan banyak sikit)
-Botol baby saiz kecik
-pembersih botol
-Nursing pad
-termos
-bakul baju kotor
-bakul baju baby( macam aku,beli je storage box,senang,tak berhabuk n takdala anak sulung nak sepahkan)


-bakul ubat-ubatan


Juga perlu ada buku untuk senarai nama-nama bayi dalam Islam,tips persediaan mengandung dan bersalin serta menyambut cahaya mata,buku bagaimana penyediaan susu ibu yang betul.Macam aku ni..hehe


Dan yang tak kurang pentingnya,makanan semasa pantang..

Selain dari keperluan barang-barang,bagi wanita yang mementingkan penjagaan luaran
dan dalaman , elok prepare seorang bidan/tukang urut.Bagi wanita yang terpaksa berpantang kat KL jauh dari ibu (macam aku,ibu sendiri pun dah tua,takkan nak menyusahkan ibu aku yang dah 70+ tu,ibu mertua pulak jenis moden)aku dah survey dan tempah seorang bidan.Seeloknya bidan tu pernah berkhidmat dengan kawan-kawan kita la.Aku dapat melalui seorang kawan yang pernah mendapatkan khidmat Kak Sarimah,diapun ambik murah je,RM250 untuk 3 hari.Biasanya bidan ni dia akan bertungku kita,urut,bertangas,mandi baby,sedia mandian ibu dll.Selain itu seorang akak ni ,Kak Ramjan pun aku kenal dan aku pernah berurut dengan dia.Bolehla untuk naikkan peranakan dan berurut untuk segarkan badan.Selain itu,kat internetpun banyak menawarkan khidmat bidan selepas bersalin (confinement lady),memang mahal sikitla.Tengok pakej,ada yang tinggal sekali,ada yang untuk 7 hari,14 hari,21 hari atau sampai 44 hari.Ada seorang mak cik di Taman Melawati ni pun ambik RM150 sehari.Tak berkemampuan la plak.Lagipun suami aku tak suka kalau ada orang luar/tidak dikenali masuk ke rumah.Aku tempah je orang-orang yang aku kenal.Lagipun aku dah prepare jugak untuk bertungku sendiri n buat mandian sendiri bila segar sikit. ...Untuk akan datang,aku dah tak perlu beli lagi,guna je yang anak sulung punye.
-baby car seat
-stroller (nak bawak baby jalan-jalan)
-playpen baby coat
-buaian(kut2 jenis susah tido macam Naufal)
SHARING IS CARING...

8 ulasan:

AimiFathi berkata...

thanks untuk this sharing..saya anak first, banyak xtau nak prepare apa..hehe..nanti jenguk2lah blog saya juga ye.. www.aimifathi.com :)

kazmal berkata...

salam. nak tanye, kak sarimah dan kak ramjan bidan urut tu dok area mana? Kalu dekat, nak guna khidmat dia utk urut.. TQ

kazmal berkata...

Salam. nak tanye, kak sarimah dan kak ramjan bidan urut tu dok area mana?

Zapidah berkata...

Kak Ramjan pekerja kat tempat saya bekerja..dia duk area keramat.dia boleh datang je area situ.dia pun tak tetapkan berapa Rm.tapi sekali urut badan saya bagi je Rm70.lps berurut mmg bestla.kak sarimah pun kwsn sini gak.panggilla kalau dia free.tp ari tu sy ambik kak ramjan je.kalau berminat mesej saya,saya akan bg no telefon akak2 tukang urut tu..

Princess berkata...

Hi Ummi Naufal. thanks for sharing. very useful info for the first timer like me. mind sharing Kak Ramjam mobile number? Nak minta dia urut selepas bersalin nanti.

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny berkata...

hi salam kenal, sya tgh carik bidan berurut utk bersalin nanti, sy berpantang di taman melati umah mak, dkt dah tu dgn bidan yg awk ckp tu, boleh bg no hp tak bidan dua2 tu..??

Tanpa Nama berkata...

Salam...terima kasih sudi share info berguna ttg persediaan bersalin nie...semoga Allah merahmati puan sekeluarga....

Unknown berkata...

Salam..boleh tak u share dgn I no tel bidan yg u amik tu..n bidan kt tmn melawati skli..nk no fon dia..if u dont mind u can sms/whatapps 0173405398..TQ