Saya Ibu Yang Sibuk Tapi Tetap Support Breastfeeding

Selamat Datang Ke Laman Kehidupanku...Catatan Istimewa Dari Wanita kepada Wanita..

Isnin, 21 Oktober 2013

SONY XPERIA ZR PILIHANKU

Sebenarnya dah lama saya nak update blog pasal smartphone pilihan saya,tapi takda masa.Memandangkan sekarang saya dah bergelar businesswoman saya perlu ada smartphone yang boleh berinternet dan berinteraksi dengan orang di mana jua.TAkkan nak pakai handphone cikai yang lama tu,malu plak kat customer nanti.Survey punya survey pada mulanya saya berminat dengan Sony Xperia Z.

Kenapa saya berminat dengan Sony Xperia Z??
Banyak saya jumpa di blog dan web mengatakan Sony Xperia Z adalah smartphone kedua terbaik dunia selepas HTC One,betul ke fakta tu?Betul atau tidak yang pastinya saya sudah tak berminat nak beli Samsung Galaxy sebab suami saya dah beli SG Note II,tak sampai sebulan,kene campak kat anak ke dalam baldi,terus rosak,baiki kene RM800.Memang set kat mind nak beli Sony Xperia Z.Lepas tu tahun ni jugak,saya ke kedai handphone yang banyak-banyak tu kat Carrefour Wangsa Maju,salesman tu bagi saya Rm1900 untuk Sony Xperia Z.Alamak terover bajet la plak.Tawar-menawar punya akhirnya dia suggestkan saya beli Sony Xperia ZR.Fungsinya sama je,cuma kecil sikit dan murah sikit berbanding Sony Xperia Z.Akhirnya,terbeli jugak aku Sony Xperia ZR warna pink lagi
yang mempunyai ketahanan yang lebih,boleh kalis air selama setengah jam,dan setakat ini menjadi bahan game buat Naufal plak,tak jadi masalah walaupun dah kene campak beratus kali.Itulah kelebihan Sony Xperia ZR selain gambar HD nya yang sungguh cantik.Sampai kawan sekerja saya cakap,cantik giler gambarnya.Berbaloi saya habiskan duit RM1700.Yang ni warranty Sony,bukan warranty kedai tau...

Ok di sini saya kongsikan kelebihan Sony Xperia ZR
•Skrin yang lebar sehingga memudahkan anda untuk menavigasi skrin. Lebar skrin 4.55 inches
•Skrin memiliki resolusi tinggi 720 x 1280 dengan kedalaman 323 pixel, dengan teknologi Sony Mobile BRAVIA Engine 2
•Skrin tahan calar dan debu
•Kamera belakang 13 MP
•Sama dengan ciri khas Sony Xperia, kali ini ditambahkan lengkungan di setiap sisinya pada bahagian back cover sehingga lebih senang digenggam
•Kalis air sampai kedalaman 1.5 meter selama 30 minit
•Internal memory yang besar 8 GB dengan 2 GB RAM
•Disediakan slot memory internal untuk kapasiti up to 32 GB
•Aplikasinya terdapat NFC yang mendukung HD voice
•Mendukung aplikasi internet jaringan LTE
•Prosesor Quad-core 1.5 GHz dengan Adreno 320

Kalau uols nak beli,dah jatuhpun harganya sekarang...

2 ulasan:

ariffin90 berkata...

Salam, tumpang tanya. RM 1700 sekali pakej ke? ada dapat apa2 gadjet?

Zapidah berkata...

takda..phone sahaja..sekarang ni dah turun harganya..