Saya Ibu Yang Sibuk Tapi Tetap Support Breastfeeding

Selamat Datang Ke Laman Kehidupanku...Catatan Istimewa Dari Wanita kepada Wanita..

Isnin, 15 Julai 2013

PERKARA YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA DALAM BIDANG PERUBATAN

1.Ubat titik mata dan telinga, cuci telinga (earwash)
2.Ubat GTN yand diletakkan di bawah lidah dengan syarat ia tidak ditelan
3.Memasukkan pessary, ovules kedalam kemaluan wanita (vagina), cuci vagina, memasukkan alat speculum kedalam vagina atau memasukkan jari (oleh doktor/bidan) untuk pemeriksaan (cth periksa jalan untuk bersalin)
4.Memasukkan alat urethroscope ataupun ubatan melalui saluran kencing ataupun irigasi pundi kencing
5.Menggerudi, mencabut, mencuci gigi, menggunakann miswak (kayu sugi), dengan syarat ia tidak ditelan
6.Injeksi (cucuk) melalui kulit, kedalam otot (intramuscular), sendi (intraarticular), kedalam pembuluh darah (intravenous) kecuali jika bahan yang dicucuk itu mempunyai zat
7.Menderma atau menerima darah
8.Menerima oksigen atau gas untuk bius
9.Menerima semua bahan yang diserap kedalam badan melalui kulit, seperti krim sapuan, minyak dan sebagainya
10.Mengambil darah untuk pemeriksaan
11.Memasukkan tiub (catherer) untuk pemeriksaan
12.Memasukkan tiub melalui mulut atau dubur (Endoscopy) untuk pemeriksaan (diagnostic) atau rawatan (intervention)
13.Mencuci mulut, kumur-kumur, spray mulut dengan syarat ia tidak ditelan
14.Pemeriksaan dalam rahim (Hysteroscopy) atau memasukkan alat dalam rahim (intrauterine device)
15.Mengambil sel dari hati atau organ lain (Biopsy)
16.Menggunakan ubat titik hidung, spray hidung atau inhaler (untuk asthma)
17.Injeksi pada dubur, pemeriksaan dubur (anoscopes) ataupun pemeriksaan dubur menggunakan jari
18.Pembedahan yang memerlukan bius penuh (general anaesthesia), jika pesakit mahu berpuasa
19.Haemodialisis atau peritoneal dialysis

Rujukan :
IOMS (Islamiz Organization for Medical Sciences), The Akademi Fiqh di Jeddah dan WHO, Fiqh As-sunnah (Sayyid as-Sabiq) dan fatwa dikeluarkan oleh Yusuf Al-Qardawi bersama Majlis Fatwa Eropah)

Tiada ulasan: