Saya Ibu Yang Sibuk Tapi Tetap Support Breastfeeding

Selamat Datang Ke Laman Kehidupanku...Catatan Istimewa Dari Wanita kepada Wanita..

Selasa, 17 Disember 2013

KLINIK PAKAR KANAK-KANAK PILIHANKU

Bagi anak-anak yang selalu sakit,dah tentu kita tercari-cari pakar kanak-kanak yang harganya berpatutan dan konsultasi serta ubat-ubatan yang berkualiti.Pilihan saya di sini:

Klinik Pakar Kanak Kanak Desa Melawati
No. 21, Jalan 2/4C, Desa Melawati, 53100 Ulu Klang, Kuala Lumpur.
Telefon 03-4105 1962.Tapi call kat situ jarang dapat,mungkin guna bersama fax kut.

Biasanya saya ikut time dia,In shaa Allah,bukak.
Isnin-Jumaat: 9.00 pagi-1.00 petang dan 3.00 petang-6.00 petang
Sabtu: 9.00 pagi-1.00 petang
Ahad / Cuti umum: Tutup

Doktor kat sini namanya DR.HASMAWATI.Sangat friendly,sangat baik dan saya sangat senang dengan dia.Ni gambar dia (tudung biru),yang saya curi dari blog orang lain,hehe..
Kedua-dua anak saya,kalau ada masalah terus rujuk sini.Ari tu nak ambil injection dan sunat Syahmina,saya buat kat sini.Caj RM125.Lepas tu Syahmina kulitnya melecet,alah dengan pampers.Kesian.Selalu nangis bila kena air.Datang sini,Doktor bagi anti fungal dan bacitracin-N ointment terus ok.Cajnya cuma RM75.
Sebelum ni takut nak pegi pakar-pakar ni,takut cekik darah.Tapi kat sini ok la,berpatutan dengan servis dan ubat-ubatan.

Dalam cuti sekolah ni,si abang pula naik gatal-gatal dan seakan chicken pox,terus datang sini.Doktor check dan doktor kata impetigo,bukan chicken pox.Berpunca dari hama atau kutu betina.Mulanya doktor bagi ubat antibiotik augmentin,sirap ubat gatal dan bacitracin.Caj Rm80.Tapi kesan ubat tu agak kurang selepas seminggu.Pegi lagi,kali ni doktor bagi antibiotik lain,sirap ubat gatal,bacitracin dan ubat poison anti-scabis.Doktor cakap kudis buta.Kalau tak pulih juga,doktor suruh rujuk pakar kulit.Selepas beberapa hari,kemerahan masih tak pulih,saya dan suami terus rujuk doktor kulit.Mungkin penyakit Naufal tu,penyakit kulit yang memerlukan rawatan pakar kulit.

Just nak sharing,klinik ni sangat bagus untuk kanak-kanak.Servis dan ubat-ubatannya saya amat puas hati.Pernah terkena kat klinik lain,caj sampai RM195+RM270.Terkejut saya.Tapi penyakit sedia mcam tu je.Bagi ibubapa yang tercari-cari klinik terbaik untuk anak,saya suggestkan kat sini la.Nak datang,ikut masa la.Nanti klinik tak bukak pulak.Kalau boleh datang awal-awal,sebab kadang-kadang terpaksa menunggu lama,sebab klinik ni agak famous,patient ramai dan servis yang Doktor beri agak lama,paling cepat 10 minit seorang,kadang2 saya terpaksa tunggu lebih sejam nak jumpa doktor.
Nice sharing..

Khamis, 5 Disember 2013

Manfaat Omega Guard Shaklee


26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout


Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Jom grab..bulan ni ada offer.Lepas ni harga kembali seperti biasa.

Rabu, 20 November 2013

HAMIL ITU REZEKI

Tidak semua wanita bertuah mempunyai peluang untuk merasai kehamilan. Ada wanita yang menunggu berbelas tahun bahkan ada yang berpuluh tahun kehadiran cahaya mata. Tetapi ada wanita yang dikurniakan kesuburan hingga mudah mengandung. Malah ada yang setiap tahun.

Oleh kerana terlalu kerap hamil, ada ibu yang berasa malu dan seolah-olah tidak gembira dengan kehadiran bayi yang dikandung. Tahukah anda bahawa emosi ibu mengandung mempengaruhi tumbesaran bayi dalam rahim.

Jika wanita itu tidak bersedia untuk hamil, maka minggu-minggu awal kehamilannya itu mungkin akan menyebabkan dia menghadapi tekanan perasaan.

Sebaliknya, jika wanita itu memang ingin mengandung, dia akan merasa gembira dan mungkin tidak sabar untuk menunggu kehamilan dan kelahiran.

Rangsangan negatif yang diterima oleh anak pasti akan memberi kesan kepada emosi si anak itu kelak. Dia dapat merasakan kehadirannya seperti tidak dinanti oleh ibu dan ayah. Emosi ibu yang tidak suka dirinya hamil akan turut dirasakan oleh anak dalam perut.

Oleh itu rancanglah kehamilan anda. Jika belum bersedia untuk hamil dalam tempoh terdekat selepas kelahiran anak terdahulu, gunalah kaedah perancangan keluarga yang disarankan doktor.

Janganlah siksa emosi anak di dalam kandungan kerana ramai lagi wanita yang tidak berpeluang hamil menantikan saat menikmati gerakan comel dari dalam perut.

Ahad, 27 Oktober 2013

TANDA HAMIL BAYI LELAKI

Mengetahui jantina bayi yang dikandung menjadi satu keseronokan yang paling utama bagi bakal ibu dan ayah. Dengan perkembangan teknologi ultrasonografi (USG), impian mengetahui jantina bayi dapat direalisasikan.

Bahkan dengan kecanggihan ultrasound 4D, bukan hanya jantina bayi dapat dikesan, malahan boleh melihat pergerakan bayi dalam perut ibu dengan jelas sekali. Namun demikian, petua orang tua-tua dalam mengesan jantina bayi dalam kandungan boleh juga diguna pakai.

Berikut adalah petanda ibu kemungkinan hamil bayi lelaki:

1. Bentuk perut kelihatan bulat sempurna seperti bola.

2. Posisi perut lebih condong ke arah bawah.

3. Kawasan areola (kawasan hitam sekeliling puting susu).

4. Degup jantung bayi kurang dari 140 kali per minit.

5. Jika menggantungkan cincin kahwin di atas perut, maka cincin tersebut akan berpusing.

Cuba try,betul atau tidak??Dan tinggalkan komen anda di bawah...

TANDA BAYI CUKUP SUSU

Kadang kala ibu tidak tahu sama ada bayinya sudah cukup minum susu atau belum. Setiap kali menangis, ibu beri sahaja susu badan. Akibat terlalu kenyang, si kecil muntahkan semula susunya walaupun mulut tetap menyusu bila disuakan. Jadi, ibu perlu tahu apa tanda yang boleh menunjukkan si manja sudah cukup minum susu dan rengekan manjanya bukan kerana hendakkan susu.

1. Sekurang-kurangnya enam lampin basah setiap hari dan membuang air besar yang cair berwarna kekuningan dua hingga lima kali sehari. Ini bergantung kepada umur bayi.

2. Najis bayi tidak berwarna putih atau kelabu.

3. Peningkatan berat badannya stabil selepas minggu pertama kelahiran.

4. Air kencingnya berwarna kuning pucat dan bukannya berwarna kuning pekat atau jingga.

5. Bayi tidur nyenyak dan kelihatan cergas ketika bangun tidur.

*Untuk menghisap dengan berkesan, bayi perlu memasukkan sebahagian besar dari areola dan puting ke dalam mulutnya. Rerongga susu yang perlu diperah/ditekan untuk mengeluarkan susu terletak di bawah areola. Gusi bayi sepatutnya melepasi puting sejauh satu inci ke bahagian areola. Pastikan puting terletak di tengah-tengah mulut bayi dan di atas lidahnya. Bayi hendaklah dirapatkan ke badan ibu sehingga hujung hidungnya menyentuh payu dara. Jika hidungnya terhalang oleh payu dara untuk bernafas, perbetulkannya dengan mengangkat payu dara sedikit atau menarik bayi lebih rapat ke badan ibu.

*Jika bayi anda tertidur ketika menyusu, atau anda perlu menamatkan penyusuan sebelum bayi anda berhenti, leraikannya dengan memasukkan jari ke dalam mulut bayi ketika bibirnya masih melekap pada payu dara anda. Gunakan jari untuk meleraikan mulut bayi. Jangan sekali-kali menarik puting anda tanpa meleraikan hisapannya.

Isnin, 21 Oktober 2013

SONY XPERIA ZR PILIHANKU

Sebenarnya dah lama saya nak update blog pasal smartphone pilihan saya,tapi takda masa.Memandangkan sekarang saya dah bergelar businesswoman saya perlu ada smartphone yang boleh berinternet dan berinteraksi dengan orang di mana jua.TAkkan nak pakai handphone cikai yang lama tu,malu plak kat customer nanti.Survey punya survey pada mulanya saya berminat dengan Sony Xperia Z.

Kenapa saya berminat dengan Sony Xperia Z??
Banyak saya jumpa di blog dan web mengatakan Sony Xperia Z adalah smartphone kedua terbaik dunia selepas HTC One,betul ke fakta tu?Betul atau tidak yang pastinya saya sudah tak berminat nak beli Samsung Galaxy sebab suami saya dah beli SG Note II,tak sampai sebulan,kene campak kat anak ke dalam baldi,terus rosak,baiki kene RM800.Memang set kat mind nak beli Sony Xperia Z.Lepas tu tahun ni jugak,saya ke kedai handphone yang banyak-banyak tu kat Carrefour Wangsa Maju,salesman tu bagi saya Rm1900 untuk Sony Xperia Z.Alamak terover bajet la plak.Tawar-menawar punya akhirnya dia suggestkan saya beli Sony Xperia ZR.Fungsinya sama je,cuma kecil sikit dan murah sikit berbanding Sony Xperia Z.Akhirnya,terbeli jugak aku Sony Xperia ZR warna pink lagi
yang mempunyai ketahanan yang lebih,boleh kalis air selama setengah jam,dan setakat ini menjadi bahan game buat Naufal plak,tak jadi masalah walaupun dah kene campak beratus kali.Itulah kelebihan Sony Xperia ZR selain gambar HD nya yang sungguh cantik.Sampai kawan sekerja saya cakap,cantik giler gambarnya.Berbaloi saya habiskan duit RM1700.Yang ni warranty Sony,bukan warranty kedai tau...

Ok di sini saya kongsikan kelebihan Sony Xperia ZR
•Skrin yang lebar sehingga memudahkan anda untuk menavigasi skrin. Lebar skrin 4.55 inches
•Skrin memiliki resolusi tinggi 720 x 1280 dengan kedalaman 323 pixel, dengan teknologi Sony Mobile BRAVIA Engine 2
•Skrin tahan calar dan debu
•Kamera belakang 13 MP
•Sama dengan ciri khas Sony Xperia, kali ini ditambahkan lengkungan di setiap sisinya pada bahagian back cover sehingga lebih senang digenggam
•Kalis air sampai kedalaman 1.5 meter selama 30 minit
•Internal memory yang besar 8 GB dengan 2 GB RAM
•Disediakan slot memory internal untuk kapasiti up to 32 GB
•Aplikasinya terdapat NFC yang mendukung HD voice
•Mendukung aplikasi internet jaringan LTE
•Prosesor Quad-core 1.5 GHz dengan Adreno 320

Kalau uols nak beli,dah jatuhpun harganya sekarang...

Jumaat, 18 Oktober 2013

IMPLANON

Sebelum ni saya ada kongsi pasal pil perancang Noriday kan?Sekarang nak bagitahu plak pasal Implanon..Sebut je implanon mesti ramai yang takut.Susuk Moden la katakan.Apa dia implanon ni??Implanon merupakan sejenis kaedah terbaru di mana ianya mula diperkenalkan di Malaysia pada April 2002. Implanon merupakan sejenis rod sebesar batang mancis yang dimasukkan di bawah kulit lengan atas melalui suntikan. Rod ini akan mengeluarkan sejenis hormon progestogen iaitu etonogesterol pada kadar yang sama setiap hari untuk tempoh 3 tahun. Selepas tempoh 3 tahun, rod ini tidak berkesan lagi dan perlu dibuang. Kedua-dua prosedur iaitu pemakaian dan pembuangan implanon boleh dibuat di klinik, memerlukan hanya bius setempat dan prosedur kedua-duanya tidak melebihi 5 minit.

Hormon yang dikeluarkan oleh implanon akan menyebabkan gangguan pada pengeluaran telur oleh wanita dan seterusnya menghalang kehamilan. Kajian yang dijalankan ke atas hampir 6000 wanita menunjukkan tiada kehamilan dalam tempoh 3 tahun ianya dipasang. Selepas sahaja implanon dikeluarkan, pengeluaran telur akan kembali kepada normal dalam tempoh seminggu.

Apa yang membuatkan saya terdetik untuk memilih implanon?Jawapannya, untuk senang la..Tak payah pikir apa-apa lagi,sekali cucuk je,tahan sampai 3 tahun,tak payah telan2 ubat dah,tak payah inject2 dah.Sebelum ni saya dah ambil pil selama 10 bulan,masalahnya asyik lupa je.Lagipun saya pernah terdengar pil masih belum menjamin 100% kita tidak hamil.Pernah terbaca,pil boleh bertindakbalas dengan sebarang ubat lain dan menjejaskan fungsinya sebagai perancang kehamilan.Dalam masa ambil pil dulu,saya masih risau kut2 masih boleh hamil,maklumla,duk KL ni susah kalau beranak setahun sorang.Takut jugak aku,kan tak pasal-pasal mengandung lagi.Dah la aku dah beranak Sept 2011,Januari 2013...hihihi..Nak ambik alat yang tanam dalam rahim tu,tak sanggup aku nak terkangkang depan doktor.Lagipun dah ramai kawan-kawan sekerja yang pakai implanon.So aku berani kan diri.Melalui survey aku,untuk dapatkan implanon yang murah,boleh didapati di klinik LPPKN,harganya dalam RM300 lebih je.Tapi aku takda masa nak ke sana.Dengarnya kene melalui pelbagai test dulu,seperti pap smear dan pelbagai lagi baru doktor akan pasang implanon.So nak senang aku pegi je pasang di Klinik Ampang Dr.Hasni kat Seksyen 1 Wangsa Maju.Kosnya RM580..Mesti kata mahal kan?Ini untuk 3 tahun la..Nak buang awalpun takda masalah.Bila buang terus subur,terus boleh mengandung balik.
Kesannya?Antara kesan samping penggunaan implanon adalah gangguan pada kitaran haid sama ada haid akan jadi berpanjangan, haid akan jadi sangat sedikit atau tiada datang haid. Setiap individu akan menunjukkan respons yang berbeza. Kaunseling tentang gangguan haid sebelum pemasangan implanon dapat memastikan setiap individu bersedia jika gangguan pada kitaran haid terjadi.
Lagi satu saya tengok rakan-rakan yang pakai implanon ramai yang naik badan,makin berisi.Lantakla makin berisipun,asalkan aku tak mengandung dalam waktu terdekat ini.Nak kurus,exercise dan diet la..

Tentang bila boleh pasang,digalakkan di hari pertama haid hingga hari ke5 haid.Apapun boleh berbincang dengan doktor waktu yang sesuai,sebab masa saya pergi tu saya tengah tak datang haid sebab baru habiskan pil Noriday.Mula-mula doktor akan bius.Masa bius tu la rasa pedih2 sikit.Bila doktor nak masukkan tu,pejam je mata satu minit.Tak rasa apapun.Tahu-tahu dah ada dalam kulit.Pakai bandage utk 1 hari.Jangan bagi kene air.Tak rasa apapun.Mula-mula rasa la something bawah lengan,dah sehari okla.Ni bandage aku yang dah dibuang.Pasang implanon ni macam kene inject je

Pastu doktor akan bagi kad Implanon ni.Lepas 3 tahun boleh bukak kat mana-mana klinik nanti.


Dalam seminggu lepas pasang tu adalah lebam sikit,tapi tak rasa apa.Bila gosok kat lengan tu rasa la macam batang lidi.Sekarang aku dah tak perlu risau hamil lagi,tak perlu nak set kat mind tiap2 malam kene makan pil perancang.Boleh tumpu pada menjaga dan membesarkan dua anakku yang hampir sama baya,tengah melasak sekarang.Nak mengandung lagi? In sha Allah,aku mahukan anak lagi,tapi lagi tiga atau empat tahun lagi.Tak mahu pisang berbuah dua kali macam ari tu,hehehe..

So saya suggestkan buat wanita yang mahukan kaedah yang mudah, berkesan, mudah dipasang dan ditanggal, mudah kembali untuk subur, kekal di tempat di mana ia dipasang, tidak perlu melakukan sesuatu terhadap kontrasepsi yang dipakai, tidak memakai sebarang kontrasepsi lain dan alah kepada estrogen sintetik.Dengan implanon anda tidak perlu gusar akan hamil lagi.

Isnin, 7 Oktober 2013

STATUS HALAL SHAKLEE

Yang ni sijil halal untuk tahun 2013
Memang akan diperbaharui setiap tahun
Untuk dapatkan maklumat lanjut sila layari www.halalscience.com

http://www.halalscience.com/blog/benarkah-produk-shaklee-ada-ekstrak-babi/

http://www.shaklee.com.my/img/content/Image18578746.pdf

ISA ni apa? Kenapa bukan JAKIM?
Jawapan : Oleh sebab Shaklee ni buatan USA, Islamic Services of America (ISA) yang iktiraf kehalalan produk-produk di USA. Yelah, takkan JAKIM yang nak gi US tu nak cek. Untuk lebih efektif, JAKIM telah lantik ISA ni untuk cek status Halal produk yang nak dibawa ke Malaysia.Cuba check badan-badan yang diiktiraf JAKIM..

Kenapa tak letak logo Halal di botol Shaklee?
Jawapan: Standard Halal Farmaseutikal tak sama dengan Standard Makanan Halal. Makanan yang kena letak logo Halal. Tapi untuk ubat-ubatan/supplemen requirement nya ada sijil Halal. Cuba cek kat botol-botol ubat/supplemen ada ke logo Halal? Kena cek dan minta bukti dengan pengedar masing- masing.
Akan datang kita mungkin akan jumpa logo halal di botol-botol ubat sebab Malaysia pun baru nak implement prosedur sebegini.

Apa status softgel bovine Omega, Vitamin E, Lecithin?
Jawapan : Softgel yang digunakan bagi Vitamin E, OmegaGuard, Lecitin adalah bersumberkan Bovine. Dan bovine yang digunakan ni adalah dari lembu yang disembelih dan dipantau oleh ISA. Maka ianya lembu bukan sebarang lembu ye…

Khamis, 3 Oktober 2013

TIPS PENYUSUAN

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
•Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
•Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.
•Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
•Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.

2. Jangan Tunggu Payudara Penuh
•Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
•Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
•Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

3. Minum banyak Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3 Liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

4. Fikir Bayi Fikir Susu
•Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
•Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...

5. Berdisiplin
Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.

6. Tandem Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.

7. Teknik Marmet
Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... Ni based on pengalaman mommaMia yer...

8. Menyusu / mengepam Lebih Lama
•Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
•Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
•Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah

9. Penyusuan Malam
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan
Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.

11. Pengambilan makanan berkhasiat dan suplemen
Seperti ESP (Energizing Soy Protein ) dan Alfalfa mampu merangsang pengeluaran susu.

ALAMAT SHAKLEE SELURUH MALAYSIA

Ramai sangat tanya alamat Shaklee, nak pegi beli sendiri.So di sini saya kongsikan alamat-alamat Shaklee di Malaysia.Bagi yang nak jimatkan kos pos,boleh pegi beli sendiri,guna ID saya ZAPIDAH : 954902

Shaklee Products (Malaysia)Sdn Bhd (AJL 93747) Company No. 301287-T

Home office: A-3A-02, Empire Tower,Empire Subang, Jalan SS16/1,47500 Subang Jaya,Selangor
Telefon: 03-56223188
Fax: 03-56223199

Penang Branch : A-2 Jalan Todak 1,Pusat Bandar Seberang Jaya,13700 Perai
Telefon: 04-3974325
Fax: 04-3974324

Ipoh Branch: 32 Medan Istana 1,Bandar Ipoh Raya,30000 Ipoh
Telefon : 05-2418260
Fax: 05-2418263

Johor Bahru Branch: 14 Jalan Molek 1/10, Taman Molek,81100 Johor Bahru
Telefon: 07-3525188
Fax: 07-3524188

Kuala Lumpur Branch: 31 Jalan 2A/27A Section 1 Wangsa Maju Setapak 53300 Kuala Lumpur
Telefon : 03-41426442
Fax: 03-41496313
**** Telah bertukar ke
No. 32, Jalan Rampai Maju 3,
Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur.
Telefon : 603-4142 1067
Fax: 603-4142 1027

Kota Bharu Branch: 319 Section 25 Bandar Kota Bharu,Jalan Sultan Yahya Petra,15200 Kota Bharu
Telefon: 09-7478688
Fax: 09-7477711

Kota Kinabalu Branch: Lot 7,Ground Floor, Wisma Damai,Jalan Damai Luyang,88300 Kota Kinabalu,Sabah
Telefon : 088-272087
Fax: 088-272089

Isnin, 30 September 2013

PANDUAN IBU MENYUSU

Di sini saya sarankan dua buah buku yang WAJIB ada bagi seorang ibu menyusu yang berniat untuk menyusu secara ekslusif. Saya sendiri sudah memilikinya,anda bila lagi?Kalau sukar sangat nak dapatkannya,boleh beli dengan saya..

HEBATNYA SUSU IBU!
Nama Penulis: Rita Rahayu Omar
Harga: RM25, RM30 (Sabah & Sarawak)
Halaman: 208
Description:
Sinopsis
Karya Perunding Laktasi bertauliah dan kolumnis majalah Pa&Ma ini lengkap dengan fakta keajaiban dan kebaikan susu ibu berbanding susu formula. Buku diterbitkan berwarna-warni lengkap dengan gambar. Tip menyusukan anak bagi ibu berkerjaya, ibu yang sedang sakit, melahirkan bayi secara caesarian, bayi pramatang, masalah puting susu, kaedah menyimpan stok susu, menangani bayi yang enggan menyusu, menyusukan anak melebihi usia 2 tahun dan pelbagai mitos dalam masyarakat berkenaan susu ibu dihuraikan dengan bahasa santai. Tidak ketinggalan, perkongsian pengalaman wanita bergelar ibu yang berjaya menyusukan anak angkat, anak yang dilahirkan pramatang, ibu yang melahirkan bayi kembar dan pengalaman ibu yang terpaksa bertugas setelah 15 hari melahirkan anak. Soal-jawab 1001 permasalahan penyusuan dihuraikan dengan kaedah dari hati ke hati turut mengisi sebahagian daripada kandungan buku ini.

Antara kandungan dalam buku:
Susu Ibu: Menyingkap misteri ‘cecair’ emas:
Susu ibu Vs susu formula
Susu ibu bukan punca obesiti
Tip elak bayi tersedak
Tip menyusukan bayi jika melahirkan secara caesarean
Ibu yang menyusukan bayi tak perlu berpantang makan

Biodata Penulis
Penulis merupakan seorang ibu kepada 4 orang cahaya mata (kesemuanya telah disusukan dengan susu ibu). Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Nurturing Concepts Sdn Bhd. Beliau berpengalaman luas dan bercita-cita mahu memartabatkan penyusuan bayi di Malaysia serta sentiasa membantu ibu-ibu supaya berjaya dalam penyusuan sejak tahun 2001. Penulis juga merupakan salah seorang panel perunding dan kolumnis untuk majalah ”Pa&Ma” semenjak tahun 2006 dan bertanggungjawab untuk menjawab soalan- soalan berkenaan penyusuan bayi di Ruangan Laktasi setiap bulan. Beliau juga merupakan panel perunding dan kolumnis untuk Majalah "BabyTalk" sejak tahun 2011. Penulis adalah seorang Perunding Laktasi bertauliah (International Board Certified Lactation Consultant-IBCLC), ahli kepada Persatuan Pakar Laktasi Sedunia – ILCA (berpusat di Amerika Syarikat), Persatuan Penasihat dan Pakar Laktasi Malaysia (PPPLM) dan Persatuan Penyusuan Australia (ABA).


Lagi satu buku adalah Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya.
Buku ini lengkap berkenaan cara mengepam,cara simpan susu DLL..Jom dapatkannya..


Harga: RM12.00

THIS BOOK IS WRITTEN IN BAHASA MELAYU

Buku ini diterbitkan oleh Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu WPKL khusus buat ibu-ibu bekerjaya yang ingin meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif. Kandungannya sangat sesuai untuk para ibu yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penyusuan susu ibu.

Antara topik kandungan buku ini:
Pilihan-pilihan bagi Ibu bekerjaya
Penyusuan Susu Ibu
Perancangan Awal Ibu Bekerja
Latihan Memerah
Memerah Susu dengan Tangan
Memerah Susu dengan Pam
Panduan Am Cara Menyimpan Susu Perahan
Cara Menyimpan Susu Perahan
Mencairkan Perahan Susu Ibu Yang Dibekukan
Cara Memberi Perahan Susu Ibu
Tips Kejayaan Penyusuan Susu Ibu Bekerjaya
Cara Mudah Memantau Tumbesaran Bayi
Carta Pertumbuhan WHO (2006)
Sumber Makanan Berkhasiat yang Boleh Merangsang Penghasilan Susu

Buku ini dilengkapi dengan pelbagai lampiran yang boleh dijadikan rujukan khusus untuk ibu bekerjaya yang menyusu.

Di bahagian akhir buku ini juga (Lampiran 7) terdapat senarai maklumat kaunselor kaunselor laktasi untuk bantuan dalam penyusuan (contact details of lactation counsellors)

TEKANAN DARAH RENDAH (Hypotension)

Saya terpanggil untuk menulis blog pasal tajuk ni bila pagi-pagi sorang kawan datang kepada saya dalam keadaan lemah.Dia tanya Shaklee ada untuk darah rendah tak?Dia tengah pening-pening rasa nak pitam.Saya pun suggest beberapa produk Shaklee kepada dia,moga-moga sakitnya itu akan berkurangan..

Hypotension adalah istilah perubatan merujuk kepada tekanan darah rendah (kurang daripada 90/60) tanpa menunjukkan sebarang gelaja.
Tekanan darah ditunjukkan dalam dua bacaan. Bacaan pertama mempunyai nilai lebih tinggi daripada bacaan kedua menunjukkan ukuran tekanan sistolik, atau tekanan dalam arteri apabila jantung berdegup dan mengisi mereka dengan darah. Bacaan kedua mengukur tekanan disatolik, atau tekanan dalam arteri apabila jantung terletak di antara denyutan (keadaan rehat).

Tekanan Darah Normal = 120 / 80 mmHg

Tekanan Darah Rendah = 90 / 60 mmHg

Tekanan darah yang normal biasanya di antara julat 120/80 (systolic / diastolic). Orang yang sihat, terutama atlet, tekanan darah rendah adalah tanda jantung (kardiovaskular) yang sihat (jantung dan saluran darah). Tetapi tekanan darah remdah adalaha menjadi tanda masalah asas - terutama warga warga tua - di mana ia boleh menyebabkan aliran darah yang tidak mencukupi ke jantung, otak dan organ-organ penting yang lain.

TANDA-TANDANYA
1.Cepat lelah / sesak nafas terutama bila cuaca panas
2.Sering menguap
2.Sering menguap
3.Pening kepala ketika posisi badan berubah
4.Mudah berpeluh
5.mata terkunang-kunang / penglihatan kurang jelas
6.Muka pucat
7.Mual dan lesu
8.Kulit berasa dingin, pucat dan lembab
9.Tangan dan kaki kebas
10.pernafasan cepat dan pendek
11.cepat haus
12.Pengsan (tahap serius)


Suplemen Shaklee yang disyorkan bagi Penghidap Tekanan Darah Rendah

1.Vita-Lea - multivitamin dan multimineral untuk mengimbangkan nutrien dalam badan

2.B-Complex - menambahkan tenaga dan mengurangkan stress

3.Ostematrix - Kalsium penting untuk pengawalan tekanan darah

4.ESP - membekalkan protein dan meningkatkan tenaga

5.Performance Drink - membekalkan tenaga dan mengelakkan dehidrasi

6.Meal Shake - juga multivitamin dan multimineral dan bentuk bancuhan(minuman)

Ahad, 29 September 2013

JANA PENDAPATAN DENGAN SHAKLEE

Bukan nak tipu,selama saya join Shaklee ni,alhamdulillah.Permintaan sentiasa ada.Jadi setiap bulan confirm dapat bonus / komisen,sama ada sikit atau banyak,bergantung pada usaha kita..Selain customer baru,customer yang dah beli pun akan cari kita balik dan sambung beli dengan kita.Seronok bersama Shaklee.Antara barang-barang customer untuk dihantar dan cek yang diterima setiap bulan..

Khamis, 19 September 2013

KELEBIHAN SHAKLEE

Apakah beza produk Shaklee dengan vitamin lain yang boleh di dapati dari klinik kerajaan dan farmasi?

Pertama sekali ialah kerana tiadanya silika gel seperti dalam rata2 botol vitamin. Ini menandakan ianya asli dan bukan sintetik (tiruan). Vitamin Shaklee tidak mempunyai perasa tambahan, pengawet tambahan malah tiada bahan tambahan yang tidak diperlukan oleh badan.
Namun ramai yang tidak tahu kepentingan utama pengambilan vitamin ini. Hakikatnya pengambilan vitamin ini membantu tubuh lebih sihat dan sustained iaitu kekal bertenaga walaupun bekerja. Untuk yang tidak bekerja, vitamin juga sangat membantu agar kita kekal bertenaga dan sihat untuk menguruskan anak-anak dan kerja rumah. Bukan mudah nak uruskan semuanya jika kita sakit atau mudah jatuh sakit kan?

Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.

Misi kami di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.

Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.

Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:

Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
• TIDAK Mengandungi Paraben
•TIDAK Mengandungi Triklosan
•TIDAK Mengandungi Phthalates
•TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
• TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
• TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
• TIDAK Mengandungi Glikol
•TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
•TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
•TIDAK Mengandungi Ammonia
• TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
• TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
• TIDAK Mengandungi Formaldehyde
• TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
•TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
• TIDAK Mengandungi Toulene
•TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
• TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
• TIDAK Mengandungi Pewarna
• TIDAK Mengandungi Lemak Trans
•TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
•TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
•TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

SENTIASA BERKESAN- Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif

SENTIASA MESRA ALAM- Kami Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar

SELAMAT HARI JADI YANG KE-2 BUAT NAUFAL


SELAMAT HARI JADI yang ke-2 buat anak sulungku,Naufal..SEkejap je masa berlalu,dah besar rupanya anak ummi.Terasa lagi kesakitan melahirkanmu.
Setiap kali birthday Naufal,mesti ada hadiah special dari Ayah dan Ummi.Kali ni dapat rasa kek coklat indulgence yang mahal tu,hadiah drawing board dan makan bersama keluarga di Kenny Rogers..siap beli jugak kek di King's Confectionery hantar ke rumah pengasuhnya..Sekali-sekala nak bagi yang istimewa buat anak..Harap-harap bila besar nanti dia ingatla semua momen indah itu..

Rabu, 28 Ogos 2013

SET KESUBURAN SHAKLEE

SET KESUBURAN SHAKLEE =================

Vitamin Kesuburan Shaklee bukan sahaja meningkatkan kesuburan TETAPI juga :

# memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, & pelekatan telur
# mematangkan ovum untuk memudahkan proses persenyawaan
# bantu sperma hidup lebih lama sehingga 5 hari di tiub Fallopio
# hasilkan servikal mukus yang berkualiti & subur
# menstabilkan hormon
# menguatkan rahim
# menghasilan sperma yang sihat
# melancarkan aturan haid supaya lebih teratur
# membekalkan nutrisi lengkap yang diperlukan dalam badan sebagai persediaan hamil
# mengecutkan CYST / FIBROID / ENDOMETRIOSIS

Apakah KEISTIMEWAAN Gabungan nutrien di bawah yang boleh membantu meningkatkan tenaga, kesihatan serta kesuburan anda ?

➳➳➳ GLA Complex

☑ Supplement wajib untuk wanita yang sedang mencuba untuk hamil.
☑ Ia mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama untuk menggalakkan kesuburan.
☑ Ia juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan.
☑ Melegakan PMS (sindrom pra-haid/senggugut) – abdominal pain, breast pain
☑ Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri bagi mengelak risiko keguguran
☑ GLA complex membantu tubuh menghasilkan ‘cecair kesuburan’. ‘Cecair kesuburan’ ini memberi ‘ruang’ untuk sperma terus hidup hingga 5 hari.

➳➳➳ Alfalfa
☑ Membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah).
☑ Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
☑ Meningkatkan stamina seorang suami & isteri.

➳➳➳ Zinc Complex
☑ Membantu menjaga fungsi organ seksual dan penghasilan hormon testosterone
☑ Menghasilkan sperma yang kuat dan pantas, Kekurangan zinc pada lelaki akan menjejaskan bilangan, pergerakan dan kesihatan sperma.

➳➳➳ Vita-E Complex
☑ Dilengkapi dengan Selenium, salah satu unsur penting untuk meningkatkan kuantiti sperma pada lelaki dan mengurangkan risiko kecacatan pada bayi.
☑ Meningkatkan kemahuan seks, tidak lagi dingin
☑ Merupakan sejenis antioxidant yang mampu meningkatkan kesuburan.kita merancang dan berusaha, Allah yg bagi..

✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿✿

✔ Dijamin HALAL
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan
Pm / sms / whatssup / we chat 0129075114

Selasa, 20 Ogos 2013

Testimoni Vivix

Ni copy paste original dari yang telah beli dan guna VIVIX.

Lepas tanya khabar ayah. Alhamdulillah, semakin sihat & kekal cergas. Terima kasih ayah, sudi konsisten dengan Vivix Shaklee. Akhirnya, ayah konsisten sebab katanya rasa jauh lebih sihat, lebih semangat lagi untuk semakin konsisten sebab doktor puji tekanan darah ayah

Mula-mula enggan konsisten, kesian mahal kami nak beli, katanya. Tak apa ayah, kesihatan ayah jauh lebih mahal bagi kami. Duit boleh cari, Ayah & Mak, seorang ja Allah bagi

"Terima kasih, ayah, doakan bisnes kami"

"Ya, hari-hari ayah & mak dok doa. Terima kasih dok bagi macam-macam ni"

Dalam hati saya : Semuanya tak terbanding dengan apa yang kami dapat dari ayah dan mak sejak dahulu lagi
*rindu*

Cara Mengenali Handphone Ori atau Tak

Kes penipuan barangan elektronik sekarang semakin menjadi-jadi sehinggakan iPhone 4S pon boleh di ciplak oleh China. Di sini ada tips macam mane nak check atau tentukan sama ada handphone tu original ataupun cap ayam.

Check it out !! Ikut langkah-langkah seperti di bawah ni :

Taip *#06#
Akan keluar IMEI number ( International Mobile Equipment Identity)
Semak no IMEI anda, pada kedudukan ke 7 dan 8. Contoh, 358671017470473
Kedudukan no 7 dan 8 adalah seperti ******01*******
Untuk semak sama ada phone ANDA ori atau tidak, check kod di bawah.


02 atau 20 [dari Kilang Emirates atau India] = LOW QUALITY
08 atau 80 [dari Kilang Germany] = FAIR QUALITY
03 @ 30 atau 04 @ 40 [dari Kilang China] = GOOD
06 atau 60 [dari Kilang Hong Kong, China atau Mexico] = GOOD
05 atau 50 [dari Kilang Brazil, USA atau Finland] = VERY GOOD
01 atau 10 [dari Kilang Finland] = VERY GOOD
00 [dari Kilang Asal Handphone] = BEST MOBILE QUALITY
13 [dari Kilang Azerbaijan] = VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH


Huh...nasib baik Handphone Sony Xperia ZR saya adalah no 05....

Apa lagi, jom check handphone anda, moga-moga original..!!

Ahad, 18 Ogos 2013

Peace for Egypt

Sebagai ringkasan, Simbol 4 (arab : Rabi'ah) ini melambangkan Medan Rabiatul Adawiyah, Medan terbesar pro demokrasi berkumpul berdemonstrasi dan juga merupakan tempat peristiwa pembunuhan beramai-ramai oleh kudeta tentera. Ini adalah kempen solidariti global bagi mengecam kudeta tentera Mesir.

Mereka melambangkan perjuangan yang benar2 berlaku di Mesir .. Rakyat yang tidak bersalah dibunuh tanpa belas kasihan ..

Tanda menyokong kepimpinan Dr Morsi dan perjuangan Ikhwanul Muslimin ..

Khamis, 1 Ogos 2013

SELAMAT HARI PENYUSUAN SEDUNIA

Khas untuk Breastfeeding mommies..

SELAMAT HARI PENYUSUAN SEDUNIA.
"Teruskan perjuangan memberi hanya yang terbaik"
Kembalilah kepada fitrah,kenyangkan anak anda hanya dengan darah daging sendiri,bukan susu lembu atau bahan tiruan.
YOU ROCK THE WORLD...

Kepada yang berminat mendapatkan supplemen penyusuan,sila hubungi saya di 012-9075114.

Petua Mencari Lailatulqadar

Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:

I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan

II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;

III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;

IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;

V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Tanda malam qadar ialah :
Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.

Selasa, 23 Julai 2013

KENCING MANIS SEMASA HAMIL (diabetis gestasi)

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini.

Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi.

Diabetis gestasi selalunya akan teresolusi dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

Ujian yang disarankan kini untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT). Jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan.

Doktor anda akan membuat ujian urin untuk kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam urin anda, ini mungkin tanda diabetis gestasi, walaupun cara ini bukan lagi yang terbaik untuk mengesan penyakit ini.

Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:
•keletihan;
•dahaga yang terlampau;
•membuang air kecil dengan banyak;
•penglihatan kabur.

Ini bergantung kepada bagaimana anda menjaga diri anda. Jika anda dapat mengawal diabetis anda dengan rapi, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk anda dan bayi anda.

Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan.

Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal.

Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari nanti. Dalam kebanyakan kes, anda boleh merawatnya dengan mengubah diet anda dan selalu bersenam. Doktor anda akan menasihatkan anda mengenai cara-cara mengawal tahap gula dalam darah dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula. Anda akan dibantu dalam mengawal cara pemakanan anda dan dinasihatkan untuk memilih diet seimbang yang sihat yang terdiri daripada karbohidrat penuh bijiran, protin tanpa lemak dan lemak jenis baik.

Jika berat badan anda berlebihan sebelum anda hamil, anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori anda dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Anda akan diminta untuk mengawasi tahap gula dalam darah anda untuk mengetahui sama ada perubahan yang anda lakukan memberi kesan atau tidak – doktor anda akan menunjukkan caranya.

Anda perlu melakukan skan ultrasound untuk memeriksa keadaan pembesaran bayi anda dan jumlah cecair amnion anda.

http://www.babycenter.com.my/a1031209/kencing-manis-semasa-hamil-diabetis-gestasi

Untuk yg menghadapi masalah ini anda hanya perlu mengambil supplemen kehamilan seperti yg dicadangkan kerana supplemen ini juga membantu dalam masalah kencing manis

B-COMPLEX – menukarkan gula kepada tenaga

VITALEA – multivitamin dan mineral keperluan tubuh dan juga mengandungi zinc untuk menurunkan paras glukosa dalam darah dgn membantu membentuk insulin

VITA-C – sebagai antioksidan semulajadi

OSTEMATRIX - sumber kalsium, mangnesium dan vitamin d yg dpt mengaktifkan pankreas untuk mengatasi masalah kencing manis

ESP adalah minuman soya yang mempunyai kandungan Indeks Glisemik yang rendah. Adalah penting bagi pesakit diabetes mengikut diet yg direka khas bagi mereka untuk menjaga paras gula dari meningkat secara mendadak setiap kali selepas makan.

Kajian mendapati pesakit Diabetes yang mengikuti diet 'Low Glysemic Index', selama 6 bulan mempunyai kawalan gula darah yang lebihbaik dan kurang berisiko untuk sakit jantung berbanding pesakit diabetes yang mengikuti diet yang lain.

Apabila kandungan anda telah memasuki trimester kedua, boleh mulakan pengambilan OMEGA. Khasiat OMEGA 3 sgt baik untuk menurunkan kadar kolestrol dan darah tinggi serta dapat mengawal masalah kencing manis

Khamis, 18 Julai 2013

Pa & Ma Ogos 2013

PA&MA EDISI BUMPER BULAN OGOS sudah berada di pasaran! Ini adalah Edisi Khas yang kedua selepas isu Mei yg lalu. So, sila dapatkannya sebelum kehabisan ya! Banyak info berguna pasal susu ibu..

Rabu, 17 Julai 2013

Cara mengatasi pedih ulu hati @ heartburn

Dada saya terasa panas selepas makan. Adakah ini pedih ulu hati?
Besar kemungkinan, ya. Ramai wanita yang mengalami pedih ulu hati buat pertama kalinya semasa hamil. Walaupun ia agak menyakitkan, pedih ulu hati adalah perkara biasa dalam kehamilan dan tidak membahayakan ibu dan bayi.
Pedih ulu hati ialah rasa panas dan pedih seperti terbakar yang biasanya dirasakan pada bahagian bawah tekak sehingga ke bahagian bawah tulang dada. Ini berlaku apabila asid perut naik ke bahagian esofagus. Asid ini boleh naik hingga ke tekak atau mulut dan meninggalkan rasa masam dan pahit.
Perkara ini dipercayai berlaku akibat perubahan hormon dan fizikal dalam badan anda ketika hamil.
Peningkatan hormon progesteron semasa hamil melonggarkan otot-otot lembut dalam uterus (rahim). Pakar percaya bahawa hormon ini melonggarkan injap yang mengasingkan esofagus daripada perut. Ini menyebabkan asid gastrik dapat melonjak naik ke atas melalui paip tersebut dan menyebabkan rasa terbakar.
Hormon progesteron juga menyebabkan proses pencernaan menjadi lembab.
Pada hujung kehamilan, bayi anda yang semakin besar akan menolak usus dan perut anda ke atas. Ini menyebabkan proses pembuangan menjadi lambat, justeru memaksa asid di dalam perut naik ke dalam esofagus.

Adakah apa-apa yang boleh saya lakukan mengenai pedih ulu hati?
Ya, memang ada. Pencetus utama pedih ulu hati biasanya ialah makan, berbaring dan membongkok. Jika anda boleh mengenalpasti aktiviti apakah yang mencetuskan pedih ulu hati atau apa yang membuatkannya lebih teruk, anda boleh cuba untuk mengelakkannya.

Walaupun anda mungkin tidak dapat mengelakkannya seratus peratus, sesetengah daripada perkara berikut mungkin dapat membantu anda melegakannya:
•Elakkan makanan dan minuman yang boleh membuatkannya bertambah teruk. Ini termasuklah makanan yang berlemak atau berempah, coklat, buah-buahan sitrus atau jusnya, alkohol dan kopi. Elakkan juga daripada minum semasa makan.
•Minuman bersusu boleh membantu melegakan pedih ulu hati. Jika susu penuh krim membuatkan simptom-simptom anda semakin buruk, bertukarlah kepada susu rendah lemak atau susu skim.
•Makan sedikit tetapi kerap. Ini dapat mengelakkan asid daripada terkumpul dalam perut anda kerana makanan akan meneutralkan asid perut.
•Jika anda merokok, cubalah berhenti. Merokok melonggarkan injap di antara perut dan esofagus dan membuatkan reflaks asid lebih berkemungkinan berlaku. Merokok juga membahayakan bayi dalam kandungan anda.
•Duduk atau berdiri tegak, terutamanya semasa dan sejurus selepas makan. Duduk dengan tegak dan jangan membongkok. Elakkan pakaian yang ketat di sekeliling perut dan jangan baring sekurang-kurangnya satu jam selepas makan.
•Jika pedih ulu hati lebih teruk pada waktu malam, cuba jangan makan apa-apa dalam tempoh tiga jam sebelum anda masuk tidur.
•Tidur dalam posisi separa duduk. Gunakan banyak bantal atau tinggikan kepala katil anda dengan menggunakan buku-buku atau papan. Graviti akan membantu mengekalkan asid perut di tempat yang sepatutnya dan membantu dalam pencernaan.
•Pastikan sebarang ubat-ubatan yang anda ambil untuk masalah lain tidak menyebabkan pedih ulu hati menjadi lebih teruk. Ini termasuk ubat anti kemurungan dan anti keradangan tanpa steroid.
Sesetengah ubat jenis antacid atau alginate yang boleh dibeli tanpa preskripsi dapat melegakan pedih ulu hati. Namun, periksalah dahulu dengan pakai obstetrik anda atau ahli farmasi. Anda perlu memastikan ianya selamat diambil semasa hamil dan ia merupakan rawatan yang betul untuk simptom-simptom anda.

Sesetengah ubat untuk pedih ulu hati boleh menyebabkan sakit perut, manakala sesetengah yang lainnya perlu dielakkan jika anda berkemungkinan mengalami tekanan darah tinggi atau praeklampsia. Alginates membentuk lapisan perlindungan pada dinding perut dan esofagus. Ia lebih berkesan untuk simptom-simptom reflaks. Antacid pula meneutralkan asid perut dan berguna sebagai langkah berjaga-jaga.
Namun, jika anda turut mengambil pil zat besi, anda tidak boleh mengambil antacid pada waktu yang sama. Ini kerana, antacid boleh mengganggu penyerapan zat besi jika diambil dalam tempoh dua jam daripada pengambilan pil zat besi.

Jadi, pilihla supplemen yang selamat dan semulajadi.Di sini saya ada mencadangkan anda untuk mencuba
ESP

Pengambilan protein membina otot dan organ yang sihat. Ini akan menghadkan ‘kemahuan’ tubuh kita terhadap makan bergula dan berkanji.
Vitamin B-Complex penting untuk penghadaman, terutamanya bagi menukarkan gula kepada tenaga.
Berminat??
Hubungi saya segera 012-9075114

Isnin, 15 Julai 2013

Vitamin Natural Vs Vitamin Sintetik

1. Penghasilan
-Vitamin natural
Dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.
-Vitamin sintetik
Dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

2. Keserasian dgn badan
-Vitamin natural
Dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.
-Vitamin sintetik -
Walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.

3. Harga
-Vitamin natural -
Tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.
-Vitamin sintetik -
Biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.

4. Kesan kepada tubuh badan
-Vitamin natural
Mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dalam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.
-Vitamin sintetik -
Oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, maka kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

5. Kesan jangka panjang
-Vitamin natural -
Tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).
-Vitamin sintetik -
Mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

Perbandingan antara vitamin natural dengan vitamin sintetik adalah umpama bunga hidup dengan bunga plastik. Bunga plastik itu memang lebih mudah, murah, dan tahan lama. Tapi keunggulan bunga hidup tidak dapat ditandingi, walau macamana ‘nampak asli’ bunga plastik tersebut. Perbandingan yang lain ialah objek sebenar dengan imej dalam cermin. Walaupun kelihatan sama, tapi imej dalam cermin tetap bukan objek sebenar.

Pilihan saya tentulah vitamin semulajadi dan tentu sekali Shaklee!!! Tidak mengapa berbelanja lebih sedikit untuk kebaikan yang berpanjangan daripada berjimat cermat untuk sesuatu yang memberikan kebaikan sementara dan dalam masa yang sama boleh mendatangkan mudarat di kemudian hari.

PERKARA YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA DALAM BIDANG PERUBATAN

1.Ubat titik mata dan telinga, cuci telinga (earwash)
2.Ubat GTN yand diletakkan di bawah lidah dengan syarat ia tidak ditelan
3.Memasukkan pessary, ovules kedalam kemaluan wanita (vagina), cuci vagina, memasukkan alat speculum kedalam vagina atau memasukkan jari (oleh doktor/bidan) untuk pemeriksaan (cth periksa jalan untuk bersalin)
4.Memasukkan alat urethroscope ataupun ubatan melalui saluran kencing ataupun irigasi pundi kencing
5.Menggerudi, mencabut, mencuci gigi, menggunakann miswak (kayu sugi), dengan syarat ia tidak ditelan
6.Injeksi (cucuk) melalui kulit, kedalam otot (intramuscular), sendi (intraarticular), kedalam pembuluh darah (intravenous) kecuali jika bahan yang dicucuk itu mempunyai zat
7.Menderma atau menerima darah
8.Menerima oksigen atau gas untuk bius
9.Menerima semua bahan yang diserap kedalam badan melalui kulit, seperti krim sapuan, minyak dan sebagainya
10.Mengambil darah untuk pemeriksaan
11.Memasukkan tiub (catherer) untuk pemeriksaan
12.Memasukkan tiub melalui mulut atau dubur (Endoscopy) untuk pemeriksaan (diagnostic) atau rawatan (intervention)
13.Mencuci mulut, kumur-kumur, spray mulut dengan syarat ia tidak ditelan
14.Pemeriksaan dalam rahim (Hysteroscopy) atau memasukkan alat dalam rahim (intrauterine device)
15.Mengambil sel dari hati atau organ lain (Biopsy)
16.Menggunakan ubat titik hidung, spray hidung atau inhaler (untuk asthma)
17.Injeksi pada dubur, pemeriksaan dubur (anoscopes) ataupun pemeriksaan dubur menggunakan jari
18.Pembedahan yang memerlukan bius penuh (general anaesthesia), jika pesakit mahu berpuasa
19.Haemodialisis atau peritoneal dialysis

Rujukan :
IOMS (Islamiz Organization for Medical Sciences), The Akademi Fiqh di Jeddah dan WHO, Fiqh As-sunnah (Sayyid as-Sabiq) dan fatwa dikeluarkan oleh Yusuf Al-Qardawi bersama Majlis Fatwa Eropah)

Rabu, 10 Julai 2013

Fadhilat Solat Terawih

Fadhilat solat terawih selama 30 malam adalah hadis daif. Perlu dinyatakan bahawa pada bulan ini pahala dan ganjaran berlipat kali ganda menanti umat Islam yang rajin untuk meningkatkan amalan kepada Allah SWT .Rebutlah tawaran ini yang hanya datang berkunjung setahun sekali tanpa terlalu memikirkan kepada fadilat hadis daif tersebut.

" Barangsiapa yang mendiriklan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu". (Riwayat Muslim)
Sumber: Islamgrid.gov

Punca Kekurangan Susu Semasa Berpuasa

Menurut kajian, punca kekurangan susu tidak boleh dikaitkan sepenuhnya dengan puasa kecuali berlakunya dehidrasi. Dalam banyak keaadaan, kerisauan ibu yang takut letih & kekeringan susu menyebabkan mereka kurang menyusukan bayi mereka semasa puasa. Kurangnya rangsangan kepada payudara membawa kepada kurangnya susu.

Ini kerana konsep utama breastfeeding ini adalah demand and supply. Lagi banyak demand, lagi banyak supply yg dihasilkan. Badan kita memahami demand untuk menyusu ini bila bayi kerap menyusu (8-12 kali sehari semalam). Inilah satu-satunya cara secara fisiologi (fitrah fungsi badan) yang paling penting untuk memastikan penghasilan susu yang berterusan.

Di samping hormon prolaktin (berfungsi untuk membuat/menghasilkan susu) dan oksitosin (berfungsi untuk mengeluarkan susu dari payudara), terdapat satu lagi substance penting yang dinamakan Feedback Inhibitor of Lactation (FIL).

FIL adalah sejenis protein yg terdapat di dalam susu yg berkumpul di payudara ibu itu. Ia memberi negative feedback kepada proses penghasilan susu tu. Jika banyak susu tidak dikeluarkan dari payudara (sebab kurang penyusuan dari bayi/kurang diperah keluar), maka banyaklah FIL ini berkumpul dalam payudara. Level FIL yang tinggi ni akan memberi signal supaya kurang susu dihasilkan (negative feedback). Jika perkara ini dibiarkan berterusan, maka lama kelamaan payudara itu akan mengecil.

Sebaliknya, jika susu sentiasa dikeluarkan dari payudara (bayi kerap menyusu / kerap diperah keluar), maka kurang FIL dalam payudara. Level FIL yang rendah ini akan memberi signal supaya lebih banyak susu dihasilkan.

Maka, penyusuan berterusan samada puasa ataupun tidak amat penting supaya payudara tidak terputus menghasilkan susu.



KAJIAN TENTANG PUASA DAN PENYUSUAN SUSU IBU

Satu kajian dilakukan ke atas wanita Afrika berkenaan hubungan puasa dan breastfeeding mendapati isipadu susu yang dihasilkan tidak terjejas sewaktu puasa. Dan sebanyak 90% wanita Afrika yang hamil dan menyusu akan berpuasa semasa Ramadan.

Kajian dari Universiti Colorado juga menegaskan puasa tidak memberi kesan kepada penghasilan susu dari segi isipadu dan kepekatannya.

“Metabolic consequences of fasting during Ramadan in pregnant and lactating women.”

“Effects of fasting, elevated plasma glucose and plasma insulin concentrations on milk secretion in women.”

Manakala, kajian oleh Universiti Ankara di Turki merumuskan bahawa kekurangan penghasilan susu dan kesan-kesan lain semasa puasa lebih merupakan kepercayaan tersendiri si ibu. Bimbingan agama dan teknikal amat diperlukan untuk membantu golongan ini.

“Fasting by breastfeeding mothers of infants is common during Ramadan, and rates are affected by beliefs of mothers on the effects of fasting on breastfeeding. We believe that child health care providers need to be knowledgeable about religious and cultural phenomena, study the effects of Ramadan fasting and form links with Islamic teachings to find religiously and culturally appropriate methods to combat the possible unfavourable effects for infants and children.”

Selasa, 9 Julai 2013

CARA SOLAT TERAWIH SENDIRIAN

Sejak ada anak memang langsung tak berpeluang nak berjemaah tunaikan solat terawih di masjid / surau.Apapun tu bukan alasan untuk tidak tunaikan solat terawih.Rebutla peluang yang ada walaupun terpaksa solat sendirian.Di sini saya kongsikan cara solat terawih sendirian.Macam orang lain jugak,saya biasa jadi makmum je kat belakang.Tapi kalau nak buat sorang jadi kekok.

Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua rakaat-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, sama seperti dalam solat yang lain. Oleh sebab solat terawih dilakukan dua rakaat-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, 20 atau sebagainya).

Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Selawat itu bukanlah sabit daripada amalan Nabi SAW secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain. Niatnya..

Rabu, 3 Julai 2013

Ramadhan (Khas Buat Wanita)

Pejam celik,pejam celik.Ramadhan datang lagi.

“Sesungguhnya bulan Ramadhan telah datang mengunjungi kamu. Bulan penuh keberkatan. Allah S.W.T telah mewajibkan kamu berpuasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup. Syaitan-syaitan ditambat. Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Sesiapa yang dihalang dari kebaikannya maka sesungguhnya dia benar-benar terhalang.”

Demikian maksud sepotong Hadis Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh An-Nasa’i daripada Abu Hurairah r.a.

Umum maklum akan kelebihan dan keistimewaan Ramadan. Namun masih ramai di kalangan umat Islam yang tidak peka dan tidak merebut peluang keemasan yang Allah sediakan di dalam bulan yang mulia penuh barakah ini.

Ramadan mensucikan diri dari dosa, mengembalikan kita kepada fitrah, di samping peluang-peluang yang terbuka luas untuk kita, terutama kaum wanita mengaut pahala sebanyak-banyaknya.

Antara peluang-peluang besar bagi wanita untuk mengaut pahala di bulan puasa ialah:
1. Menguruskan berbuka puasa.
Tidak kira di mana dan apa bangsa sekalipun, sama ada di bandar atau di desa, rata-ratanya wanita yang menyediakan makanan untuk berbuka puasa seisi keluarga. Nabi s.a.w. telah bersabda (maksudnya):

"Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya ganjaran seumpama pahala bagi orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa itu)." (HR Al-Baihaqi & Ibn Khuzaimah)

Bayangkan berapa orang ahli keluarga di rumah anda dan sebanyak itu pulalah pahala puasa yang anda dapat jika anda menyediakan makanan berbuka untuk mereka. Ini termasuk hari-hari uzur anda di mana anda tetap mendapat pahala puasa. Seeloknya sediakanlah makanan itu sekurang-kurangnya buah kurma dan air dengan duit sendiri.

Pasti pahalanya berganda, pahala menyediakan dan pahalan infaq. Bagi wanita yang tidak ada pendapatan, mulalah menyimpan untuk infaq pada tahun hadapan jika panjang umur. Kalau umur tak panjangpun, insyaAllah akan diberi pahala juga kerana telah berniat. Namun demikian perlu juga diingatkan supaya kita tidak berlebih-lebihan dan elakan pembaziran di dalam menyedialkan juadah berbuka.

2. Mengajak dan Menyediakan Sahur.
Seringkali seorang ibu, iaitu seorang wanitalah yang mengejutkan ahli keluarga untuk bangun sahur. Bersahur adalah antara sunat-sunat puasa yang besar pahalanya. Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya):

"Barsahurlah kamu semua, sesungguhnya dalam sahur itu ada barakah." (HR Al-Bukhari & Muslim)

Dengan mengajak dan membantu orang lain berbuat perkara sunat, iaitu perkara yang baik kita juga akan mendapat pahala orang yang melakukannya. Subhanallah.

3. Suami beriktikaf di masjid pada malam-malam 10 terakhir Ramadan.
Ramai di kalangan wanita yang berkesempatan ikut beriktikaf di masjid bersama suami. Namun lebih ramai yang tidak berpeluang kerana tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak. Sungguhpun begitu, wanita tetap berpeluang untuk meraih pahala dengan berniat untuk turut serta jika ada peluang. Dan dengan menolong menyiapkan keperluan suami pergi beriktikaf dan dengan menjaga ahli keluarga di rumah, kaum wanita akan tetap berkongsi pahala dengannya. Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya):

"Sesiapa yang mempersiapkan seorang pejuang, maka sesungguhnya dia telah berjuang. Dan sesiapa yang menjaga dengan baik ahli keluarga seseorang yang pergi berjuang, maka sesungguhnya dia juga telah berjuang" (HR Al-Bukhari dan Muslim)
Bukankah suami pergi beriktikaf di masjid itu satu perjuangan untuk menjejaki Lailatul-Qadar yang lebih baik daripada 1000 bulan?
Perkara-perkara di atas hanyalah merupakan sebahagian sahaja dari peluang merebut pahala yang ditawarkan di bulan Ramadhan. Ianya tidak termasuk amalan-amalan fardi yang dilakukan oleh wanita itu sendiri seperti puasa, tarawih, baca al-Quran, berdoa, berzikir, menghubungkan silatul-rahim dan lain-lain. Peluang yang begitu besar Allah swt tawarkan dan tiada alasan untuk kita tidak merebutnya.

Adapun syarat untuk kita mendapat ganjaran hebat itu adalah:
1. Beriman dan mentauhidkan Allah dengan semurni-murninya. Elakkan sebarang syirik yang nyata dan tidak nyata;
2. Ikhlaskan niat dengan setulus-tulusnya. Jangan mengharap ganjaran atau pujian manusia; dan
3. Betulkan amalan mengikut prinsip Syariat dengan selurus-lurusnya. Jauhkan bid'ah, ikut-ikutan atau beramal dalam kejahilan.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN SEMUA...

Buat para wanita janganla merasa beban menyediakan hidangan sahur dan berbuka buat suami,anak-anak dan keluarga.Semua itu ada ganjaran besar yang menanti anda..

Selasa, 2 Julai 2013

Ubat senggugut atau period pain

Adakah anda mengalami PERIOD PAIN @ senggugut yang teruk setiap bulan?
Senggugut atau period pain adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.
Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing.
Dalam bahasa Inggeris, senggugut dipanggil "dysmenorrhoea".

Terdapat dua jenis senggugut.

Senggugut Primer
Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula.

Senggugut Sekunder
Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur.
Sebab-sebab:
a.Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
b.Cyst Ovari dan tumor
c.Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
d.Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
e.Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
f.Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.

Epidemiologi
Lebih daripada 60% perempuan remaja mengalami senggugut. Satu dalam 10 wanita mengalami kesakitan yang teruk sehingga menganggu aktiviti seharian.
Ia adalah lebih kerap berlaku kepada seseorang yang merokok, mereka yang mengalami akil baligh yang lebih awal, dan yang mempunyai haid yang banyak2. Senggugut adalah lebih jarang berlaku di kalangan wanita yang pernah atau baru bersalin, dan yang menggunakan pil perancang.

INGAT!!!!
Jangan ambil ubat tahan sakit atau ponstan.
Menurut Dr. Zubaidi Hj. Ahmad, antara ubat tahan sakit yang paling glamour adalah Ponstan. Ponstan atau nama lainnya mefenamic acid, boleh menyebabkan bahaya yang serius pada perut dan usus. Antaranya menyebabkan radang (inflammation), pendarahan (bleeding), luka (ulceration) dan kebocoran (perforation) pada perut, usus kecil dan usus besar. Semakin lama kita menggunakan Ponstan, semakin tinggi risiko untuk mendapat kesan sampingan ini. Ianya boleh berlaku tanpa disedari atau memberikan tanda-tanda awal.
Pesakit warga tua paling mudah mendapat kesan sampingan ini. Mereka yang mengambil aspirin untuk mencairkan darah, penahan sakit untuk sakit sendi, dan akhirnya diberikan pula Ponstan untuk sakit kepala dan sebagainya, akan mendapat masalah ini. Risiko adalah lebih tinggi jika dia juga perokok serta mempunyai sejarah mengidap penyakit Peptic Ulser Disease.Lebih lanjut baca sini http://at181kuantan.blogspot.com/2012/11/bahaya-ubat-tahan-sakit.html

Kami ada sesuatu yang dapat membantu!
“Jom ucapkan selamat tinggal kepada PERIOD PAIN"
~ GLA Shaklee + B Complex + Ostematrix ~
Ingat, jangan ambil Ponstan.
Berminat ???
Harga termurah dari saya..Bulan ni sahaja.
ID Shaklee : 954902
Email Me: angrybirds1892011@gmail.com
Call/SMS : 012-9075114
COD Area: KL~ Melawati,Wangsa Maju,Keramat

Rabu, 26 Jun 2013

PERSIAPAN SEBELUM / SEMASA PUASA

PERSIAPAN SEBELUM/ SEMASA BERPUASA
o Amalkan pemakanan yang seimbang.
o Banyakkan minum - susu, soya dan makanan yang tinggi protein.
o Ambil suplemen – ESP, MealShake, Performance Drink, vitamins
o Kerapkan mengepam dan menyusui bayi.
o Sediakan stok EBM mulai sekarang.
o Ceria2 selalu - tension macam mana pun, usaha juga untuk SENYUM.
o Jaga fizikal - banyakka...n rehat, tidur cukup, etc…. jauhi stress
o Psikologi - fikir positif inshaALLAH susu cukup utk si kecil..
o banyakkan doa dan istigfar


JADUAL SEMASA BERPUASA - KHUSUS UNTUK BF MOMMIES
Waktu Sahur:
(1) Makan nasi atau apa jua juadah . Digalakkan makan sup.. dan makanan yg tinggi protein.
(2) Makanlah sekurang-kurangnya 3 biji kurma.
(3) Tambahkan minuman Performance Drink dan ESP/ MealShake (gabungan terbaik)
(4) Makan 3 biji Alfalfa

Waktu Berbuka:
(1) Berbuka puasa seperti biasa (makanan seimbang) + kurma (digalakkan, sunnah pun)
(2) Tambahkan minuman Performance Drink dan ESP/ MealShake (untuk dapatkan hasil terbaik).
(3) Makan 3 biji Alfalfa.

Sebelum tidur:
(1) Amalkan minum segelas ESP/ MealShake
(2) Makan vitamin lain iaitu 1 biji Vita-Lea, B Complex dan Vitamin C ( dan Ostematrix)

Jadual makan adalah FLEXIBLE, yang perlu ditekankan:
-Ambil supplement adalah paling optimum penyerapan selepas makan.
-Jangan ambil supplement sekali gus kerana ia ganggu penyerapan antara satu sama lain.

Herb-Lax Shaklee

Herb-Lax dah ada di pasaran!! Pm segera..

Ramuan Herb-Lax Shaklee terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisional dan teknologi barat.Herb-Lax Shaklee mengandungi 9 herba semulajadi iaitu alfalfa leaves,senna leaves,anise seed,blue malva flower,buckthorn bark,licorice root,rhubarb root,fennel seed dan culver's root.Sifat Herb-Lax Shaklee mengalakkan tindakkan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Manfaat Herb-Lax Shaklee
1.Menyingkirkan najis yang tersekat.
2.Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
3.Membantu masalah sembelit.
4.Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakkan usus (natural bowel movement) dan secara langsung membantu masalah sembelit.
5.Mengempiskan perut.
6.Menyokong kesihatan usus.
7.Membantu menyahtoksin badan.
8.Herb Lax Shaklee membantu mengurangkan atau memberi rasa kepejalan pada perut.Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas sebagai minuman teh herba.
9.Membantu masalah bau mulut dan bau badan.
10.Mengelakkan kembung perut.
11.Mencegah penyakit kulit.

Berminat??
Pm/SMS : 0129075114
Emel : angrybirds1892011@gmail.com
ID Shaklee: 954902

Selasa, 25 Jun 2013

BATUK BERKAHAK ... Ubatnya?

Kalau tanya saya,apa ubat terbaik untuk batuk berkahak pada kanak-kanak?Jawapannya cuma Meal Shakes Shaklee.Ini berdasarkan pengalaman saya n anak sulung saya yang mengalami masalah batuk berkahak sejak kecil.Takda ubat yang sesuaipun,sama ada sedut kahak,rawatan gas,ubat2 mahal dari doktor pakar,semuanya menghabiskan duit sahaja.
Pernah buat rawatan Kat Klinik Wangsa Dr Nadir yang hangat diperkatakan di kat Wangsa Maju tu..tp last2 saya dan suami rasa doktor tu tak boleh cayapun ada.Saya hantar anak sebab campak ari tu,tapi dia asyik bicara pasal kahak je.Pernah berhabis hampir RM500 buat rawatan gas kat Klinik Pakar Kanak-kanak Shanaliza Wangsa Maju.Serik dah nak pegi situ.Mahal je lebih.Namun kesihatan anak saya masih di tahap yang merisaukan.Lepas tu saya dah tak percaya lagi pada rawatan dari klinik-klinik swasta yang semacam nak untung je.Last2 saya try guna meal shakes.Tak sampai satu balang,kahaknya langsung tak kedengaran.Demammya yang selalu hadir dulu,sekarang susah plak nak demam.Apapun Alhamdullillah kerana menemukan saya dengan Shaklee.Sekarang saya suggest pada ibu bapa yang anaknya mengalami masalah batuk berkahak dan selalu demam dan selsema.Boleh order dengan saya( atau guna ID saya untuk beli di mana-mana stokis) dan try.Hasilnya memang memuaskan.1 sudu sehari ke dalam susu anak,sudah cukup membuatkan dia sihat.Sukar nak percaya.Tapi inilah pengalaman saya.Boleh baca di Testimoni Meal Shakes Shaklee

Ahad, 23 Jun 2013

Supplemen Untuk Wanita Hamil

Anda hamil??Saya ada menyediakan set kehamilan untuk anda,tak perlu lagi makan obimin atau ubat2 yang diberikan nurse.Shaklee sudah cukup lengkap buat anda.Terutama ibu yang mengalami cramp kaki,hb rendah DLL.

Pregnancy Set
. Kandungan
Vitalea
- Multivitamin yang tebaik dengan zat besi. Ia membantu dalam pembentukkan sel-sel darah merah....

B-complex
- Mengandungi sebanyak 8 kumpulan vitamin B termasuklah asid folic. Asid folic dan B12 membantu pembentukan sel-sel darah merah di dalam badan. Jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neutral.

Vitamin C
- Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping Vitamin C dapat meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.

Ostematrix
- Ibu mengandung memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Ini adalah kerana bayi akan mula mengambil kalsium ibu dengan lebih banyak bermula trimester kedua. Ostematrix mengandungi bukan sahaja kalsium malah MAGNESIUM dan VITAMIN D..Vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan tulang dan kerangka. Pengambilan OSTEMATRIX juga untuk menguatkan dan pembentukan tulang dan gigi bayi yang sihat. Pengambilannya juga boleh mengurangkan sakit pinggang , sakit belakang , kebas-kebas atau cramp.

ESP
- Ia adalah minuman protein yang mengandungi banyak kelebihan kepada ibu dan anak yang dikandung. Ia penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu dan hormon dalam tubuh. Ia penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Disamping MEMBERI TENAGA pada ibu, ESP mampu mencantikkan kulit bayi dalam kandungan dan ibu mengandung itu sendiri.

Omega Guard
- Omega Guard mengandungi 1000mg asid lemak Omega 3 yang termasuk di dalamnya DHA dan EPA yang mana ia boleh menggalakkan perkembangan otak, sistem saraf dan fungsi mata bayi

Selain itu saya sediakan anda senarai bacaan semasa mengandung..Sama-samala kita amalkan..
Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi Fidah di
fb : Kecantikan Dan Kesihatan ,
emel : angrybirds1892011@gmail.com,
sms /whatsapp 0129075114,
shaklee id 954902.

JEREBU... Apa perlu buat??

Jerebu sekali lagi telah melanda negara ini ekoran kebakaran hutan di Sumatera Selatan. Akibat dari kejadian ini, beberapa tempat di negara ini telah mengalami jerebu . Ramai yang post status di FB memberi kerisauan pasal jerebu yang semakin teruk,ada tempat yang telah diisytiharkan darurat.
Jadi saya nak tunjuk panduan dan indeks pencemaran udara:
Nilai IPU..
0 - 50 Baik,
51 - 100 Sederhana,
101 - 200 Tidak Sihat,
201 - 300 Sangat Tak Sihat,
301 - 500 Berbahaya,

Antara Tanda-Tanda & Kesan Jerebu:
• Terasa sakit dada!!
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas!!
• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk!!
• Kulit badan terasa gatal-gatal!!
• Mata terasa pedih dan berair!!
• Hidung berair dan kerap bersin!!

Cara Nak Cegah:
1) Pesakit yang berpenyakit datanglah ke klinik dgn segera~
2) Amek ubat seperti yg dinasihatkan
3) Minum air dengan banyak~
4) Kepada perokok jangan hisap didalam rumah~
5) Kurangkan aktiviti sukan diluar rumah~
6) Pakailah topeng~

Hal ini adalah amat penting untuk memastikan kesihatan sentiasa terjamin ketika jerebu melanda dan masyarakat haruslah tidak memandang remeh akan fenomena jerebu tersebut kerana ia berpotensi untuk mengancam kesihatan seseorang.
Masyarakat haruslah berusaha mencegah penyakit akibat keadaan jerebu yang berikut. Antara tips kesihatan atau nasihat ketika mengalami keadaan berjerebu ialah jika mengalami penyakit asma, batuk, paru-paru kronik, sakit jantung mereka hendaklah membuat pemeriksaan segera di hospital atau klinik untuk mengelakkan penyakit bertambah parah. Selain itu, mereka hendaklah mengambil ubat seperti yang disarankan oleh nasihat atau pun pihak hospital.
Panduan yang seterusnya adalah masyarakat digalakkan untuk menggunakan penutup hidung yang dikenali sebagai “nasal mask” terutamanya mereka yang bekerja di luar rumah, pembonceng motorsikal, tempat yang berhabuk dan ancaman mereka yang termasuk dalam kumpulan berisiko tinggi yang berpotensi untuk mendapat penyakit. Selain itu, perokok tidak seharusnya merokok di dalam rumah yang mempunyai anak, ibu bapa dan juga saudara mara.
Adalah lebih baik jika masyarakat sentiasa berada di dalam rumah dan kurangkan berada di luar kawasan rumah jika keadaan jerebu semakin teruk dan membimbangkan. Seterusnya, masyarakat dinasihatkan untuk minum air bersih yang banyak ketika keadaan tersebut berlaku. Semua tips atau panduan yang diberikan amat penting untuk memastikan tahap kesihatan terjamin ketika jerebu berlaku.
Di sini juga saya ingin perkenalkan IMMUNE BOOSTER... Boost sistem imun badan anda dengan MEALSHAKES & NUTRIFERON !!!
INGAT!!! JANGAN AMBIL MUDAH. Jerebu ini berisiko buat BAYI,KANAK-KANAK,ORANG TUA, PEROKOK,MEREKA YANG SELALU BEKERJA DILUAR RUMAH,MEREKA YANG MENGALAMI PENYAKIT SEPERTI JANTUNG, ASMA, ALAHAN, BRONKITIS,RADANG PARU2, PENYAKIT PARU2 YANG KRONIK..
Meal Shakes dilengkapi dengan pelbagai jenis vitamin dan sumber mineral memberi kesihatan kepada badan,menguatkan antibodi
Nutriferon pula menguatkan sistem imun dengan melawan virus, kuman & mikrob yang memasuki badan kita..
JOM dapatkan combo Immune Booster dengan harga super dooper runtuh..
PROMOSI LAST ON 29HB JUN 2013..
pm saya segera..+06012-9075114,angrybirds1892011@gmail.com