Saya Ibu Yang Sibuk Tapi Tetap Support Breastfeeding

Selamat Datang Ke Laman Kehidupanku...Catatan Istimewa Dari Wanita kepada Wanita..

Ahad, 27 Oktober 2013

TANDA BAYI CUKUP SUSU

Kadang kala ibu tidak tahu sama ada bayinya sudah cukup minum susu atau belum. Setiap kali menangis, ibu beri sahaja susu badan. Akibat terlalu kenyang, si kecil muntahkan semula susunya walaupun mulut tetap menyusu bila disuakan. Jadi, ibu perlu tahu apa tanda yang boleh menunjukkan si manja sudah cukup minum susu dan rengekan manjanya bukan kerana hendakkan susu.

1. Sekurang-kurangnya enam lampin basah setiap hari dan membuang air besar yang cair berwarna kekuningan dua hingga lima kali sehari. Ini bergantung kepada umur bayi.

2. Najis bayi tidak berwarna putih atau kelabu.

3. Peningkatan berat badannya stabil selepas minggu pertama kelahiran.

4. Air kencingnya berwarna kuning pucat dan bukannya berwarna kuning pekat atau jingga.

5. Bayi tidur nyenyak dan kelihatan cergas ketika bangun tidur.

*Untuk menghisap dengan berkesan, bayi perlu memasukkan sebahagian besar dari areola dan puting ke dalam mulutnya. Rerongga susu yang perlu diperah/ditekan untuk mengeluarkan susu terletak di bawah areola. Gusi bayi sepatutnya melepasi puting sejauh satu inci ke bahagian areola. Pastikan puting terletak di tengah-tengah mulut bayi dan di atas lidahnya. Bayi hendaklah dirapatkan ke badan ibu sehingga hujung hidungnya menyentuh payu dara. Jika hidungnya terhalang oleh payu dara untuk bernafas, perbetulkannya dengan mengangkat payu dara sedikit atau menarik bayi lebih rapat ke badan ibu.

*Jika bayi anda tertidur ketika menyusu, atau anda perlu menamatkan penyusuan sebelum bayi anda berhenti, leraikannya dengan memasukkan jari ke dalam mulut bayi ketika bibirnya masih melekap pada payu dara anda. Gunakan jari untuk meleraikan mulut bayi. Jangan sekali-kali menarik puting anda tanpa meleraikan hisapannya.

Tiada ulasan: