Sebelum ni saya ada kongsi pasal pil perancang Noriday kan?Sekarang nak bagitahu plak pasal Implanon..Sebut je implanon mesti ramai yang takut.Susuk Moden la katakan.Apa dia implanon ni??Implanon merupakan sejenis kaedah terbaru di mana ianya mula diperkenalkan di Malaysia pada April 2002. Implanon merupakan sejenis rod sebesar batang mancis yang dimasukkan di bawah kulit lengan atas melalui suntikan. Rod ini akan mengeluarkan sejenis hormon progestogen iaitu etonogesterol pada kadar yang sama setiap hari untuk tempoh 3 tahun. Selepas tempoh 3 tahun, rod ini tidak berkesan lagi dan perlu dibuang. Kedua-dua prosedur iaitu pemakaian dan pembuangan implanon boleh dibuat di klinik, memerlukan hanya bius setempat dan prosedur kedua-duanya tidak melebihi 5 minit.
Hormon yang dikeluarkan oleh implanon akan menyebabkan gangguan pada pengeluaran telur oleh wanita dan seterusnya menghalang kehamilan. Kajian yang dijalankan ke atas hampir 6000 wanita menunjukkan tiada kehamilan dalam tempoh 3 tahun ianya dipasang. Selepas sahaja implanon dikeluarkan, pengeluaran telur akan kembali kepada normal dalam tempoh seminggu.
Apa yang membuatkan saya terdetik untuk memilih implanon?Jawapannya, untuk senang la..Tak payah pikir apa-apa lagi,sekali cucuk je,tahan sampai 3 tahun,tak payah telan2 ubat dah,tak payah inject2 dah.Sebelum ni saya dah ambil pil selama 10 bulan,masalahnya asyik lupa je.Lagipun saya pernah terdengar pil masih belum menjamin 100% kita tidak hamil.Pernah terbaca,pil boleh bertindakbalas dengan sebarang ubat lain dan menjejaskan fungsinya sebagai perancang kehamilan.Dalam masa ambil pil dulu,saya masih risau kut2 masih boleh hamil,maklumla,duk KL ni susah kalau beranak setahun sorang.Takut jugak aku,kan tak pasal-pasal mengandung lagi.Dah la aku dah beranak Sept 2011,Januari 2013...hihihi..Nak ambik alat yang tanam dalam rahim tu,tak sanggup aku nak terkangkang depan doktor.Lagipun dah ramai kawan-kawan sekerja yang pakai implanon.So aku berani kan diri.Melalui survey aku,untuk dapatkan implanon yang murah,boleh didapati di klinik LPPKN,harganya dalam RM300 lebih je.Tapi aku takda masa nak ke sana.Dengarnya kene melalui pelbagai test dulu,seperti pap smear dan pelbagai lagi baru doktor akan pasang implanon.So nak senang aku pegi je pasang di Klinik Ampang Dr.Hasni kat Seksyen 1 Wangsa Maju.Kosnya RM580..Mesti kata mahal kan?Ini untuk 3 tahun la..Nak buang awalpun takda masalah.Bila buang terus subur,terus boleh mengandung balik.
Kesannya?Antara kesan samping penggunaan implanon adalah gangguan pada kitaran haid sama ada haid akan jadi berpanjangan, haid akan jadi sangat sedikit atau tiada datang haid. Setiap individu akan menunjukkan respons yang berbeza. Kaunseling tentang gangguan haid sebelum pemasangan implanon dapat memastikan setiap individu bersedia jika gangguan pada kitaran haid terjadi.
Lagi satu saya tengok rakan-rakan yang pakai implanon ramai yang naik badan,makin berisi.Lantakla makin berisipun,asalkan aku tak mengandung dalam waktu terdekat ini.Nak kurus,exercise dan diet la..
Tentang bila boleh pasang,digalakkan di hari pertama haid hingga hari ke5 haid.Apapun boleh berbincang dengan doktor waktu yang sesuai,sebab masa saya pergi tu saya tengah tak datang haid sebab baru habiskan pil Noriday.Mula-mula doktor akan bius.Masa bius tu la rasa pedih2 sikit.Bila doktor nak masukkan tu,pejam je mata satu minit.Tak rasa apapun.Tahu-tahu dah ada dalam kulit.Pakai bandage utk 1 hari.Jangan bagi kene air.Tak rasa apapun.Mula-mula rasa la something bawah lengan,dah sehari okla.Ni bandage aku yang dah dibuang.Pasang implanon ni macam kene inject je
Pastu doktor akan bagi kad Implanon ni.Lepas 3 tahun boleh bukak kat mana-mana klinik nanti.
Dalam seminggu lepas pasang tu adalah lebam sikit,tapi tak rasa apa.Bila gosok kat lengan tu rasa la macam batang lidi.Sekarang aku dah tak perlu risau hamil lagi,tak perlu nak set kat mind tiap2 malam kene makan pil perancang.Boleh tumpu pada menjaga dan membesarkan dua anakku yang hampir sama baya,tengah melasak sekarang.Nak mengandung lagi? In sha Allah,aku mahukan anak lagi,tapi lagi tiga atau empat tahun lagi.Tak mahu pisang berbuah dua kali macam ari tu,hehehe..
So saya suggestkan buat wanita yang mahukan kaedah yang mudah, berkesan, mudah dipasang dan ditanggal, mudah kembali untuk subur, kekal di tempat di mana ia dipasang, tidak perlu melakukan sesuatu terhadap kontrasepsi yang dipakai, tidak memakai sebarang kontrasepsi lain dan alah kepada estrogen sintetik.Dengan implanon anda tidak perlu gusar akan hamil lagi.
32 ulasan:
sis, pasang implan ni mengganggu penyusuan susu ibu tak?
baby br +5m, exclusive bf..so kalau boleh nak la sampai 2y..
boleh rujuk doktor,rasanya tak sebab saya pun ada breastfeeding anak jugak.
As salam sis..psg implan x kacaw ke p'od..sy pon pkai bnda alah niy..mula pkai ok,smgu pas tu dh start kacaw..asyik spotting..x boleh nk smyg..nk layan en.suami..tension
Mmg kacaupun atau tak period langsung
Sama macam saya... Saya bersalin czer.... Pakai implanon lepas period datang.... Masa tu baby 3 bulan. Skarang dah masuk setahun pakai, period x datang langsung... Tp badan x naik pun... Masih mnyusu anak..
tq info.selama ini rasa susah hati gak sebab tak period since pasang implan.dah faham kesan pasang berlainan individu bila baca ada yg x dtg period dh setahun..hmm.
Dlm byk2 blog yg sy baca, blog ni plg bgs.. Blog lain cerita yg menakutkn.. Yg ni lgsg x..
Huhu Dlm byk2 blog, blog ni je yg crita +ve.. Bc blog lsin scary sggh ttg implan ni..
Sis Linda ok x ms psg implan dulu?
Hehehe...ok je sis
Ok je sis..yg penting rujuk pd yg pakar
Ok je sis..yg penting rujuk pd yg pakar
saya pon baru je pasang implan x sampai sebulan lepas.. pasang implan sbb lom sedia nak ade 2nd baby.. nk bg dia independent dlu.. stkt ni belum rs perubahan sgt pd dr sndiri.. cuma period saya dtg balik dlm tempoh 3 minggu.. kitaran haid mmg lari la.. tu yg saya nampak kesannya..
saya pon baru je pasang implan x sampai sebulan lepas.. pasang implan sbb lom sedia nak ade 2nd baby.. nk bg dia independent dlu.. stkt ni belum rs perubahan sgt pd dr sndiri.. cuma period saya dtg balik dlm tempoh 3 minggu.. kitaran haid mmg lari la.. tu yg saya nampak kesannya..
Salam sis..nak tanya,sebelum sis pasang implan ni,ada buat pap smear test,tak?
Salam sis,nak tanya..sebelum pasang implan ni sis buat pap smear test,tak?
Tak sis..sepatutnya kena.Maybe lepas ni saya rujuk pd klinik gov akan kena wat pap smear..
SAYA DAH MASUK BULAN KE 3 PAKAI IMPLAN.. LAST PERIOD MASA BULAN OKTOBER HARI TU LPS PASANG.. SMPAI NI DAH XDE PERIOD.. SAYA PASANG UNDER LPPKN.. DIORG ADA SURUH BUAT PAP SMEAR LPS PASANG HARI TU.. TP SAMPAI NI LOM BUAT LAGI.. SEELOKNYA MMG KENE BUAT..
Hai sis. . Sy haritu psg sblm masa untuk period. . Lpas tuh dlm masa 4/5hari, sy bsma dgn suami.. sy nk tny, brapa lama implan ni nak ambl masa untuk berfungsi slpas pmsgn ? Huhu risaunya.period pn blm. Perut pndai cramp. Mmg bgt ea ?
Hi sis,tq atas info ni.saya mmg bercadang nak pasang implanon ni...skrg dlm pantang dh 20hari.takut jd mcm sis la...dpt anak jarak dekat..kes dia terlupa mkn ubat..bila dah bca ni rsa yakin plk nk pi pasang.cuma saya nk tahu bila msa yg sesuai ye utk sya pegi pasang implanon tu slps pantang 44hr ke?...@ tgu dtg period semula.sya tkut period x dtg...sb fully breastfdg..
ttg bila nak pasang boleh rujuk dengan doktor.Sebab masa pasang saya belum period.
Dah 3 tahun pasang implan..takut nk bukak..mcmmna
Dah 3 tahun pasang implan..takut nk bukak..mcmmna
Sy pula dah kali ke 3 psng inplanon....dh 9 th...so far mmg kacau period tp bila amalkn minum Olive oil period cam nirmal blk...berat mmg bertmbh tapi tak de la teru sgt...
Saya pun menggunakan implanon sebagai planning..nak share pengalaman sy yg hingga hari ini sy dah pakai selama 2 tahun.so, ada setahun jer lagi untuk buang. saya ambil sebab nak bagi sihat dahulu sebelum nak masuk anak kedua sebab saya czer dan ada masalah high blood pressure masa hamil.so, dr cdgkan amik planning..saya pun pasang ketika tak period..dan sampai sekarang pun saya masih xpnah period..masalah sampingan sy hanyalah knaikan berat badan..pada awalanya mmg naik mendadak lah tapi lpas tuh sy berjaya kawal jugak even masih bukn pada berat asal. masalah jerawat juga ada tapi dapat jugak sy atasi..dgn pemakanan dan penggunaan produk serta penjagaan rapi especially kulit muka..masalah emosi saya tak ada..alhamdulillah..masih dapat jaga anak2x dan suami dgn baik..xder emo2x dan emosi xstabil..masih dapat dikawal..sy wanita bekerja..jarak rumah dgn tempat kerja jauh jgk iaitu nilai ke cyberjaya..kluar pagi2x lagi balik dah nak malam..stiap pagi sy bangun kul 5 pagi nak masak utk anak dan bkal utk ke office..sy makesure ank mkn apa yg sy masak..alhamdulillah keje katoffice pun masih dapat uruskan dgn baik..Allah masih bagi kekuatan itu..petuanya sentiasalah positif, niat ikhlas bahagiakan family..niat utk dapatkan ganjaran syurga..jadikan kepenatan itu sbg satu kebahagiaan bila pulang tgk snyuman anak dan suami..i.Allah lapang hati dan jiwa..pemakanan sy jaga jugak..bnykkan mnum air masak dan stiap pagi sy mnum jus delima gulsan cmpur madu sjak preggy smpai skg..alhamdulillah org office pun slalu tanya sy ni cergas stiap hari..kdg2x klu puasa sunat tuh nmpk ltih skit jerk tapi masih cergas buat keje..sy cadangkan sesiapa nak pakai planning boleh guna implanon ni..but btol depends on individu jgk..maybe this way ok dgn sy n may be xok dgn org lain..depends on penerimaan tubuh kita jgk rasanya..rasa macam nak preggy lagi..ingt nak buang 2 tahun setengah nanti tapi hubby cakap bagi 3 tahun la nak mommy betul2x sihat dulu..dan alhamdulillah encik hubby banyak support..satu lagi..sy masih menyusu my babby boy even dah nak masuk 2 tahun..implanon xpernah ganggu penyusuan sy..susu sy smpai skg masih banyak..rezeki Allah mudahkan urusan kita..segalanya bergantung pada niat kita..i.Allah dipermudahkan nanti..sekadar perkongsian dgn mommies2x smua...
Assalamualaikum.. Klau ambil kaedah ni blh ke kte amal kn suplement or jamu smase pkai implan ni??
Hai puan...bley share x kat mana klinik utk buka implan...swsta area setapak...tq
setahu saya selepas seminggu baru bkeh bersama wtihout protectiion. saya dh de pengalaman selepas psang implan terus bersama suami.. yes i'M Pregnant.. hahahahahakl.. seeloknya jarakkan selepas psg implN tu 1- 2 minggu....
Sy dh pki kali ke 2 dh ingt cm nk bkk je..xpe ke blm tamat tempoh ye...sysblm pki mmg kene ad buat pep smear...
Sya dh pkai implanon ni lbh dr 3thn,nk pi buang tp doktor tunda tarikh sbb pkp bln 3,cuba skali lg prgi hsptl kat perak n jmpa pakar tp msh xblh nk buang sbb sya pkai implanon ni d negeri asal sya kelantan kna rujuk sna,skrg msh xblh nk buang sbb ipoh kna pkp lg.Ada x sape2 kat blog ni yg overdue tarikh pmbuangn implanon?apa kesan smpingan n msh blh mngndung ke x?n skrg sya ada mngalami alahan mual loya wktu pg smpai ke mlm,test upt double line,perut dh makin mmbulat tp semlm ttiba kluar darah yg byk tnpa rasa sakit n sya cek skli lg upt msh double line,rasa mual loya msh ada tp perut sdikit mngecil.adakah dsbbkn implanon ni sya mngalami pndrahan??ada sesiapa yg prnh alami x?
Assalamualaikum.. Nak tanya kalau pakai implan.. Ada kah period akan berpjgan.. Saya pakai implan nie sejak. 2019 lagi. Anak masuk setahun lebih baru saya period.. Dan period sata berpanjangan..ada effect ke.. Atau dia mganggu kitaran haid..
Boleh update yang terkini puan? Sebab saya pun expired implanon bbrapa hari yg lepas.
Catat Ulasan