Saya Ibu Yang Sibuk Tapi Tetap Support Breastfeeding

Selamat Datang Ke Laman Kehidupanku...Catatan Istimewa Dari Wanita kepada Wanita..

Selasa, 8 September 2015

BILA UMMI MULA GILA MEMBAKING...

Dulu tak minat sangat buat kek dan cookies ni..Tapi bila anak dah besar sikit,ntah mana datangnya minat.Bermula raya ari tu,memang tak beli pun kek dan biskut,semua buat sendiri.Sekarang dalam proses belajar nak mendeco kek pula.Mana tahu lepas ni boleh ambil tempahan pula..Tapi memang puas ati dapat buat air tangan sendiri.Baru saya tahu, kos buat kek n biskut ni takdala mahal sangat.Rupanya kalau orang jual tu boleh dapat untung yang banyak.Bahan-bahan bakeri biasanya saya beli di Bakewell Taman Melawati dan Kedai Bagus Taman Melawati.Dua-dua kedai ni adalah favourite saya sepanjang bulan puasa lalu..Anak-anakpun turut sama nak membaking.Selalu si abang dan adik sebut "Buat Kue"...Dan sekarang dah jadi aktiviti wajib saya,setiap minggu wajib ada menu baru untuk dicuba..

Di sini saya kongsikan menu yang telah saya cuba dan senarai resipi kek,kuih dan biskut yang telah saya 'save'kan.Moga bermanfaat.Tuan punya resipi jika terbaca minta halal ye..

Tiada ulasan: