Bagi anak-anak yang selalu sakit,dah tentu kita tercari-cari pakar kanak-kanak yang harganya berpatutan dan konsultasi serta ubat-ubatan yang berkualiti.Pilihan saya di sini:
Klinik Pakar Kanak Kanak Desa Melawati
No. 21, Jalan 2/4C, Desa Melawati, 53100 Ulu Klang, Kuala Lumpur.
Telefon 03-4105 1962.Tapi call kat situ jarang dapat,mungkin guna bersama fax kut.
Biasanya saya ikut time dia,In shaa Allah,bukak.
Isnin-Jumaat: 9.00 pagi-1.00 petang dan 3.00 petang-6.00 petang
Sabtu: 9.00 pagi-1.00 petang
Ahad / Cuti umum: Tutup
Doktor kat sini namanya DR.HASMAWATI.Sangat friendly,sangat baik dan saya sangat senang dengan dia.Ni gambar dia (tudung biru),yang saya curi dari blog orang lain,hehe..
Kedua-dua anak saya,kalau ada masalah terus rujuk sini.Ari tu nak ambil injection dan sunat Syahmina,saya buat kat sini.Caj RM125.Lepas tu Syahmina kulitnya melecet,alah dengan pampers.Kesian.Selalu nangis bila kena air.Datang sini,Doktor bagi anti fungal dan bacitracin-N ointment terus ok.Cajnya cuma RM75.Sebelum ni takut nak pegi pakar-pakar ni,takut cekik darah.Tapi kat sini ok la,berpatutan dengan servis dan ubat-ubatan.
Dalam cuti sekolah ni,si abang pula naik gatal-gatal dan seakan chicken pox,terus datang sini.Doktor check dan doktor kata impetigo,bukan chicken pox.Berpunca dari hama atau kutu betina.Mulanya doktor bagi ubat antibiotik augmentin,sirap ubat gatal dan bacitracin.Caj Rm80.Tapi kesan ubat tu agak kurang selepas seminggu.Pegi lagi,kali ni doktor bagi antibiotik lain,sirap ubat gatal,bacitracin dan ubat poison anti-scabis.Doktor cakap kudis buta.Kalau tak pulih juga,doktor suruh rujuk pakar kulit.Selepas beberapa hari,kemerahan masih tak pulih,saya dan suami terus rujuk doktor kulit.Mungkin penyakit Naufal tu,penyakit kulit yang memerlukan rawatan pakar kulit.
Just nak sharing,klinik ni sangat bagus untuk kanak-kanak.Servis dan ubat-ubatannya saya amat puas hati.Pernah terkena kat klinik lain,caj sampai RM195+RM270.Terkejut saya.Tapi penyakit sedia mcam tu je.Bagi ibubapa yang tercari-cari klinik terbaik untuk anak,saya suggestkan kat sini la.Nak datang,ikut masa la.Nanti klinik tak bukak pulak.Kalau boleh datang awal-awal,sebab kadang-kadang terpaksa menunggu lama,sebab klinik ni agak famous,patient ramai dan servis yang Doktor beri agak lama,paling cepat 10 minit seorang,kadang2 saya terpaksa tunggu lebih sejam nak jumpa doktor.
Nice sharing..
3 ulasan:
Saya pun berkunjung ke klinik ni semalam. Anak demam tak hilang selepas 4 hari. RUpa-rupanya jangkitan kat tonsil. Cajnya berpatutan,caj rundingan, Ubat demam, antibiotik, cool fever bersamaan dengan RM95...
Anda ibubapa prihatin, bacalah coretan ini :http://mudahtakaful.com/2015/02/03/kad-perubatan-untuk-anak/
salam, utk sunat je berapa rm ye kat klinik ni, tau tak? :)
rm 25.skrg tak pasti
Catat Ulasan