Saya Ibu Yang Sibuk Tapi Tetap Support Breastfeeding

Selamat Datang Ke Laman Kehidupanku...Catatan Istimewa Dari Wanita kepada Wanita..

Ahad, 27 Oktober 2013

TANDA HAMIL BAYI LELAKI

Mengetahui jantina bayi yang dikandung menjadi satu keseronokan yang paling utama bagi bakal ibu dan ayah. Dengan perkembangan teknologi ultrasonografi (USG), impian mengetahui jantina bayi dapat direalisasikan.

Bahkan dengan kecanggihan ultrasound 4D, bukan hanya jantina bayi dapat dikesan, malahan boleh melihat pergerakan bayi dalam perut ibu dengan jelas sekali. Namun demikian, petua orang tua-tua dalam mengesan jantina bayi dalam kandungan boleh juga diguna pakai.

Berikut adalah petanda ibu kemungkinan hamil bayi lelaki:

1. Bentuk perut kelihatan bulat sempurna seperti bola.

2. Posisi perut lebih condong ke arah bawah.

3. Kawasan areola (kawasan hitam sekeliling puting susu).

4. Degup jantung bayi kurang dari 140 kali per minit.

5. Jika menggantungkan cincin kahwin di atas perut, maka cincin tersebut akan berpusing.

Cuba try,betul atau tidak??Dan tinggalkan komen anda di bawah...

TANDA BAYI CUKUP SUSU

Kadang kala ibu tidak tahu sama ada bayinya sudah cukup minum susu atau belum. Setiap kali menangis, ibu beri sahaja susu badan. Akibat terlalu kenyang, si kecil muntahkan semula susunya walaupun mulut tetap menyusu bila disuakan. Jadi, ibu perlu tahu apa tanda yang boleh menunjukkan si manja sudah cukup minum susu dan rengekan manjanya bukan kerana hendakkan susu.

1. Sekurang-kurangnya enam lampin basah setiap hari dan membuang air besar yang cair berwarna kekuningan dua hingga lima kali sehari. Ini bergantung kepada umur bayi.

2. Najis bayi tidak berwarna putih atau kelabu.

3. Peningkatan berat badannya stabil selepas minggu pertama kelahiran.

4. Air kencingnya berwarna kuning pucat dan bukannya berwarna kuning pekat atau jingga.

5. Bayi tidur nyenyak dan kelihatan cergas ketika bangun tidur.

*Untuk menghisap dengan berkesan, bayi perlu memasukkan sebahagian besar dari areola dan puting ke dalam mulutnya. Rerongga susu yang perlu diperah/ditekan untuk mengeluarkan susu terletak di bawah areola. Gusi bayi sepatutnya melepasi puting sejauh satu inci ke bahagian areola. Pastikan puting terletak di tengah-tengah mulut bayi dan di atas lidahnya. Bayi hendaklah dirapatkan ke badan ibu sehingga hujung hidungnya menyentuh payu dara. Jika hidungnya terhalang oleh payu dara untuk bernafas, perbetulkannya dengan mengangkat payu dara sedikit atau menarik bayi lebih rapat ke badan ibu.

*Jika bayi anda tertidur ketika menyusu, atau anda perlu menamatkan penyusuan sebelum bayi anda berhenti, leraikannya dengan memasukkan jari ke dalam mulut bayi ketika bibirnya masih melekap pada payu dara anda. Gunakan jari untuk meleraikan mulut bayi. Jangan sekali-kali menarik puting anda tanpa meleraikan hisapannya.

Isnin, 21 Oktober 2013

SONY XPERIA ZR PILIHANKU

Sebenarnya dah lama saya nak update blog pasal smartphone pilihan saya,tapi takda masa.Memandangkan sekarang saya dah bergelar businesswoman saya perlu ada smartphone yang boleh berinternet dan berinteraksi dengan orang di mana jua.TAkkan nak pakai handphone cikai yang lama tu,malu plak kat customer nanti.Survey punya survey pada mulanya saya berminat dengan Sony Xperia Z.

Kenapa saya berminat dengan Sony Xperia Z??
Banyak saya jumpa di blog dan web mengatakan Sony Xperia Z adalah smartphone kedua terbaik dunia selepas HTC One,betul ke fakta tu?Betul atau tidak yang pastinya saya sudah tak berminat nak beli Samsung Galaxy sebab suami saya dah beli SG Note II,tak sampai sebulan,kene campak kat anak ke dalam baldi,terus rosak,baiki kene RM800.Memang set kat mind nak beli Sony Xperia Z.Lepas tu tahun ni jugak,saya ke kedai handphone yang banyak-banyak tu kat Carrefour Wangsa Maju,salesman tu bagi saya Rm1900 untuk Sony Xperia Z.Alamak terover bajet la plak.Tawar-menawar punya akhirnya dia suggestkan saya beli Sony Xperia ZR.Fungsinya sama je,cuma kecil sikit dan murah sikit berbanding Sony Xperia Z.Akhirnya,terbeli jugak aku Sony Xperia ZR warna pink lagi
yang mempunyai ketahanan yang lebih,boleh kalis air selama setengah jam,dan setakat ini menjadi bahan game buat Naufal plak,tak jadi masalah walaupun dah kene campak beratus kali.Itulah kelebihan Sony Xperia ZR selain gambar HD nya yang sungguh cantik.Sampai kawan sekerja saya cakap,cantik giler gambarnya.Berbaloi saya habiskan duit RM1700.Yang ni warranty Sony,bukan warranty kedai tau...

Ok di sini saya kongsikan kelebihan Sony Xperia ZR
•Skrin yang lebar sehingga memudahkan anda untuk menavigasi skrin. Lebar skrin 4.55 inches
•Skrin memiliki resolusi tinggi 720 x 1280 dengan kedalaman 323 pixel, dengan teknologi Sony Mobile BRAVIA Engine 2
•Skrin tahan calar dan debu
•Kamera belakang 13 MP
•Sama dengan ciri khas Sony Xperia, kali ini ditambahkan lengkungan di setiap sisinya pada bahagian back cover sehingga lebih senang digenggam
•Kalis air sampai kedalaman 1.5 meter selama 30 minit
•Internal memory yang besar 8 GB dengan 2 GB RAM
•Disediakan slot memory internal untuk kapasiti up to 32 GB
•Aplikasinya terdapat NFC yang mendukung HD voice
•Mendukung aplikasi internet jaringan LTE
•Prosesor Quad-core 1.5 GHz dengan Adreno 320

Kalau uols nak beli,dah jatuhpun harganya sekarang...

Jumaat, 18 Oktober 2013

IMPLANON

Sebelum ni saya ada kongsi pasal pil perancang Noriday kan?Sekarang nak bagitahu plak pasal Implanon..Sebut je implanon mesti ramai yang takut.Susuk Moden la katakan.Apa dia implanon ni??Implanon merupakan sejenis kaedah terbaru di mana ianya mula diperkenalkan di Malaysia pada April 2002. Implanon merupakan sejenis rod sebesar batang mancis yang dimasukkan di bawah kulit lengan atas melalui suntikan. Rod ini akan mengeluarkan sejenis hormon progestogen iaitu etonogesterol pada kadar yang sama setiap hari untuk tempoh 3 tahun. Selepas tempoh 3 tahun, rod ini tidak berkesan lagi dan perlu dibuang. Kedua-dua prosedur iaitu pemakaian dan pembuangan implanon boleh dibuat di klinik, memerlukan hanya bius setempat dan prosedur kedua-duanya tidak melebihi 5 minit.

Hormon yang dikeluarkan oleh implanon akan menyebabkan gangguan pada pengeluaran telur oleh wanita dan seterusnya menghalang kehamilan. Kajian yang dijalankan ke atas hampir 6000 wanita menunjukkan tiada kehamilan dalam tempoh 3 tahun ianya dipasang. Selepas sahaja implanon dikeluarkan, pengeluaran telur akan kembali kepada normal dalam tempoh seminggu.

Apa yang membuatkan saya terdetik untuk memilih implanon?Jawapannya, untuk senang la..Tak payah pikir apa-apa lagi,sekali cucuk je,tahan sampai 3 tahun,tak payah telan2 ubat dah,tak payah inject2 dah.Sebelum ni saya dah ambil pil selama 10 bulan,masalahnya asyik lupa je.Lagipun saya pernah terdengar pil masih belum menjamin 100% kita tidak hamil.Pernah terbaca,pil boleh bertindakbalas dengan sebarang ubat lain dan menjejaskan fungsinya sebagai perancang kehamilan.Dalam masa ambil pil dulu,saya masih risau kut2 masih boleh hamil,maklumla,duk KL ni susah kalau beranak setahun sorang.Takut jugak aku,kan tak pasal-pasal mengandung lagi.Dah la aku dah beranak Sept 2011,Januari 2013...hihihi..Nak ambik alat yang tanam dalam rahim tu,tak sanggup aku nak terkangkang depan doktor.Lagipun dah ramai kawan-kawan sekerja yang pakai implanon.So aku berani kan diri.Melalui survey aku,untuk dapatkan implanon yang murah,boleh didapati di klinik LPPKN,harganya dalam RM300 lebih je.Tapi aku takda masa nak ke sana.Dengarnya kene melalui pelbagai test dulu,seperti pap smear dan pelbagai lagi baru doktor akan pasang implanon.So nak senang aku pegi je pasang di Klinik Ampang Dr.Hasni kat Seksyen 1 Wangsa Maju.Kosnya RM580..Mesti kata mahal kan?Ini untuk 3 tahun la..Nak buang awalpun takda masalah.Bila buang terus subur,terus boleh mengandung balik.
Kesannya?Antara kesan samping penggunaan implanon adalah gangguan pada kitaran haid sama ada haid akan jadi berpanjangan, haid akan jadi sangat sedikit atau tiada datang haid. Setiap individu akan menunjukkan respons yang berbeza. Kaunseling tentang gangguan haid sebelum pemasangan implanon dapat memastikan setiap individu bersedia jika gangguan pada kitaran haid terjadi.
Lagi satu saya tengok rakan-rakan yang pakai implanon ramai yang naik badan,makin berisi.Lantakla makin berisipun,asalkan aku tak mengandung dalam waktu terdekat ini.Nak kurus,exercise dan diet la..

Tentang bila boleh pasang,digalakkan di hari pertama haid hingga hari ke5 haid.Apapun boleh berbincang dengan doktor waktu yang sesuai,sebab masa saya pergi tu saya tengah tak datang haid sebab baru habiskan pil Noriday.Mula-mula doktor akan bius.Masa bius tu la rasa pedih2 sikit.Bila doktor nak masukkan tu,pejam je mata satu minit.Tak rasa apapun.Tahu-tahu dah ada dalam kulit.Pakai bandage utk 1 hari.Jangan bagi kene air.Tak rasa apapun.Mula-mula rasa la something bawah lengan,dah sehari okla.Ni bandage aku yang dah dibuang.Pasang implanon ni macam kene inject je

Pastu doktor akan bagi kad Implanon ni.Lepas 3 tahun boleh bukak kat mana-mana klinik nanti.


Dalam seminggu lepas pasang tu adalah lebam sikit,tapi tak rasa apa.Bila gosok kat lengan tu rasa la macam batang lidi.Sekarang aku dah tak perlu risau hamil lagi,tak perlu nak set kat mind tiap2 malam kene makan pil perancang.Boleh tumpu pada menjaga dan membesarkan dua anakku yang hampir sama baya,tengah melasak sekarang.Nak mengandung lagi? In sha Allah,aku mahukan anak lagi,tapi lagi tiga atau empat tahun lagi.Tak mahu pisang berbuah dua kali macam ari tu,hehehe..

So saya suggestkan buat wanita yang mahukan kaedah yang mudah, berkesan, mudah dipasang dan ditanggal, mudah kembali untuk subur, kekal di tempat di mana ia dipasang, tidak perlu melakukan sesuatu terhadap kontrasepsi yang dipakai, tidak memakai sebarang kontrasepsi lain dan alah kepada estrogen sintetik.Dengan implanon anda tidak perlu gusar akan hamil lagi.

Isnin, 7 Oktober 2013

STATUS HALAL SHAKLEE

Yang ni sijil halal untuk tahun 2013
Memang akan diperbaharui setiap tahun
Untuk dapatkan maklumat lanjut sila layari www.halalscience.com

http://www.halalscience.com/blog/benarkah-produk-shaklee-ada-ekstrak-babi/

http://www.shaklee.com.my/img/content/Image18578746.pdf

ISA ni apa? Kenapa bukan JAKIM?
Jawapan : Oleh sebab Shaklee ni buatan USA, Islamic Services of America (ISA) yang iktiraf kehalalan produk-produk di USA. Yelah, takkan JAKIM yang nak gi US tu nak cek. Untuk lebih efektif, JAKIM telah lantik ISA ni untuk cek status Halal produk yang nak dibawa ke Malaysia.Cuba check badan-badan yang diiktiraf JAKIM..

Kenapa tak letak logo Halal di botol Shaklee?
Jawapan: Standard Halal Farmaseutikal tak sama dengan Standard Makanan Halal. Makanan yang kena letak logo Halal. Tapi untuk ubat-ubatan/supplemen requirement nya ada sijil Halal. Cuba cek kat botol-botol ubat/supplemen ada ke logo Halal? Kena cek dan minta bukti dengan pengedar masing- masing.
Akan datang kita mungkin akan jumpa logo halal di botol-botol ubat sebab Malaysia pun baru nak implement prosedur sebegini.

Apa status softgel bovine Omega, Vitamin E, Lecithin?
Jawapan : Softgel yang digunakan bagi Vitamin E, OmegaGuard, Lecitin adalah bersumberkan Bovine. Dan bovine yang digunakan ni adalah dari lembu yang disembelih dan dipantau oleh ISA. Maka ianya lembu bukan sebarang lembu ye…

Khamis, 3 Oktober 2013

TIPS PENYUSUAN

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
•Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
•Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.
•Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
•Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.

2. Jangan Tunggu Payudara Penuh
•Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
•Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
•Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

3. Minum banyak Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3 Liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.

4. Fikir Bayi Fikir Susu
•Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
•Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...

5. Berdisiplin
Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.

6. Tandem Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.

7. Teknik Marmet
Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... Ni based on pengalaman mommaMia yer...

8. Menyusu / mengepam Lebih Lama
•Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
•Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
•Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah

9. Penyusuan Malam
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

10. Urutan
Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.

11. Pengambilan makanan berkhasiat dan suplemen
Seperti ESP (Energizing Soy Protein ) dan Alfalfa mampu merangsang pengeluaran susu.

ALAMAT SHAKLEE SELURUH MALAYSIA

Ramai sangat tanya alamat Shaklee, nak pegi beli sendiri.So di sini saya kongsikan alamat-alamat Shaklee di Malaysia.Bagi yang nak jimatkan kos pos,boleh pegi beli sendiri,guna ID saya ZAPIDAH : 954902

Shaklee Products (Malaysia)Sdn Bhd (AJL 93747) Company No. 301287-T

Home office: A-3A-02, Empire Tower,Empire Subang, Jalan SS16/1,47500 Subang Jaya,Selangor
Telefon: 03-56223188
Fax: 03-56223199

Penang Branch : A-2 Jalan Todak 1,Pusat Bandar Seberang Jaya,13700 Perai
Telefon: 04-3974325
Fax: 04-3974324

Ipoh Branch: 32 Medan Istana 1,Bandar Ipoh Raya,30000 Ipoh
Telefon : 05-2418260
Fax: 05-2418263

Johor Bahru Branch: 14 Jalan Molek 1/10, Taman Molek,81100 Johor Bahru
Telefon: 07-3525188
Fax: 07-3524188

Kuala Lumpur Branch: 31 Jalan 2A/27A Section 1 Wangsa Maju Setapak 53300 Kuala Lumpur
Telefon : 03-41426442
Fax: 03-41496313
**** Telah bertukar ke
No. 32, Jalan Rampai Maju 3,
Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur.
Telefon : 603-4142 1067
Fax: 603-4142 1027

Kota Bharu Branch: 319 Section 25 Bandar Kota Bharu,Jalan Sultan Yahya Petra,15200 Kota Bharu
Telefon: 09-7478688
Fax: 09-7477711

Kota Kinabalu Branch: Lot 7,Ground Floor, Wisma Damai,Jalan Damai Luyang,88300 Kota Kinabalu,Sabah
Telefon : 088-272087
Fax: 088-272089