http://www.facebook.com/pages/3D-4D-scan-Malaysia/120155484710450?sk=wall
Juga boleh jugak online appointment di http://bayi-ibu.com/3d-4d-scan-malaysia/.
Doktor yang incharge ni namanya Ms Jezzlyn.Biasanya appointment hari Rabu dan Sabtu kat
Klinik Fauziah,
Desa Ampang,15,
Persiaran Desa Ampang,
Taman Sri Ampang,
Ampang,
KL 51000,Malaysia.
Aku rasa Ms Jezzlyn tumpang je kat klinik ni,sebab diapun ada wat kat tempat lain. Masa first aku buat appointment tu,aku tak dapat emel reply,pegi main redah je,memang sesat.Terus aku buat appointment kali kedua.Dapat emel reply.Cantik pulak tarikh yang aku wat tu,12.12.12.Hari Rabu.Rupanya senang je nak cari Klinik Fauziah ni,lepas Ampang Point tu terus je sampai melepasi 6 trafik light.Ada Manjaku sebelah kiri,sebelah kanan terus nampak Klinik Fauziah.Kawasannya agak buruk sikit dan nak parking memang susah.Aku 3 kali pusing baru dapat parking.Aku sampai tepat2 jam 1petang.Rupanya Ms Jezzlyn pun belum sampai.Tunggu jelah sekejap.Pastu diapun panggil aku masuk bilik no2.Rupanya muda lagi Ms Jezzlyn ni.Disuruhnya aku baring.Mula-mula baby taknak tunjuk muka,siap tutup dengan tangan lagi.Ms Jezzlyn pun tepuk2la sikit suruh tunjuk muka.Lucu pun ada.Akhirnya dapatla jugak aku tengok rupa baby aku.Yang penting jantina dia.Hehehe jawapannya
Tercapai jugak hajat aku nak anak yang pertama,lelaki dan anak kedua perempuan.Pastu dalam 1.30pm,selesaila Ms Jezzlyn wat scan kat perut aku.Diapun bagi aku 2 keping gambar muka baby.Kat luar dah ada satu couple sedang tunggu nak scan.Akupun bayar kat kaunter RM100 beserta CD.Balik tengok puas-puas ada pic dan video.Yang kureng sedapnya,suami aku yang tak ikut serta membebel.Katanya terang sangat,kesian kat baby,takut ada kesan sampingan.Akupun terangla kat dia yang tak tahu sangat pasal teknologi ni.Insyaallah takda kesan sampingan.
Ni dia gambar baby aku yang 32 minggu lebih...Ms jezzlyn kata malu-malu plak.. Yang ni scan biasa Kalau nak tengok dia bergerak-gerak,klik www.youtube.com/watch?v=YPrG4x_fyL4">
Ni dia hasilnya selepas 38 minggu...
Pada yang berminat,aku just tolong promote je.
3D 4D SCAN IN MALAYSIA
0176202933
cysiu3@yahoo.com
2 ulasan:
terima kasih banyak atas testimonial ye , boleh refer www.3d-4d-scan-malaysia.com atau www.bayi-ibu.com/3d-4d-scan-malaysia untuk latest package ye ... kalau tidak jumpa muka baby FREE , jantina tak nampak free untuk 22minggu keatas , REFUND kalau jantina salah .. guarantee services ye ... 5d scan>> HDlive juga available di ampang , boleh refer kat facebook untuk latest update sonographer bertugas termasuk miss jezzlyn, miss celynn, miss shanice , miss ada , miss irene di facebook >> https://goo.gl/53vyFG ... cuba klik link ni ye.. sebarang masalah semasa booking online sila sms 0176202933/0164383366 (SMS sahaja) , book sahaja bayar semua lepas scan.
Terima kasih..puas ati dengan servis dan bayaran..
Catat Ulasan