Saya Ibu Yang Sibuk Tapi Tetap Support Breastfeeding

Selamat Datang Ke Laman Kehidupanku...Catatan Istimewa Dari Wanita kepada Wanita..

Khamis, 1 April 2010

SEKADAR RENUNGAN : 12 BARISAN MANUSIA MENUJU KE AKHIRAT

1. Barisan Pertama

Diiringi dari kubur dalam keadaan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah SWT : ” Mereka orang-orang yang menyakiti hati jiran swaktu hidup mereka.Mereka yang sombong dan tidak membuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat penghinaan di dunia dan di akhirat”. Firman Allah ”Aku akan memalingkan hati orang yang sombong serta takbur di muka bumi ini dengan dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatku (yang menunjukkan kekuasaanku), itulah balasan dan tempat kembali mereka adalah neraka”.


2. Barisan Kedua

Diiringi dari kubur dalam bentuk babi hutan datang seruan Allah ”Mereka orang yang meringan-ringankan solat sewaktu hidup, sesungguhnya orang yang memelihara solat lima waktu akan dihindari dari seksa kubur sebaliknya mereka yang mengabaikan maka waktu dia mati, mayatnya akan dihimpit oleh liang lahad sehingga berselisih tulang rusuk.” Rasullullah s.a.w. bersabda ” Sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat, maka maka diletakkan semua dosanya di atas kepala dan kedua-dua bahumya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, gugurlah dosa-dosa itu.

3. Barisan Ketiga

Diiringi dari kubur dengan bentuk keldai dan perut penuh ular serta kala jengking. ’mereka adalah orang yang enggang membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dalam orang yang berkemampuan . Inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.

4. Barisan Keempat

Diiringi dari kubur dalam keadaan darah memancut keluar dari mulut ”mereka adalah antara orang yang suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yang diperolehi datang dari sumber yang halal.

5. Barisan Kelima

Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman padang mahsyar ” mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah”. Inilah balasannya dan tempat mereka juga adalah neraka.

6. Barisan Keenam

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yang dahulunya menjadi saksi palsu.

7. Barisan Ketujuh

Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah dan nanah dari mulut mereka. Merka ini adalah orang yang enngan memberi kesaksian kebenaran.

8. Barisan Kelapan

Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik kepala ke bawah dan kaki ke atas. Mereka adalah orang yang melakukan zina. Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasullullah “Tiada bersunyi-sunyian antara seorang lelaki dan wanita, melainkan wujudnya syaitan orang ketiga antara mereka”.

9. Barisan Kesembilan

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam dan bermata biru, sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh, mereka adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

10. Barisan Kesepuluh

Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh berpenyakit sopak dan penuh kusta.Mereka ini adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.


11. Barisan Kesebelas

Diiringi dari kubur dalam keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan, bibir terjuih hingga ke dada dan lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yang menjijikkan. Mereka ini adalah orang yang minum arak sewaktu hidup.

12. Barisan Keduabelas

Diiringi dari kubur denan wajah bersinar-sinar seperti bulan purnama. Mereka mereka melalui titian Siratul mustakim seperti kilat.datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan ” Mereka semasa hidupnya adalah orang yang beramal soleh dan melakukan kebaikan.Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu dan meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat, inilah balasan mereka dan tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah SWT.

Tiada ulasan: