
Malam Isnin lalu aku dikejutkan dengan kematian suami kepada rakan di tempat kejeku akibat strok.Mengikut ceritanya,suaminya yang sihat tiba-tiba diserang strok sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.Memang mengejutkkan aku dan rakan2ku.Apapun Al-fatihah,semoga di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.
Di kalangan sanak saudaraku juga pernah ada yang menderita akibat strok.Jadi aku tertarik dan ingin tahu serba sedikit mengenai strok,apakah ianya penyakit keturunan ataupun faktor pemakananan kita??
Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.

Jadi begitu juga dengan penyakit-penyakit lain,takuti dan cegahla sebelum terlambat.Sayangi kesihatan anda yang tidak ternilai harganya…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan