Saya Ibu Yang Sibuk Tapi Tetap Support Breastfeeding

Selamat Datang Ke Laman Kehidupanku...Catatan Istimewa Dari Wanita kepada Wanita..

Ahad, 28 Februari 2010

BUDAYA BER'FACEBOOK' :POSITIF ATAU NEGATIF?


Anda ada facebook?Mungkin ada di antaranya baru nak berjinak-jinak dan ada antaranya dah lali dengan facebook.Macam aku ler,mula-mula dapat tu excited search kawan-kawan lama dan kawan-kawan baru.Bila dah lama naik muak pun ada..
Nak tahu sejarah Facebook?Petang tadi aku berjalan-jalan di sebuah shopping kompleks,aku ternampak sebuah buku berkenaan asal-usul facebook dan aku tertarik untuk membeleknya..Menurut buku berkenaan facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg pada 2004,budak ni sebenarnya tak habis belajar pun di Universiti Harvard.Facebook mulanya dibuat untuk penuntut2 Harvard berinteraksi sesama diorang.Sejak itu facebook berkembang mengatasi jaringan sosial yang lain seperti Friendster dan Myspace.Budak ni la boleh jadi kaya tiba-tiba.Hai,untung betul jadi orang programmer ni..Itulah serba sedikit sejarah facebook.
Facebook banyak membawa perkembangan yang positif dan tak kurang juga yang negatifnya.Begitu juga dengan myspace yang suatu ketika dulu seingat aku digunakan untuk mengiklankan diri bagi tujuan ‘jual tubuh’.Budak-budak sekolah juga ada yang lalai.Begitulah setiap perkembangan yang berlaku ada pro dan kontranya.Pandai-pandaila kita memanfaatkannya..

Sabtu, 27 Februari 2010

ANDA DI DALAM STRES?

Setiap orang pasti akan stres,sama ada dalam hidupnya,dalam kerjanya dan sebagainya.Sebagai kakitangan awam juga aku tidak terkecuali menghadiri kursus2 pengurusan stres.Tapi ntah ler,aku ni sama je,pergi kursus atau tidak,duk gitu jer hehehe.Yang aku tahu nak release tensen,time2 cuti tu tido puas2 dan buat apa yang aku nak buat.
Stres atau tekanan ialah apabila 5 faktor penting iaitu oksigen,hormon,pemakanan,stimulasi dan fisiologi untuk otak dan sistem saraf tidak berfungsi dengan baik dan tidak wujud secara seimbang.Antara sebab yang terpenting sekali ialah tekanan emosi dari makanan serta minuman dan persekitaran.

Sekiranya anda ada tanda-tanda dibawah bermakna anda di dalam situasi stres:-
*Otot-otot muka bergerak
*Cakap gagap atau tidak terus(stuttering)
*gigit kuku atau bibir
*Mengetuk lantai atau meja secara berterusan
*Goyang kaki
*Jantung berdebar
*Pernafasan cepat
*Sakit perut tanpa kaitan makanan
*Muka merah atau pucat
*Tangan sejuk dan berpeluh
*Loya dan tak lalu makan
*Mulut kering
*Perasaan takut
*Kerongkong rasa tersekat
*Sentiasa menelan air liur
*Masalah tidur
*Hilang tumpuan
*Selalu pening atau sakit kepala
*Lemah lutut
*Fidgetiness iaitu mengusik orang,merosakkan barang atau mendera binatang
*sering panik
*Senang lupa
*mengigau
*histeria
*merajuk

Sebagai orang yang berakal pastinya kita dapat menghadapi stres dari sudut yang positif:
*menarik nafas
*mengucap
*Menyempurnakan solat dan cepat bertenang
*Menyempurnakan senaman relaksasi dan visualisasi

URUSLAH STRES DARI SUDUT YANG POSITIF,KEJAYAAN KITA MENGURUSKAN STRES DAPAT MEMBANTU DIRI DARI MUDAH EMOSIONAL,SENSITIF DAN CEPAT TUA..

Jumaat, 26 Februari 2010

PAKAIAN KITA KINI: IKUT SYARAT ATAU IKUT SYARAK?

Sejak dari kecil aku dididik untuk menutup aurat,tambah-tambah lagi ibuku seorang yang cerewet dalam menilai dan selalu menegur cara pakaianku.Tambahan suasana hidup di kampung ketika itu membuatkan aku malu jika ingin berseluar jeans atau berpakaian ketat.

Setelah aku bergelar perantau dan keluar dari kelompok kampung,aku mulai belajar pakaian selain baju kurung yang sering kupakai sebelum ini.Semasa di zaman study dulu aku gemar berfesyen,sering terpengaruh akan fesyen-fesyen terkini dan pakaian yang aku rasakan cantik bagiku.Jeans boot cut,baju cutting,semuanya pernah aku rasa.Dulu aku pun tidak kisah keluar dengan hanya berlengan pendek.Nasib baik juga aku berkawan dengan kawan-kawan yang cukup menitikberatkan soal aurat.Jadi,perasaan malu dan segan tu ada,terkawalla sikit!Kulihat ada juga rakan2 sekolahku yang sudah mula melupakan tudung apabila hidup kat KL ni.
Namun bila aku sedar diriku semakin tua,hehehe..aku sedar aku perlu peka apakah ianya menepati pakaian seorang wanita yang mengaku dirinya Islam.Trend tudung silih berganti begitu juga pakaian.Dari tudung wardina di zaman aku universiti dulu,tudung bienda,tudung mawi,tudung ekin dengan bermacam-macam brand seperti ‘ariani’, ‘ariani pasar malam’ , seperti menjadi lelongan di mana-mana pusat jualan dan mana-mana pasar malam..

Jika dipandang sekeliling semuanya kini mengenakan tudung pasang siap atau ikut trend terkini.Orang yang ‘free hair’ pun dah mula ikut trend.Namun disebalik itu trend di zaman ini,marilah kita sama-sama merenungi apakah pakaian yang kita pakai hari ini menepati apa yang digariskan di dalam Islam?Aku tidaklah pakar atau arif untuk membincangkan perkara berkenaan,namun sengaja kubuka untuk mengingatkan diri aku sendiri yang selalu alpa dan obses pada kecantikan dunia.Janganla ambil mudah soal pakaian kerana setiap inci tubuh kita ada hisabnya yang bakal kita berdepan suatu ketika nanti.

Sabda Nabi saw bermaksud;
“Dua golongan manusia yang termasuk ahli neraka dan aku belum pernah melihat sebelumnya iaitu: Kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi yang mereka pukulkan kepada orang-orang dan wanita yang memakai pakaian tapi bertelanjang yang berjalan lengggak-lenggok serta bergoyang-goyang kepalanya seperti kepala unta yang besar. Mereka ini tidak akan masuk syurga serta tidak akan mencium bau harumnya. Sesungguhnya bau harum syurga itu dapat tercium dari jarak perjalanan yang jauh”

Antara hadis yang berkenaan:
" Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya " [Riwayat Bukhari dan Muslim]
" Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan
memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti " [Riwayat Ahmad,Abu Daud ,An Nasaii dan Ibn Majah]
"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang
berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." [Riwayat Bukhari dan Muslim]


Perempuan
- Pakaian yang digunakan menutup aurat iaitu menutup seluruh bentuk badan kecuali pergelangan tangan dan muka. (Memakai stoking adalah wajib)
-Pakailah pakaian yang indah dan tidak menjolok mata.
-Memakai pakaian yang longgar dan tidak menarik perhatian.
-Dilarang memakai jeans yang ketat melainkan di hadapan wanita suami sahaja. (Selain itu Hukumnya haram)
-Dilarang sama sekali memakai pakaian yang melambangkan jenama Yahudi, Salib dan Barat. Hukumnya Haram.
Nabi saw bersabda;
“Sesungguhnya pakaian ini adalah pakaian orang-orang kafir, kerana itu janganlah memakainya”
- Dilarang menyerupai pakaian perempuan. Hukumnya Haram.
Nabi saw bersabda;
“Rasulullah memakai pakaian melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang lelaki”
-Dilarang memakai wangian yang menarik perhatian.
Nabi saw bersabda;
“Wanita yang memakai wangian yang menarik perhatian lelaki di khalayak, maka wanita itu adalah penzina”

Ini adalah serba sedikit syarat-syarat berpakaian ataupun boleh dipanggil sebagai etika berpakaian dalam Islam. Jikalau diikutkan mengikut pandangan ulama’ yang lain maka banyak syaratnya. Namun saya ingin mendedahkan secara asas dan umum berkenaan etika berpakaian ini.Maka oleh itu sedang pembaca sekalian, marilah kita muhassabah sebanyak yang mungkin terhadap diri kita dan cara pemakaian kita. Kerana ini adalah kewajiban suruhan langsung daripada Allah swt. Ingatlah bahawa kita ini akan mati dan disoal segala bentuk amalan kita semasa di dunia.

Hutang PTPTN : Dapat Surat Tindakan Guaman

Sebelum ini sudah banyak kali aku dapat notis peringatan PTPTN,namun buat tak endah je..awal tahun ni aku cuba bayar juga dengan harapan tidak di'blacklist'.Namun pada bulan yang sama aku dapat surat pos berdaftar dari Pejabat Peguam di KB.Kecut perut jugak bila tahu aku akan dikenakan tindakan guaman untuk menuntut keseluruhan jumlah pinjaman termasuk kos pentadbiran juga segala kos tindakan guaman yang perlu aku tanggung sendiri..Dahla nama di'blacklist'.
Akupun berjanji akan berdisiplin dalam membayar PTPTN,risau ia akan memberi efek kepada bidang kehidupan dan masa depan kita sendiri..
Moral yang ingin dikongsikan,bayarla PTPTN walaupun sedikit,asalkan nama tidak disenaraihitamkan dan takdalah dapat surat saman..