Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati, agar kamu bersyukur. An-Nahl:78
Saya Ibu Yang Sibuk Tapi Tetap Support Breastfeeding
Selamat Datang Ke Laman Kehidupanku...Catatan Istimewa Dari Wanita kepada Wanita..
Selasa, 11 Julai 2017
Perginya Ayah Tersayang Pada 12 Mei 2017 ( 16 Syaaban 1438H)
Tidak sangka sama sekali ayahku akan pergi menghadap Ilahi pada tarikh ini pada usia 74 tahun.Sebelum ni dia sering sakit seperti tidak boleh berjalan,gastrik dll.Kebetulan minggu tu aku disibukkan dengan kerja2 untuk peperiksaan,aku balik cuma sempat 2 hari bersamanya.Melihatkan keadaannya yang semakin teruk aku tak sampai hati nak tinggalkan dia.Mungkin perancangan Allah adalah yang terbaik.Dia dijemput Ilahi selepas 2 minggu sakit.Cik..Dah amat2 rindukan Cik..Hanya Allah yang tahu.Moga kita berjumpa dan hidup di sana lagi bersama.
Teringat akan jasa2nya terhadap aku.Mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga walaupun hidup kami susah.Tetap menghantar aku sekolah,matrik dan U.Menghantar aku ke mana saja aku ingin pergi.Mengahwini aku dan menyayangi anak2ku.Tidak pernah dia tidak menunaikan permintaanku.Basikal merah yang kini dalam kenanganku.Setiap kali balik dari kerja mesti dibekalkan aku duit syiling untuk dibubuh dalam tabung.Bila dah penuh ayah pegi bank in.Peristiwa pahit rumah kami pernah terbakar.Ayahla yang mengeluarkan duit untuk membina kembali rumah kami.Terima kasih atas jasa2 besarmu..Moga Allah mengampunkan dosa2nya dan mengangkat amal baik dan jasa2nya.Kehilangannya umpama kehilangan separuh hidupku.Cik..Lelaki yang amat aku sayangi..Al-fatihah..
Langgan:
Catatan (Atom)