Saya Ibu Yang Sibuk Tapi Tetap Support Breastfeeding

Selamat Datang Ke Laman Kehidupanku...Catatan Istimewa Dari Wanita kepada Wanita..

Khamis, 15 Oktober 2015

Hari lahir Naufal yang keempat...

Sempat snap beberapa gambar.Kalu sebelum ni asyik beli secret recipe je,kali ni ummi buat sendiri kek khas untuk anak ummi.Sedap atau tidak belakang kira,yang penting air tangan ibu khas buat anak tercinta.Harapan dan doa ummi,semoga abang jadi anak yang soleh,berjaya dunia akhirat..Amin..

Ahad, 11 Oktober 2015

PELABURAN TERBAIK UNTUK ANAK

Dalam gaji bulanan kita,perlu atau wajib juga ada tabungan buat anak.Just nak berkongsi serba sedikit cara saya buat pelaburan atau simpanan kepada anak2.Seawal beberapa bulan saya dah buat akaun ASB dengan simpanan tetap bulanan.Juga akaun SSPN di bank2 terpilih.Tabungan SSPN diorang sikit je saya masukkan tiap2 bulan,sebab dividen SSPN pun tak banyak mana sekitar 4% setahun.Lepas tu,banyak saya baca isu ASB yang syubhah.Saya pun dah stop melabur dalam ASB anak2.Saya bukak Tabung Haji,sebab tabung haji sah2 halal dan dividen lebih kurang ASB je lah.So sekarang ni continue melabur je dalam Tabung Haji,kalau ada duit2 raya diorang atau duit tabung tu,masuk je akaun tabung haji.Moga2 berguna di masa depan.Ada kawan yang duk promote pasal insuran dengan pelan pendidikan.Teringin nak ambil tapi takut tak terbayar pulak.Sebab komitmen hutang2 ni banyak lagi.Lagipun insuran wajib bayar tiap2 bulan.Tabung Haji kalau sengkek sangat,tak bubuhpun takpa....Tapi In sha Allah,akan ambil juga insuran buat anak2,sebab insuran tak kurang pentingnya sekarang. Moga 20 tahun lagi,Naufal & Syahmina tidak lagi perlukan PTPTN untuk belajar...

KOLEKSI RESIPI DENGAN PRESSURE COOKER NOXXA

Di sini saya kongsikan resipi2 yang telah saya kumpulkan.Bagi ibu2 yang sibuk macam saya ni,boleh ikut je resipi ni guna Pressure Cooker Noxxa..tuan tanah mohon halal n share ye.. Yang belum ada Noxxa ni,boleh pm saya ye..

Isnin, 28 September 2015

JATUH CINTA DENGAN PERIUK NOXXA

Bila saya mula jatuh cinta dengan Noxxa ni?
Dulu saya tak layan benda2 mcm ni,tapi lepas baca pengalaman ibu2 yang rajin masak ni,saya pun turut jatuh cinta dengan Noxxa Pressure Cooker ni.Kira macam nak cepat masak,jimat masa dan mudah la..

Periuk ni sesuai untuk orang rajin dan juga orang malas.Jom bernoxxa..
goreng bihun -hp 3 minit tanpa rendam
sup tulang - hp 30-45 minit
ikan sardin - hp 60 minit
nasi biasa - hp 5 minit
nasi ayam/nasi dagang - hp 7 minit
nasi briyani - hp 8 minit
lain-lain resipi boleh rujuk buku

Periuk nie macam rice cooker, teknologi German, PERIUK TEKANAN letrik dan ada tambahan 4 function tambahan.
stir fry - untuk menumis atau menggoreng. Jadi kalu nak masak nasi minyak, bleh terus tumis dalam periuk nie.
Steam, kukus. Kalu nak wat dodol, steam 7 minit jer. Bihun goreng steam 2 minit.. semua lembut sekata.
high pressure utk fungsi tekanan. Nak kembangkan Kacang hijau untuk bubur kacang, 11 minit je, tak payah nak rendam2..
low pressure
warm/reheat
slow cook
Multifungsi

Rabu, 9 September 2015

Bersabar dengan insan istimewa..

Sehari dua ni pening aku dibuatnya.Balik rumah kerenah anak2,duk di sekolah kerenah budak2 plak.Semalam aku sakit ati dengan sorang budak ni,bercakap 24jam tak reti nak berhenti,bukannya nak study minggu ni exam trial SPM.Bila ditegur menjawab balik.Ari ni pulak aku sakit ati dengan budak ni duk rapat2 dalam kelas,kelas tutup,bila aku lalu dan tegur buat donno n menjawab lagi.Aduhai kadang2 sakit ati dengan budak2 ni.Nasib la korang ni budak istimewa.In sha Allah pahala besar aku bersama korang..
Yang sorang lagi,open book untuk sejarah K3 bukannya reti nak bawak buku,semuanya nak aku carikan,nak aku suapkan..Aku pulak yg penat hilang suara jadi reader.Nak SPM macammana la korang ni.Esok nak jawab peksa pun sempat berdating n pokpekpokpek lagi.OK chow dulu,selingan sepintas lalu kisah aku bersama budak2 pendidikan khas..

Selasa, 8 September 2015

Fakta Tentang Bahan Bakeri

Jom belajar deko dan topping kek..

Jom belajar mendeko dan topping kek ala-ala secret recipe gitu..Tak perlu berhabis duit mahal2,semuanya dari hasil tangan sendiri.Saya dan anak-anak suka yang bercoklat ala-ala indulgence.