Saya Ibu Yang Sibuk Tapi Tetap Support Breastfeeding

Selamat Datang Ke Laman Kehidupanku...Catatan Istimewa Dari Wanita kepada Wanita..

Rabu, 9 Julai 2014

JOM DERMA UNTUK TABUNG AMAN PALESTIN

KETAHUILAH.....

Gaza dibedil berterusan tanpa henti oleh rejim Zionis sejak Isnin malam. Jumlah kematian dan kecederaan semakin meningkat. Rumah-rumah dan bangunan sudah banyak yang musnah.


Adakah anda sanggup melabur jumlah yang besar untuk saham akhirat anda di sana kelak?

Ayuh berikan sumbangan anda sempena bulan Ramadhan ini melalui Aman Palestin. Usah bertangguh lagi kerana rejim Zionis tidak pernah menangguhkan hajat mereka memusnahkan bumi Gaza dan Palestin !!

----------

Akaun bank atas nama Aman Palestin Berhad ;

Bank Islam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Muamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922

"Sebaik-baik SADAQAH adalah di dalam bulan Ramadhan" [Hadith Riwayat At-Tirmizi]

"Sadaqah kepada Palestin adalah WAJIB hukumnya." [Dr Yusuf Al-Qardhawi]

Ahad, 6 Julai 2014

Panduan Menyusu Ketika Berpuasa..

Kerisauan ibu-ibu yang menyusukan anak ketika bulan puasa adalah bimbang pengeluaran susu berkurangan untuk stok si manja. Pelbagai persoalan bermain di kepala sebelum kedatangan bulan Ramadhan. Bolehkah saya berpuasa? Adakah susu saya akan berkurangan? Nak makan apa untuk berbuka da bersahur?
Adakah anda juga ibu-ibu yang pertama kali menyusu yang berada dalam dilema berikut. Jangan risau! Hakikatnya anda boleh terus berpuasa penuh tanpa perlu risau kekurangan pengeluaran susu tetapi dengan syarat perlu mematuhi garis panduan berikut:

-Disiplin waktu makan
Ibu menyusu memerlukan kalori tambahan sebanyak 700 kalori sehari. Sebanyak 500 kalori diambil daripada makanan ibu dan 200 kalori diambil daripada lemak dalam tubuh ibu. Oleh itu walaupun berpuasa, pastikan tetap makan tiga kali sehari iaitu sahur, berbuka dan sebelum masuk tidur.

-Kurma,kurma,kurma
Makanan sunnah ini terkenal sebagai sumber tenaga segera kepada badan. Kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Maka, jangan sesekali tinggalkan buah kurma sepanjang berpuasa. Ia amat sesuai untuk ibu menyusu.

-Makanan seimbang dan suplemen
Pastikan ibu berbuka dan bersahur dengan mengambil makanan seimbang seperti karbohidrat, protein dan lemak. Contoh makanan seperti nasi atau mee semasa berbuka dan bersahur, roti, biskut, kuih-muih sebelum tidur. Pengambilan supleman untuk ibu menyusu turut membantu memberi tenaga dan mengekalkan penghasilan susu.

-Minum banyak air
Keperluan cecair oleh ibu menyusu sangat tinggi. Sebanyak dua liter diperlukan sehari. Bagaimana hendak minum banyak sedangkan seharian berpuasa? Mulakan minum air masak sejak berbuka sehingga bersahur dan menjelang imsak. Tip mudah, letakkan sebotol air di tepi katil supaya anda boleh minum pada bila-bila masa sepanjang malam. Selain air masak, minuman yang disarankan adalah jus buah-buahan, minuman bersusu dan berbijirin. Elakkan minuman berais terutama ketika berbuka dan bersahur kerana menyebabkan kita cepat dahaga. Minuman suam membantu melancarkan pengeluaran susu ibu.

-Bertenang dan yakin
Secara psikologi, minda anda turut mempengaruhi penghasilan susu ibu. Oleh itu jangan terlalu tertekan memikirkan susu akan berkurangan. Tekanan akan mempengaruhi hormon oksitosin yang mengeluarkan susu ibu. Banyakkan berdoa agar segalanya dipermudahkan Allah.

-Kerap menyusu dan mengepam
Ibu perlu ingat dengan formula semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu dikeluarkan. Bagi ibu yang bekerja, semakin kerap mengepam, semakin banyak susu dihasilkan. Maksudnya, semakin banyak susu dikeluarkan maka semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu akan dihasilkan. Oleh itu walaupun berpuasa tugas mengepam dan menyusukan anak perlu diteruskan. Jangan bimbang susu akan kering, kerana semakin anda tidak mengepam dan menyusukan bayi, susu akan berkurangan sedikit demi sedikit. Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa sebaliknya kurang rangsangan sama ada menyusukan terus atau mengepam.

Rabu, 2 Julai 2014

Kesan Implanon

Sebelum ni aku pernah masukkan entri berkenaan kesan pil perancang Noriday dan sedikit info berkenaan Implanon.Setelah hampir setahun aku pakai Implanon,di sini aku kongsikan sedikit kesan Implanon yang telah berlaku kepada diri aku.Kesannya tidak akan sama,bergantung kepada individu.


-Haid memang huru hara,langsung tak datang.Bulan lepas je ada,tupun sikit sangat.
-Takda pening-pening seperti masa aku makan pil Noriday dulu
-Berat badan naik mendadak.Dulu masa anak dara 52kg,lepas bersalin 65kg,sekarang hampir 70kg.Mungkin juga kesan dari aku terlalu suka makan dan sibuk (jarang exercise)..Hehe nak kene diet laaa..

Kesan-kesan lain takda...Bagusla jugak Implanon ni berbanding pil Noriday yang selalu buat aku pening...^^^Just Sharing^^^