KETAHUILAH.....
Gaza dibedil berterusan tanpa henti oleh rejim Zionis sejak Isnin malam. Jumlah kematian dan kecederaan semakin meningkat. Rumah-rumah dan bangunan sudah banyak yang musnah.
Adakah anda sanggup melabur jumlah yang besar untuk saham akhirat anda di sana kelak?
Ayuh berikan sumbangan anda sempena bulan Ramadhan ini melalui Aman Palestin. Usah bertangguh lagi kerana rejim Zionis tidak pernah menangguhkan hajat mereka memusnahkan bumi Gaza dan Palestin !!
----------
Akaun bank atas nama Aman Palestin Berhad ;
Bank Islam:12029010047880
Maybank:562263010787
CIMB: 8600460353
Bank Muamalat:12070005133717
RHB Bank:21245760004907
Bank Rakyat: 220806195922
"Sebaik-baik SADAQAH adalah di dalam bulan Ramadhan" [Hadith Riwayat At-Tirmizi]
"Sadaqah kepada Palestin adalah WAJIB hukumnya." [Dr Yusuf Al-Qardhawi]
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati, agar kamu bersyukur. An-Nahl:78
Saya Ibu Yang Sibuk Tapi Tetap Support Breastfeeding
Selamat Datang Ke Laman Kehidupanku...Catatan Istimewa Dari Wanita kepada Wanita..
Rabu, 9 Julai 2014
Ahad, 6 Julai 2014
Panduan Menyusu Ketika Berpuasa..
Kerisauan ibu-ibu yang menyusukan anak ketika bulan puasa adalah bimbang pengeluaran susu berkurangan untuk stok si manja. Pelbagai persoalan bermain di kepala sebelum kedatangan bulan Ramadhan. Bolehkah saya berpuasa? Adakah susu saya akan berkurangan? Nak makan apa untuk berbuka da bersahur?
Adakah anda juga ibu-ibu yang pertama kali menyusu yang berada dalam dilema berikut. Jangan risau! Hakikatnya anda boleh terus berpuasa penuh tanpa perlu risau kekurangan pengeluaran susu tetapi dengan syarat perlu mematuhi garis panduan berikut:
-Disiplin waktu makan
Ibu menyusu memerlukan kalori tambahan sebanyak 700 kalori sehari. Sebanyak 500 kalori diambil daripada makanan ibu dan 200 kalori diambil daripada lemak dalam tubuh ibu. Oleh itu walaupun berpuasa, pastikan tetap makan tiga kali sehari iaitu sahur, berbuka dan sebelum masuk tidur.
-Kurma,kurma,kurma
Makanan sunnah ini terkenal sebagai sumber tenaga segera kepada badan. Kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Maka, jangan sesekali tinggalkan buah kurma sepanjang berpuasa. Ia amat sesuai untuk ibu menyusu.
-Makanan seimbang dan suplemen
Pastikan ibu berbuka dan bersahur dengan mengambil makanan seimbang seperti karbohidrat, protein dan lemak. Contoh makanan seperti nasi atau mee semasa berbuka dan bersahur, roti, biskut, kuih-muih sebelum tidur. Pengambilan supleman untuk ibu menyusu turut membantu memberi tenaga dan mengekalkan penghasilan susu.
-Minum banyak air
Keperluan cecair oleh ibu menyusu sangat tinggi. Sebanyak dua liter diperlukan sehari. Bagaimana hendak minum banyak sedangkan seharian berpuasa? Mulakan minum air masak sejak berbuka sehingga bersahur dan menjelang imsak. Tip mudah, letakkan sebotol air di tepi katil supaya anda boleh minum pada bila-bila masa sepanjang malam. Selain air masak, minuman yang disarankan adalah jus buah-buahan, minuman bersusu dan berbijirin. Elakkan minuman berais terutama ketika berbuka dan bersahur kerana menyebabkan kita cepat dahaga. Minuman suam membantu melancarkan pengeluaran susu ibu.
-Bertenang dan yakin
Secara psikologi, minda anda turut mempengaruhi penghasilan susu ibu. Oleh itu jangan terlalu tertekan memikirkan susu akan berkurangan. Tekanan akan mempengaruhi hormon oksitosin yang mengeluarkan susu ibu. Banyakkan berdoa agar segalanya dipermudahkan Allah.
-Kerap menyusu dan mengepam
Ibu perlu ingat dengan formula semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu dikeluarkan. Bagi ibu yang bekerja, semakin kerap mengepam, semakin banyak susu dihasilkan. Maksudnya, semakin banyak susu dikeluarkan maka semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu akan dihasilkan. Oleh itu walaupun berpuasa tugas mengepam dan menyusukan anak perlu diteruskan. Jangan bimbang susu akan kering, kerana semakin anda tidak mengepam dan menyusukan bayi, susu akan berkurangan sedikit demi sedikit. Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa sebaliknya kurang rangsangan sama ada menyusukan terus atau mengepam.

Rabu, 2 Julai 2014
Kesan Implanon
Sebelum ni aku pernah masukkan entri berkenaan kesan pil perancang Noriday dan sedikit info berkenaan Implanon.Setelah hampir setahun aku pakai Implanon,di sini aku kongsikan sedikit kesan Implanon yang telah berlaku kepada diri aku.Kesannya tidak akan sama,bergantung kepada individu.
-Haid memang huru hara,langsung tak datang.Bulan lepas je ada,tupun sikit sangat.
-Takda pening-pening seperti masa aku makan pil Noriday dulu
-Berat badan naik mendadak.Dulu masa anak dara 52kg,lepas bersalin 65kg,sekarang hampir 70kg.Mungkin juga kesan dari aku terlalu suka makan dan sibuk (jarang exercise)..Hehe nak kene diet laaa..
Kesan-kesan lain takda...Bagusla jugak Implanon ni berbanding pil Noriday yang selalu buat aku pening...^^^Just Sharing^^^

Ahad, 29 Jun 2014
Baby Safety Gate : Perlu atau tidak?
Baby gate atau pagar bayi ni perlu atau tidak?
Pada mulanya aku tak berminat nak tambah barang2 kat rumah sewa aku tu.Tapi bila anak-anak tengah membesar tahu sajalah.Pantang kita masuk dapur atau bunyi mesin basuh.Suka sangat main dekat mesin basuh dan siap sedut air sabun yang tgh keluar tu.Puas dihalang,puas dimarah.Masa anak sulung ,aku beli playpen baby cot je.Alah yang macam katil baby tu.Aku beli yang mahal sikit,RM299,dengan niat nak kurung je dia kat dalam tu.Senang nak solat atau buat keje.Yang Naufal punya lebih kurang macam ni la.. Tapi benda ni tengok budak jugak la.Macam si abang rilex je,letak dalam ni.Bila letak si adiknya sekarang.Tak sampai seminit meraung-raung nak keluar.Lagi serabut bila kedua-duanya tengah membesar.Nak masakpun susah.Last2 aku terpikir nak beli baby safety gate bila aku tengok abang aku dah pasang kat rumah dia,walhal anak kecilnya sorang je tak sebuas anak aku.
Survey punya survey,aku tengok kat kedai baby agak mahal sikit,Rm160.Aku pun beli kat kedai basikal Cina harga cuma RM120.Jimat sikit duit aku..Hadoi..ada anak memang pakai banyak duit..Benda ni nak kene tebukla sikit.tapi takda masalah,bila nak keluar rumah sewa tu nanti senang je nak bukak balik dan aku boleh tampal balik tempat drill tu.Yang penting sekarang anak aku tak kacau aku nak masak lagi.So kalau nak senangkan tugas anda di dapur dan elak kecelakaan di rumah,elokla pasang benda ni kat rumah.Benda ni juga elok dipasang bagi rumah yang bertangga.Elak baby bermain di tangga.^^^Nice Sharing^^^

Isnin, 7 April 2014
TANDA - TANDA KEHAMILAN
1. Loya & Muntah
Tanda-tanda ini kebiasaannya terjadi pada semua wanita hamil. Ini berlaku kerana adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda disahkan hamil. Sebelum sy tahu sy mengandung, takde langsung rasa mual, loya atau nak muntah.... Tak semua wanita mengalaminya... Atau mungkin belum terjadi di awal-awal kehamilan...
2. Kerap buang air kecil
Tidur anda terganggu akibat kekerapan membuang air kecil, mungkin itu adalah tanda anda sudah hamil. Keadaan ini berlaku kerana tubuh anda menghasilkan cairan tambahan untuk janin anda. Walaupun kekerapan buang air kecil berlaku anda dilarang menahannya kerana boleh menjejaskan kesihatan diri anda. semakin besar kandungan nanti...semakin keraplah terasa nk terkucil... sebabnya, semakin kandungan membesar, semakin ia menekan pundi kencing tu pasal akan selalu nak terkucil
3. Keluar Darah diikuti Kram Perut
Darah ini adalah bersifat sementara dan terlalu sedikit. Ia muncul sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Kehadiran darah ini disebabkan oleh implantasi (implantation bleeding) atau menempelnya embrio pada dinding rahim. Munculnya darah pada saat kehamilan kadang disalah ertikan sebagai menstruasi. Selain itu, keluarnya darah biasanya diikuti oleh kram perut. Kram perut pada keadaan terjadinya kehamilan akan terjadi secara teratur. Situasi ini akan berlaku kerana rahim akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi anda. kalau ada darah macam ni jangan panik ok. Darah yang bersifat sementara bukanlah darah keguguran. Tak semua wanita alami perkara macam ni tapi ianya tak membahayakan. But then, kalau keluar darah sikit-sikit tapi berterusan mungkin anda berisiko untuk gugur jadi cepat-cepat pergi jumpa doktor oke... **Correct me if I'm wrong....
4. Mengidam
Sudah tidak asing lagi jika wanita hamil dikaitkan dengan mengidam pelbagai makanan yang pelik-pelik dan susah untuk mendapatkannya. Kebiasaannya wanita mengidam buah-buahan yang masam dan asam-asam atau mungkin lebih daripada itu!
5. Moody
Sering marah-marah pada suami dan mengalami perubahan tingkah laku. Hal ini disebabkan dari kemunculan hormon-hormon baru di dalam tubuh anda. Perubahan yang drastik daripada tidak pernah marah kepada pemarah akan berlaku saat kehamilan.
7. Pengsan
Gejala ini berlaku kerana kekurangan gula dalam badan. Anda dinasihatkan menjaga pemakanan bagi mengelakkan berlakunya simpton ini. Makan yang cukup dapat mengelakkan berlakunya pengsan.
9. Cepat rasa mengah
Rasa lelah atau mengah yang berlebih akan membuat anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.
10. Tidak bermaya/letih
Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.
11. Perubahan pada payudara
Jika terjadi kehamilan, maka payudara akan membesar, hal ini disebabkan oleh meningkatnya produksi hormon esterogen dan progesteron. Selain itu keadaan payudara juga akan terasa makin lembut, hal ini menimbulkan rasa sensitif yang lebih tinggi, hingga payudara akan terasa sakit atau nyeri saat dipegang. Puting susu membesar pula dan warnanya akan semakin gelap, kadang juga terasa gatal. Pembuluh vena pada payudara juga akan terlihat akibat penegangan payudara. Selain itu terjadi aktiviti hormon HPL (Human Placental Lactogen). Hormon tersebut diproduksi oleh tubuh saat ibu mengalami kehamilan untuk mempersiapkan ASI bagi bayi anda ketika terlahir ke dunia.
12. Tidak datang haid (period)
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya.....
13. Ujian air kencing yang positif
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian urin, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...
TAHNIAH...!!! ^____^

Langgan:
Catatan (Atom)