Saya Ibu Yang Sibuk Tapi Tetap Support Breastfeeding

Selamat Datang Ke Laman Kehidupanku...Catatan Istimewa Dari Wanita kepada Wanita..

Selasa, 9 Mac 2010

Diari Hari Ini

Moody,tensen..ntah kenapa dengan anginku hari ini.Hidup je enjin kereta,aku dah rasakan anginku yang tidak berapa elok..rakan-rakan sekerjaku takut untuk menegurku mungkin melihatkan anginku yang tak berapa elok hari ni(sorila ye..),padahal tiada sesiapa yang mengganggu emosiku hari ini..
Aku tahu kenapa...pagi-pagi lagi sebelum pegi kerja aku telah dapat satu berita yang kurang menggembirakan.Sedih,bengang,sakit hati,tensen semua ada..Gara-gara itu,plan aku nak balik kampung hujung minggu ni terbatal.Terpaksala aku jual balik tiket bas pergi balik yang kubeli beberapa minggu sudah..Berita itu tidak seperti yang kuharapkan,merencatkan masa depanku...
Niat nak tidur awal,nak release tensen,tapi aku bukanla jenis yang tidur awal.Nak update blog,penatla...nak balas mesejpun malas..betul-betul takda mood..
Harap-harap hari esok menjanjikan yang lebih baik dari hari ini...Aku hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan..

Selasa, 2 Mac 2010

STROK : boleh bawa maut


Malam Isnin lalu aku dikejutkan dengan kematian suami kepada rakan di tempat kejeku akibat strok.Mengikut ceritanya,suaminya yang sihat tiba-tiba diserang strok sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.Memang mengejutkkan aku dan rakan2ku.Apapun Al-fatihah,semoga di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.
Di kalangan sanak saudaraku juga pernah ada yang menderita akibat strok.Jadi aku tertarik dan ingin tahu serba sedikit mengenai strok,apakah ianya penyakit keturunan ataupun faktor pemakananan kita??

Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.
Strok berisiko kepada penghidap darah tinggi (hipertensi),diet,kencing manis (diabetes),pernah mengalami TIA(strok penuh pertama),Fibrilasi atrium,merokok,alkohol,sesetengah pil perancang.Manakala faktor-faktor risiko yang di luar kawalan seperti umur,jantina dan sejarah keluarga. (sumber www.nasam.org)
Jadi begitu juga dengan penyakit-penyakit lain,takuti dan cegahla sebelum terlambat.Sayangi kesihatan anda yang tidak ternilai harganya…